Kris memegang perutnya yang senak sebelum terduduk di tangga kecemasan itu. Nafasnya turun naik bagai nak gila. Manakan tidak! Dia baru sahaja berlari dari ground floor ke tingkat 7 dengan selaju yang boleh. Dia mengelap peluh yang menitis tidak henti-henti dari dahinya sebelum membuka pintu masuk tingkat itu. Matanya memandang kanan dan kiri dengan hati-hati takut-takut orang suruhan Yixing terserempaknya. Dia tidak mahu usahanya sia-sia. Dia perlu bertemu dengan gadis itu. Dia perlu!
15 minit berlalu dan Kris masih tidak bertemu dengan gadis itu. Orang suruhan Yixing pula semakin merata. Rasa cemas menguasainya. Mana dia? Tadi dia di tingkat 7!
Kris baru sahaja memeriksa bilik wad 704 apabila lelaki itu terserempak dengan orang suruhan Yixing. Lelaki itu yang tidak mahu ditangkap terus berlari ke pintu kecemasan. Dia yang baru sahaja ingin turun ke tingkat bawah terkejut apabila melihat kelibat orang suruhan Yixing di tingkat bawah, sedang berbual melalui walkie talkie nampaknya.
“…Kelibat Kris di tingkat 7… sila cari di tangga…”
Kris yang semakin kalut memandang tingkat atas. Nampaknya aku perlu ke atas. Rooftop sahaja harapanku!
##
Puteri memeluk tubuhnya yang kesakitan sebelum duduk memandang matahari yang semakin terbenam itu. Entah kenapa gadis itu dapat merasakan itu adalah matahari terbenamnya yang terakhir di Seoul. Air matanya menitis lagi. Siapa sangka dia akan menghadapi perkara seperti ini keseorangan? Walaupun dia berharap Kris ada bersamanya ketika ini, tetapi ianya hanya angan-angan kosong. Kris tidak mengingatinya dan kalau Kris ingat pun, dia tidak mahu Kris melihatnya dalam keadaan begini.
BAM!!! Pintu bumbung itu terbuka dengan luas sebelum ditutup dengan segera oleh Kris. Lelaki itu dengan gopoh gapah meletakkan seberapa banyak barang yang diambilnya dari sekitar bumbung itu di hadapan pintu itu. Kerusi, tayar, besi-besi buruk semua dirembat Kris. Lelaki itu kelihatan cemas.
Puteri yang terkejut dengan situasi itu memandang Kris dengan hairan. Sambil menahan sakit, dia bangun dari duduknya.
“Tuan hamba buat apa di sini?” soalnya. Walaupun situasi itu agak aneh, Puteri tidak dapat mengelak dari berasa gembira dari bertemu Kris. Doanya untuk ditemukan Kris akhirnya dimakbulkan Tuhan.
Kris yang baru menyedari kehadiran Puteri terus melepaskan nafas lega. “Kau di sini rupanya…”
“Tuan hamba cari beta….?” Soal Puteri sedikit terharu.
“Ya, aku cari kau! Sekarang terangkan dekat aku semua yang terjadi! Macam mana kau kenal aku?! Kenapa aku tak dapat nak ingat kau! Terangkan semuanya dekat aku!” kata Kris tergesa-gesa sambil mendekati gadis itu. Sungguhpun begitu, Puteri yang terkejut dengan situasi itu mengundurkan dirinya.
“Tak… beta tak kenal tuan hamba…” bohong Puteri. Air matanya terus menitis ketika itu. Dia sendiri tidak percaya perkataan itu akan keluar dari bibirnya. Tapi, ini yang terbaik…
“Tak… Aku tau kau kenal aku… Dekat wad hari itu…”
“Tak… beta salah orang… beta tak kenal tuan hamba…”
“KAU TIPU!!! AKU TAU KAU KENAL AKU…” Kris terus mendapatkan gadis itu dan menggoncangnya dengan kuat. Puteri yang tidak dapat menahan perasaannya terus menangis teresak-esak.
“Tak… beta tak kenal… tuan hamba…” suaranya tersekat-sekat kerana menahan sebak. Ketika itu, seolah-olah langit memahami perasaan Puteri, hujan gerimis mula menitis sedikit demi sedikit.
“TAK… AKU TAHU KAU KENAL AKU… SUSAH SANGAT KE KAU NAK CERITA DEKAT AKU!!! KAU TAHU TAK JIWA AKU NI TERSEKSA… AKU TAK TAHU KENAPA AKU RASA SAKIT TENGOK KAU!! AKU TAK TAHU KENAPA SETIAP MASA FIKIRAN AKU SETIAP MASA AKAN TERINGAT DEKAT KAU!!! AKU TAK KENAL KAU TAPI KENAPA AKU RASA MACAM AKU RAPAT DENGAN KAU??!! KAU TAHU TAK??!!! KAU TAHU TAK AKU TAK SUKA JADI MACAM NI… KAU TAHU TAK, HAN JIHYE…”
Kris yang terkejut dengan nama asing yang terpacul dari bibirnya itu terus mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nama itu boleh muncul.
“Ceritalah semuanya dekat aku… Aku tak suka macam ni… macam orang bodoh…” katanya sebelum menangis teresak-esak dan terduduk di lantai basah itu.
Puteri yang turut sama menangis duduk di hadapan Kris. Gadis itu kemudiannya meletakkan tangannya di dada Kris sebelum berkata, “Walaupun minda tuan hamba dah lupakan beta, tapi hati tuan hamba belum… Hati tuan hamba masih ingat akan beta Kris… Beta rasa gembira… sekurang-kurangnya sebelum beta pergi, ada sebahagian dari diri tuan hamba tidak melupakan beta lagi… Ini sudah memadai untuk beta… Ini sudah lebih dari mencukupi, Kris…”
Kris memegang tangan Puteri sebelum menggenggamnya dengan erat. “Jihye… beritahu aku… apa yang terjadi…”
“Kalaulah tuan hamba tahu betapa beta nak beritahu semuanya pada tuan hamba… Betapa beta rindukan tuan hamba… tapi beta tak boleh Kris… masa beta dah singkat…”
“Singkat…? Maksud kau?” Kris memandang Puteri dengan pandangan tidak percaya. Air matanya menitis dari matanya. Apa maksud Jihye?
“Beta akan pergi, Kris… Beta akan tinggalkan dunia ini… Kembali ke tempat asal beta… dan ianya sedang berlaku sekarang…” Puteri menunjukkan tangannya yang berbolak balik antara lutsinar dan pepejal kepada Kris. Kris yang terpaku melihat keadaan gadis itu terus terdiam, sedang mencerna perkara yang berlaku di hadapannya. Air matanya sahaja yang mengalir deras. Dia kemudiannya memeluk gadis itu.
“Kau tak boleh pergi… kau kena duduk dengan aku selamanya… Aku… sayang kau…” kata Kris sebak.
Puteri yang mendengar perkataan sayang itu tidak dapat mengelak dari tersenyum. Dapat mendengar perkataan itu di waktu genting seperti ini, sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya. Sekurang-kurangnya, Kris ingat perasaannya pada beta…
“Kris, mungkin tuan hamba tak ingat bagaimana kita bertemu dulu… Tapi beta masih ingat lagi betapa dinginnnya layanan tuan hamba dengan beta… Sekarang bila kita hendak berpisah, ianya hangat Kris…”
“Jihye… Jangan tinggalkan aku….”
“Beta juga ingin berbuat gitu… Tapi tiada apa yang boleh kita lakukan… Kita sudah ditakdirkan akan berpisah, Kris… Jaga diri tuan hamba baik-baik…”
“JIHYE!!!! JANGAN CAKAP BEGITU!!!”
“…Kalau ada takdir antara kita, kalau kita ditakdirkan untuk bersama, kita tetap akan bersama… Walau sejauh mana jarak antara kita…”
“JIHYE!!!!”
“… Beta bahagia dapat bertemu dengan tuan hamba walaupun ianya singkat… Walau apa pun yang berlaku, Han Jihye akan cintakan Kris Wu Yifan sampai bila-bila… walau apa pun yang menghalang kita…”
Kris yang semakin teresak-esak melepaskan pelukannya sedikit sebelum memandang gadis itu tepat ke matanya. Air matanya mengalir deras.
“Aku juga cintakan kau, Jihye…”
Lelaki itu terus membenamkan bibirnya ke bibir Puteri dan mereka berkucupan buat seketika. Rasa mencucuk itu muncul dengan lebih kuat lagi membuatkan Puteri terpaksa melepaskan kucupan itu.
“Kris….”
“Kenapa…?”
“Selamat tinggal… Beta cintakan tuan hamba walau apa pun yang berlaku….” Bisiknya sebelum dirinya berpecah menjadi cahaya kekuningan dan terbang ke langit.
Kris yang tergamam melihat keadaan itu terpaku seketika. Dia merenung kosong ke arah lantai basah di hadapannya. Tidak lama kemudian, lelaki itu yang tidak dapat menahan perasaannya terus meraung sekuat hatinya. Air matanya mengalir lagi dengan lebih deras.
BAM! Bunyi pintu dihempas kedengaran lagi sebelum beberapa orang lelaki berbaju hitam muncul di kawasan bumbung itu dengan walkie talkie mereka. Mereka baru sahaja ingin melaporkan kejayaan mereka menemukan Kris kepada Yixing apabila terkejut melihat Kris menangis teresak-esak.
“Kami dah jumpa Kris… Tapi dia sedang menangis…”
“Menangis?” balas Yixing dari walkie talkie.
“Kami… tak tahu… apa yang terjadi..” jawab lelaki itu cemas.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romance"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...