Bab 21

288 43 5
                                    

Langit sudah menghamparkan permaidani bintangnya ketika Puteri menguap di hadapan rumah Kris. Gadis itu yang duduk bersandar di sebelah pintu rumah Kris sekali sekala akan mengetuk pintu rumah itu sambil memanggil-manggil nama lelaki itu. Entah apa fungsinya juga dia tidak tahu, dia cuma ingin memanggil nama Kris.

Gadis itu yang keletihan kemudian melentokkan kepalanya ke salah satu timbunan kotak sebelum memejamkan matanya yang kelesuan. Entah berapa lama agaknya dia berada di situ, dia sendiri juga tidak tahu. Bayang Kris pula langsung tidak kelihatan. Mungkin dia sudah pergi, fikir Puteri sugul.

"Akhirnya beta tetap tak dapat jumpa dengan tuan hamba! Tuan hamba tahu, susah benar beta nak datang ke sini," luah Puteri tiba-tiba sebelum gadis itu ketawa sendirian. Bodoh rasanya meluahkan perasaan dengan pintu. Tapi siapa peduli! Puteri sudah bersusah payah datang ke situ, menunggu di situ selama berjam-jam, sekurang-kurangnya pasu bunga Kris perlulah mendengar luahan hatinya, tidak begitu?

"Luhan kata tuan hamba nak pulang ke China? Betulkah? Kenapa begitu mendadak? Kenapa tuan hamba tidak beritahu beta dahulu? Tuan hamba ada masalah kah?"

"Urgh, tuan hamba bukannya boleh dengar pun," rintihnya.

Keluhan kemudiannya keluar dari bibir gadis itu semula. "Kalau tuan hamba pulang ke China, bila tuan hamba nak balik ke sini? Beta.. tak rasa beta boleh berpisah dengan tuan hamba.."

"Urm, beta tak maksudkan sesuatu yang lain! Maksud beta, beta.. arghh!!! Apa beta cakap nak cakap ni!!!" Pekik Puteri malu. Nasib baik tiada sesiapa yang berada di situ. Kalau Kris dengar mesti parah, fikirnya segan.

Gadis itu mendiamkan dirinya buat seketika sebelum menguap. Matanya berair-air. "Letihnya! Rasa mengantuk ni dah mula nak membunuh beta, Kris!" Kata gadis itu sebelum ketawa sendiri. Bercakap seorang diri memang aneh rasanya. Tetapi menyeronokkan, hahaha!

"Tuan hamba ingat lagi tak soalan tuan hamba tentang sama ada beta akan pulang ke Joseon tempoh hari! Ingat tak?"

"Tempoh hari, orang ajaib (Puteri menguap) ada bertemu dengan beta. Beta ada bertanya tentang soalan tuan itu. Tuan hamba tahu apa dia jawab.."

"Tuan hamba tahu tak.." soal Puteri dengan nada lebih perlahan. "Dia.."

Bunyi dengkuran tiba-tiba berkumandang di udara. Kris yang berdebar-debar ingin mengetahui jawapannya mendesis geram. Dia dah tidur ke? Budak ni..

Lelaki itu yang duduk bersandar di belakang pintu hadapan rumahnya itu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengeluh. Fikirannya kini betul-betul kusut. Ayat Puteri tadi benar-benar mengusik jiwanya. Tak dapat hidup tanpa aku? Betulkah? Habis tu, Luhan..?

Kris mengusut-ngusutkan rambutnya. Dia benci berada dalam situasi seperti ini. Walaupun sebelum ini dia telah bertekad untuk tidak bertemu dengan gadis itu, entah kenapa perasaannya ketika itu tidak dapat membohonginya, apatah lagi setelah gadis itu berkata sedemikian rupa.

"Argh, kalaulah aku boleh.."

Rasa sejuk tiba-tiba mencucuk tulang Kris menyebabkan lelaki itu mengigil. Dia yang teringat akan Puteri yang berada di luar segera mencapai selimut di dalam salah satu kotak-kotaknya.

Kris baru sahaja ingin membuka pintu apabila dia terdengar suara-suara dari lift. Dua orang lelaki, seorang kurus dan seorang lagi gemuk muncul di koridor itu sambil berbual di antara satu sama lain.

Kris yang terkejut terus membatalkan niatnya untuk keluar dan memilih untuk memerhatikan mereka berdua dari skrin peninjau rumahnya. Dari nada suaranya, ia seperti Luhan! Apa dia buat di sini?! Yang lagi sorang tu siapa pula?

"Betul ke Jihye tak turun-turun lagi?"

"Haah, betul. Pakcik risau. Jadi, pakcik segera menelefon kamu!"

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now