“Hari ini kau akan ke bumbung lagi kah?” soal Taehyung ketika bersarapan pagi itu. Puteri yang baru sahaja ingin menyuapkan makanan terus meletakkan sudunya sebelum mengeluh. Seleranya terus hilang. Taehyung yang kebingungan dengan tingkah laku gadis itu mengangkat keningnya.
“Kenapa?”
“Beta rasa beta patut berhenti melawat keluarga beta buat sementara waktu,” jawab Puteri tiba-tiba.
Taehyung yang tidak mengerti akan maksud gadis itu memandang Puteri dengan wajah semakin bingung dari sebelumnya. “Kenapa?” ulangnya lagi.
Puteri melepaskan keluhan berat sebelum memandang Taehyung dengan sugul. “Semalam sewaktu pulang dari bumbung, beta telah terserempak dengan seorang tentera Song. Tanpa disangka-sangka tentera itu dapat mengecam wajah beta sebagai Puteri Han. Di saat tentera itu menjerit memanggil tentera lain, beta telah melarikan diri. Mujur sahaja langkah beta lebih pantas. Jadi, mereka tidak dapat menangkap beta…”“Syukurlah…” Taehyung mengurut dadanya dengan risau.
“Tapi ini bermakna beta tidak akan dapat bertemu dengan ahli keluarga beta! Pasti tentera Song akan memperketatkan kawalan mereka di kawasan pasar! Ah, bodohnya beta! Sepatutnya beta memakai kerudung!” tambah Puteri lagi sebelum menekup wajahnya. Air matanya hampir sahaja mengalir namun disekanya. Dia tidak mahu kelihatan cengeng di hadapan Taehyung.
Namun, lelaki itu yang faham benar akan perasaan Puteri menepuk-nepuk lengan gadis itu dengan lembut. Dia kemudiannya berkata, “Jangan risau! Aku yakin lambat laun mereka akan melonggarkan kawalan. Selepas itu, kau bolehlah melawat ahli keluarga kau lagi.”
“Tapi ianya akan mengambil masa yang lama. Beta yakin itu! Ah, apa yang harus beta buat?! Hari jadi Jisoo, adinda beta juga hampir tiba! Beta baru bercadang untuk membelikannya hadiah! Ah, apa yang harus beta lakukan Taehyung?!” rungut Puteri lagi. Gadis itu yang susah hati kemudiannya terus menyembamkan wajahnya ke atas meja. Walaupun gadis itu cuba menyembunyikan tangisannya, tetapi penjaga masa itu dapat mendengar dengan jelas esakan kecilnya.
Taehyung yang bersimpati dengan nasib gadis itu mendiamkan diri. Dia meletakkan tangannya di dagu, cuba untuk memikirkan sesuatu. Melihat manusia berada di dalam keadaan sedih merupakan perkara yang paling tidak disukainya sejak dari dahulu lagi. Ditambah lagi apabila manusia itu adalah Jihye. Taehyung yang buntu akal menggaru kepalanya. Tapi apa yang boleh aku lakukan memangnya?
“Ah! Aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah kau ni!” kata Taehyung tiba-tiba.
Puteri yang penasaran membulatkan matanya. Dari ekor matanya, jelas kelihatan beberapa titisan air mata yang sudah kering. “Bagaimana?”
“Apa kata kalau kau dan aku pergi mengembara?” cadangnya bersungguh.
Puteri yang tidak mengerti maksud lelaki itu mengangkat keningnya. “Mengembara? Apa kaitan mengembara dengan masalah beta? Tuan hamba main-mainkan beta kah?”
Taehyung melemparkan senyuman petaknya. “Bukan! Begini… kau dan aku akan mengembara ke mana-mana tempat yang agak jauh dari kota Hanyang ini. Kemudiannya, kita akan menghebohkan akan keberadaan kau kepada penduduk setempat dan membiarkan berita itu tersebar. Apabila berita kau berada di kota lain tersebar, tentera Song pasti akan segera ke kota itu bukan? Mereka pasti akan melonggarkan kawalan di Hanyang bukan? Jadi, kau dapat bertemu dengan ayahanda dan bonda kau semula nanti!” terangnya panjang lebar.
Wajah Puteri terus bertukar girang ketika itu. Senyuman mula terpampang di wajahnya. Gadis itu yang teruja kemudiannya memegang tangan Taehyung. Dia menjadi tidak sabar.
“Tuan hamba memang bijak! Tapi kita nak mengembara ke mana?”
Taehyung tersenyum nakal. “Itu serahkan kepada aku!”
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romance"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...