s p e c i a l 0 4

107 18 0
                                    

Puteri mungkin terlalu memandang rendah akan permintaan Taehyung apabila dia kini merasakan bahawa permintaan itu terlalu mustahil untuk dilaksanakan. Lelaki itu berkelakuan tidak masuk akal apabila dia tidak henti-henti menyuruh Puteri tersenyum setiap kali mereka bertemu.

"Han Jihye, kenapa kau tidak tersenyum?"

"Kau lupa ke yang kalau kau nak jumpa Kris kau kena senyum?"

"Senyum, Han Jihye kalau kau nak jumpa Kris!"

"Senyum, Han Jihye!"

"Han Jihye, Senyum!"

Boleh gila rasanya! Dengar perkataan senyum pun boleh buat Puteri hampir termuntah dan ini baru sahaja hari kedua permintaan ini dilaksanakan. Beta tak pernah menyangka ianya sesusah ini. Adakah beta boleh melaksanakan permintaan ini? Adakah beta boleh bertemu dengan Kris? Ianya kelihatan mustahil sekarang dan ini baru sahaja permintaan yang pertama, rungut Puteri.

Gadis itu baru sahaja berjalan pulang dari sungai (Puteri menggunakan alasan bersiar-siar untuk mengelakkan diri daripada berada di rumah kerana tidak tahan mendengar perkataan senyum) apabila dia terserempak dengan Taehyung yang sedang duduk memotong ranting pokok di batas bunga ros di hadapan rumahnya.

Lelaki itu yang turut terkejut dengan kehadiran Puteri terus menyapa gadis itu.

"Baru balik ke?"

"Haah," jawab Puteri pendek sambil tersenyum.

Taehyung yang berasa geli hati melihat senyuman dipaksa gadis itu tidak dapat mengelak dari ketawa. Dia segera meletakkan pemangkas rantingnya dan berkata, "Kita rehat sekejap dari permintaan tu... Kau tak payahlah nak paksa-paksa diri senyum macam tu. Seksa aku tengok!"

Puteri terus menarik nafas lega ketika itu. Akhirnya...

"Susah ke permintaan ni?" soal Taehyung sambil memandang Puteri dengan pandangan lembut.

Puteri yang terkejut dengan soalan itu entah kenapa menjadi gugup. "T-Taklah... Tak susah..."

"Cuma ianya menjadi sukar bila kita terpaksa senyum bukan?"

"Sejujurnya beta tak faham kenapa tuan hamba jadikan ni sebagai permintaan pertama tuan hamba..." kata Puteri yang akhirnya meluahkan isi hatinya. Memang benar, Puteri langsung tidak faham sebab Taehyung menjadikan senyum sebagai permintaan pertamanya. Ianya langsung tidak masuk akal.

Taehyung terus ketawa mendengar kenyataan gadis itu. Dia yang tadinya duduk terus berdiri sebelum mendekati salah satu rimbunan bunga berwarna ungu yang berkembang mekar di taman itu. Puteri yang kebingungan dengan tingkah laku lelaki itu hanya mengekorinya dari belakang. Apa yang dia cuba buat ni?

"Kau tahu dalam banyak-banyak bunga... Bunga apa yang paling aku suka?"

"Tak... Tak tahu..." jawab Puteri bingung dengan soalan yang dilontarkan.

Taehyung memegang bunga ungu itu dan menyuakannya ke arah Puteri. "Cuba kau hidu..."

"Bunga ni?" soal Puteri teragak-agak.

"Ya..."

Puteri yang keliru dengan tingkah laku lelaki itu hanya menuruti sahaja arahan lelaki itu. Dia merapatkan hidungnya ke bunga itu dan menghidunya.

"Wangi. Kenapa?"

"Kan... Tapi bukan sebab ni aku suka bunga Nemesia ni..."

"Habis tu sebab apa?" soal Puteri lagi yang mula jengkel. Taehyung ni nak main-mainkan beta ke?

"Ada berbagai jenis bunga di dunia ini. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang berbau harum, ada yang tidak berbau. Tapi Nemesia ni merupakan salah satu bunga yang mampu berkembang dengan mekar waktu musim sejuk. Kebanyakan bunga akan mati dan membeku waktu musim sejuk tapi Nemesia ni tetap akan membuka kelopaknya dengan gah, menyajikan pandangan indah untuk kita yang menatapnya. Aku suka dia sebab tu. Walau sesejuk mana pun, dia tetap berkembang. Hebat kan?"

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now