s p e c i a l 1 3

142 17 10
                                    

Masa sekarang

"Puan, Puan tak apa-apa ke?" Satu suara membawa Puteri ke realiti semula. Air mata yang menitis di pipinya segera di lap. Wajahnya terus sahaja kemerahan. Malu rasanya menangis tanpa sebab di hadapan orang tidak dikenali.

"Sa-saya okay.." jawab Puteri sambil memandang ke arah lain, cuba untuk mengeringkan air matanya.

Budak lelaki itu yang terasa kekok dengan situasi itu tersenyum petak. Dia menggaru kepalanya, bingung tidak tahu hendak melakukan apa.

"Maaf, sa-saya tak.."

"Ah, tak apa, tak apa.. saya memang agak sensitif orangnya.. Lagipun muka awak agak sama dengan orang yang saya kenal.. sebab tu saya jadi emosional sikit.."

"Ahhhh, orang tu mesti penting dalam hidup puan kan kalau dia mampu membuat puan menangis macam ni?"

"Lebih dari penting sebenarnya.. ah, lupakan tu semua! Awak nak tanya saya apa tadi?"

Budak lelaki itu tersentak seketika apabila dia teringat tujuan asalnya semula. "Ah, saya sebenarnya nak tanya.. Puan tahu tak kedai bunga Happy dekat sini?" Soal budak lelaki itu. Sambil itu dia mengeluarkan sehelai kertas tertulis alamat dari koceknya sebelum menunjukkannya pada Puteri.

Wanita itu yang menyambut kertas itu terus membacanya. Dahinya dikerutkan. "Rasanya tak jauh dari sini. Awak terus sahaja simpang ni dan belok kanan. Lepas tu awak jalan sampai dekat depan kedai runcit. Seberang kedai runcit tu, adalah kedai bunga ni.."

"Ah yakah, terima kasih."

"Sama-sama.."

"Saya pergi dahulu. Terima kasih atas segalanya," kata budak lelaki itu sambil tersenyum petak dan menunduk hormat. Puteri yang turut membalas tunduk hormat budak lelaki itu kemudiannya hanya memandang kelibat remaja itu yang semakin hilang di kejauhan. Keluhan keluar dari bibirnya.

"Macam mana seseorang boleh kelihatan sangat serupa dengan dia.. ah, sudah Jihye! Dia sudah pergi! Lebih baik aku sambung kerja rumah aku semula!" Kata wanita itu sebelum masuk semula ke dalam rumahnya.

Dalam masa yang sama, disebalik sebatang pohon sepasang mata sedang memerhatikan wanita itu. Senyuman petak terukir di wajahnya.

"Aku bahagia lihat kau bahagia dan aku gembira kau masih kotakan janji kau untuk mengingati aku. Selamat tinggal Han Jihye! Sampai sini sahaja pertemuan kita.." katanya lagi sebelum hilang dalam desiran angin.

-tamat-

____________________________________________________________________________________

Mula: 2015, Disember
Tamat: 2017, July 25, 0100 ♥

First of all, thanks kepada semua orang yang sudi baca fwy ♥♥ lepas 2 tahun akhirnya habis jugak ff ni ㅠㅠㅠㅠㅠ sorry buat korang tertunggu-tunggu lama.. (ade ke yang menunggu 😂🔫)

Jujur cakap waktu awal2 first tulis ff ni tak pernah sangka pun boleh dapat 9k.. serious tak expect.. thank you sangat2 yang sudi baca.. *bow 90 degree*

Tak lupa thanks jugak dekat kawan2 yang selalu tolong kasi idea, pike plot semua.. sekarang ni Allah je tahu macam mana rasanya lepas anak yang dikarang 2 tahun ni siap.. sebak dada 😂😂😭😭💔💔💔 iye2 je sebak dada 😂😂

Apa2 pun once again thanks semua.. kalau ada rezeki jumpa lagi di karya yang akan datang..

Maka dengan ini, berserta lafaz bismillahirahmanirrahim, Fated With You diumumkan tamat sehingga di sini sahaja. 💖💖💖 (poyo je 😂😂😂)

~chasminexxo~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now