s p e c i a l 0 8

86 17 0
                                    

"Tiada sesiapa di sini, tuanku!" Lapor salah seorang tentera ke hadapan Putera Song. Lelaki itu yang menunggu di tepi mengerutkan dahinya tidak senang, seperti ada sesuatu yang bermain di mindanya.

Taehyung pula yang gembira mendengar hal itu terus menarik nafas leganya. Baguslah kalau Puteri berjaya melarikan diri, fikirnya. Sungguhpun begitu, rasa takut mula menerpa ke dalam dirinya apabila dia teringat akan esakan yang didengarinya tadi. Kenapa Jihye menangis? Adakah Jihye terdengar kata-kata Putera Song tentang aku tadi? Kerana itukah dia menangis? Beribu soalan mula bermain di mindanya membuatkan lelaki itu menjadi gelisah semula.

Dalam masa yang sama, Putera Song berjalan ke belakang pohon tempat persembunyian Puteri tadi dan mula memerhati kawasan itu. Mata helangnya mula mengimbas kawasan itu sebelum dia memanggil salah seorang orang kanannya yang setia berdiri di belakangnya.

"Kelihatannya terdapat kesan tanah digesel di sini. Ada beberapa kesan tapak kaki juga. Beta yakin ada orang di sini tadi. Kerahkan semua bala tentera kita untuk menangkap orang itu. Kita tak mahu pengintip itu terlepas!"

Seraya itu juga orang kanannya itu terus memberikan tunduk hormat dan mengarahkan tentera lain untuk masuk ke dalam hutan.

Taehyung yang melihat situasi itu bertambah tidak senang hati. Habislah!! Mereka mula mencari Jihye?! Mana aku nak cari dia ni?!

##

Bunyi dahan-dahan dan reranting patah memenuhi kawasan itu apabila Puteri melalui rimbunan pokok itu. Air mata gadis itu langsung tidak berhenti mengalir sejak dari tadi. Pengkhianatan yang dilakukan oleh Taehyung benar-benar menganggu emosinya. Kenapa Taehyung mengkhianati Han? Bukankah dia pernah membantu ayahanda beta? Jika dia mengkhianati Han, kenapa dia menjaga beta? Atas rasa serba salah kah? Kenapa semuanya mengelirukan buat beta? Kenapa ini semua harus terjadi pada beta?

Gadis itu baru sahaja jatuh tersungkur akibat terlanggar tunggul di tanah apabila sepasang tangan tiba-tiba memegang bahu gadis itu untuk membantunya. Puteri yang terkejut segera mengesot ke belakang. Rupa-rupanya Taehyung. Lelaki itu baru sahaja ghaib ke situ kerana gadis itu terdengar bunyi desiran angin tadi. Dari raut wajahnya, Puteri dapat melihat dengan jelas ada riak serba salah. (Andaikan je Taehyung boleh ghaib2 gitu hahahhaha) 

"Jangan sentuh beta.." marah Puteri. Air matanya mengalir semakin deras apabila melihat wajah lelaki itu, wajah pengkhianat itu.

"Jihye.. segala yang aku lakukan bersebab.."

"Bersebab? Semestinya bersebab!! Pasti tuan hamba tergoda dengan wang yang ditawarkan Song. Tiada sebab lain lagi!!" Hamburnya.

"Jihye.. bukan begitu.."

"Kalau bukan begitu, apa lagi!! Ianya sudah jelas tuan hamba mengkhianati Han!! Sewaktu tuan hamba memberitahu beta yang tuan hamba pernah menolong ayah beta sewaktu peperangan Hanwoo, beta betul-betul gembira! Beta betul-betul menyangka yang tuan hamba ini orang yang baik! Tetapi siapa sangka yang tuan hamba ini orang yang paling jahat sekali!! Kenapa tuan hamba tidak bunuh sahaja beta di hari pertemuan kita?! Kenapa tuan hamba tidak biarkan sahaja beta mati ketika beta ingin membunuh diri?!! Apa yang tuan hamba lakukan ini sama sahaja seperti membunuh beta!! Tidak ada bezanya, Taehyung!" Hambur Puteri lagi. Nafasnya turun naik menunjukkan yang dia benar-benar dalam keadaan marah. Dari pandangan matanya, tiada lagi kemesraan dipancarkan untuk Taehyung. Hanya kemarahan dan kebencian.

"Jihye.. aku akui memang aku yang memberikan maklumat itu tetapi apa yang aku lakukan ini bersebab.. percayalah aku.." pinta Taehyung terdesak.

"Tuan hamba tidak layak untuk dipercayai. Tuan hamba seorang penipu. Jujur beta katakan beta sangat bencikan tuan hamba. Sangat sangat benci.."

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now