Bab 27

276 34 7
                                    

Puteri memandang tangannya dengan pandangan tidak percaya. Air matanya terus mengalir ketika itu. Bibirnya terketar-ketar. Badannya semakin lemah. Gadis itu terus terduduk tidak bermaya di lantai sejuk itu. Nafasnya turun naik. Beribu soalan mula muncul di benaknya. Kenapa? Bagaimana? Apa?

“Kau akan kembali… Kau akan dilupakan… Kau takkan diingati kesayangan kau… Ini sumpahan aku untuk kau selamanya!!!”

Puteri menekup telinganya tidak percaya. Nampaknya fasa kedua sumpahan itu telah berlaku. Beta akan pulang ke Joseon nampaknya! Dan Kris tidak akan mengingati beta! Kenapa dunia ini begitu kejam?! Tak boleh ke beta bersama dengan orang yang beta sayang?!!!

Tidak dapat menahan perasaannya, gadis itu terus meraung di situ. Ini semua tidak adil!

##

Kris duduk termenung di kerusi sambil menghadap tingkap. Lelaki itu mengerutkan dahinya seperti memikirkan sesuatu. Sesekali dia akan mengeluh perlahan. Kelihatannya kepalanya berat akan sesuatu.

Lelaki itu yang kusut menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Insiden tempoh hari benar-benar mengganggunya. Insiden gadis bernama Han Jihye mengaku mengenalinya. Imej gadis itu semalam juga turut membuat hatinya resah. Dia kelihatan sedih sekali. Kenapa? Kenapa melihat dia begitu melukakan hati aku? Aku tak kenal dia pun…

“Kau fikirkan apa, Kris?” Yixing yang baru masuk ke dalam bilik rawatan VVIP itu menepuk bahu Kris. Kris yang tersentak terus berpaling ke belakang.

“Yixing…”

“Kau suka bilik VVIP ini? Aku personally request dekat pihak hospital untuk kau…”

“Aku suka tapi kau tak perlu buat begitu. Bilik biasa sudah cukup untuk aku sebenarnya…”

“Aku pentingkan keselamatan dan kesihatan kau. Tak apa... Put that aside, aku ada hal lain nak bercakap dengan kau sebenarnya.”

“Apa?”

“Aku dah tempah flight penerbangan pulang ke China. Kita akan fly secepat mungkin!”

“China? Buat apa?” Kris mengerutkan dahinya tidak senang.

“Pulang ke rumah lah! Malam ini, jam 8.43 malam. Siap-siapkan apa yang patut. Petang nanti aku akan datang ambil kau. Sekarang ini, aku perlu ke tempat lain sebentar. Uruskan beberapa perkara.”

Yixing menepuk-nepuk bahu Kris lagi sebelum keluar dari ruangan itu. Kris yang entah kenapa kurang senang dengan berita itu terus mengeluh. Hatinya membuak-buak tidak mahu pulang ke China. Seolah-olah masih ada yang tidak selesai lagi di Korea tetapi masalahnya apa?

##

Puteri bertahan pada dinding sebelum meneruskan perjalanannya kembali ke bilik. Disebabkan tandas di dalam bilik rawatannya digunakan makcik katil sebelah, gadis itu yang ingin menggunakan bilik air terpaksa pergi ke tandas di hujung koridor. Dia mengerang lagi ketika rasa mencucuk itu muncul lagi. Sejak dari malam tadi, badannya tidak henti-henti berdenyut. Peluh menitis bagai nak gila sehingga baju gadis itu melekap di badannya. Rasa bagai nak mati, fikirnya.

Kris yang baru sahaja keluar dari ruangan VVIPnya bersama orang suruhan abangnya terus terpandang Puteri yang kebetulan lalu di hadapan ruangan itu. Lelaki itu terpaku melihat keadaan Puteri. Dia… kelihatan begitu pucat dan lemah sekali. Hatinya ketika itu berasa sakit sekali lagi.

“Tuan muda, Tuan Wu suruh kita ke kereta dengan segera…” gesa orang suruhan Yixing membuatkan Kris terus tersedar dari lamunannya.

“Ah, ya…” jawabnya pendek. Namun, matanya tetap memandang Puteri.

Gadis itu pula yang baru menyedari kehadiran Kris terus berpatah balik dengan terdengkot-dengkot. Dia tidak boleh dilihat dan melihat Kris. Dia akan meninggalkan dunia ini. Tiada gunanya lagi untuk beta bertemu dengan lelaki itu. Ianya akan melukakan hati beta dan Kris juga kalau dia tahu. Air mata gadis itu terus menitis ketika itu. Situasi itu memang membuatkannya sebak. Tetapi apakan daya… Hanya ini sahaja yang gadis itu mampu lakukan.

Kris pula menggenggam tangannya dengan kuat melihat gadis itu berjalan lemah meninggalkan koridor itu. Air matanya menitis sedikit sebelum segera dilap dengan kebingungan. Kenapa aku jadi begini?

“Tuan muda, kita kena pergi sekarang!” orang suruhan Yixing menariknya ke belakang dengan segera membuatkan Kris tidak dapat mengelak dari terpaksa meninggalkan koridor itu. Sambil dia ditarik itu, matanya masih memandang belakang Puteri yang lemah itu dengan sebak. Perasaan apa ni…?

##

“Cepat punggah barang!! Kita tak ada masa!!” arah Yixing dengan nada suara bongkaknya. Orang rusuhannya yang ketakutannya segera mengangkat bagasi-bagasi itu. Sungguhpun begitu, nada suaranya terus berubah apabila melihat kedatangan adiknya.

“Kris, kenapa kau lambat? Aku fikir kau nak tinggal terus di sini tadi…” selorohnya. Namun, Kris yang masih tidak dapat membuang perasaannya tadi hanya membalasnya dengan senyuman sumbing.

Yixing yang menyedari hal ini mula cemas. Kenapa dengan Kris? Parasit Jihye ada buat apa-apa kah?
“Kris, kau jangan risau! Penerbangan ke China tak lama pun… Sekejap sahaja kita dah sampai Beijing nanti…”

“Ah, Yixing. Aku nak pergi tandas sekejap boleh tak? Perut aku sakit…” potong Kris tiba-tiba.

Yixing yang terkejut dengan permintaan Kris itu terpaku seketika.

“Tandas…? Boleh… Boleh… Chenle, temankan Kris…”

“Tak perlu… Aku boleh pergi sendiri. Sekejap sahaja. Jangan risau…” kata Kris sambil menepuk bahu abangnya. Yixing hanya mengangguk-angguk faham sebelum memerhatikan lelaki itu pergi.

“Chenle… ekori Kris! Pastikan dia tak ke mana-mana!” bisik Yixing perlahan tidak lama selepas Kris pergi. Lelaki yang bernama Chenle itu kemudiannya mengangguk faham sebelum masuk ke dalam hospital itu, mengikuti laluan yang diambil Kris tadi.

“Dia hilang, tuan! Dia tak ada dalam tandas!” pekik Chenle selang beberapa minit selepas itu.

Yixing yang terkejut dengan berita itu membeliakkan matanya. “Macam mana dia boleh hilang?!! CARI DIA!!!! INI PASTI KERJA JIHYEEE!!"

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now