"Wow.. siapa2 yg tulis ni mest pakar bahasa kuno.. ketinggian bahasa die.. kekemasan die.. xde kesalahan langsung," kata prof tua itu smbil memandang mereka berdua semula. Mendengar kenyataan itu membuatkan dua lelaki itu saling melopong antara satu sama lain.
Semalam, rakan luhan yg menegur tntg tulisan itu telah mencadangkan mereka berdua untuk membawa surat itu bertemu dengan profesornya. Tidak sangka pula profesor ini telah berkata seperti ini. Maksudnya... yg di rumah tu.. betul2..
"Cuba prof tengok betul2.. saya nampak macam conteng2 je," gesa Kris yg kelihatan x berpuas hati. Jika perkara itu adlh betul, ini bermakna mereka baru sahaja bertemu dengan puteri kuno dan ini adalah sesuatu yg x masuk dek akal lgsg! Pasti ad ksilpn di mna2!
"Saya dah lama kaji benda ni.. awak jangan nak merendahkan kemampuan saya," balas prof itu spontan membuat kris terus terdiam.
Habis sahaja dr bertemu prof itu, mereka berdua telah duduk termenung di kerusi taman. Fikiran mereka bingung dan serabut. Pasti ada penjelasan logik untuk ini semua.
"Hey.. kau rasa die puteri dari zaman lampau ke...?" Soal kris cuba u2k memecahkan suasana setelah hampir 30 minit mereka berdiam diri. Luhan yg terkejut dengan soalan itu hanya mampu menggaru kepalanya. Dia juga tidak tahu hendak berkata apa. Ini adalah sesuatu yg x logik bg pelajar psikologi sepertinya.
"Apa kata kite pergi perpustakaan? Try tengok buku2 sejarah pasal kerajaan Han.. mana tau ade ape2 info menarik ke?" Cadang luhan tiba2. Kris yg x tahu hndk berfikir apa hanya mengangguk sahaja.
##
"Tengok ni kris.. " bisik luhan tiba2 ketika mereka sedang menyelak buku sejarah. Lelaki itu kemudiannya menyorongkan buku itu ke hadapan kris smbil menuding ke arah satu perenggan. Kris yg kebingungan terus membaca bahagian itu.
"Pada tahun 623, kehilangan puteri tunggal Maharaja Han telah menyebabkan huru hara di dalam negeri. Maharaja telah mengerahkan rakyat jelata mencari puteri kesayangannya itu. Namun, seolah2 tidak pernah wujud, puteri itu hilang begitu saja. Selain daripada kekacauan dalam negeri, ianya turut menimbulkan peperangan di antara kerajaan Han dan Dinasti Song. Pada awalnya Maharaja Han telah berjanji untuk mengahwinkan puteri baginda dengan putera kerajaan Song sebagai tanda persahabatan. Namun, kehilangan puteri baginda telah dilabelkan sebagai satu tindakan cuba untuk mencabuli hubungan persahabatan itu..."
"Wow.. memang ade puteri hilang dari kerajaan Han la.." kata kris dengan mata terbeliak. Dia kemudiannya memandang lUhan dengan pandangan khuatir dan berkta lagi, "kau rasa budak tu betul2 puteri Han ke?"
Luhan yg bingung juga menggaru kepalanya.
"Aku tak tahu.."
##
"Puteri, boleh awak duduk sini sekejap.. saya ada benda nak tanya.." pinta Luhan sejurus tiba di rumah. Puteri yg kebingungan hanya menurut sahaja kata2 luhan itu. Kenapa dengan mereka? Ada apa2 perkara yg berlaku kah?
"Pertama sekali.. surat ni.. awak yg tulis kan?" Soal luhan smbil mengeluarkan surat puteri dr koceknya.
Gadis itu yg mengenal helaian itu sebagai suratnya yg ditulis tempoh hari menganggukkan kepalanya. "Ada apa ni?" Soal puteri kebingungan. Cuba untuk memhami apa yg berlaku.
"Kami jumpa ni.." kata luhan lagi smbil.menunjukkan salinan fotokopi buku sejrah di perpustakaan tadi kepada puteri.
Gadis itu yg semakin bingung mengambil kertas itu. Apa ni..?
##
"Jadi, kau ke sini sebab ada orang ajaib hantar kau ke sini.. sebab kau kata kau nk cari cinta sejati kau?" Soal kris smbil memicit2 kepalanya. Dia telah menerima banyak perkara baru hari ini. Jadi tidak hairan jika dia mengalami sedikit migrain.
Puteri yg gembira dengan perkembangan ini menganggukkan kepalanya. Akhirnya, ada orang percayakan beta, bisiknya dalam hati.
"Jadi, kalau kau jmpe cinta sejati kau.. kau boleh balik masa kau la?" Soal kris lagi."Aku xtau.. orang ajaib tu xpernah cakap.." balas puteri ringkas. Dalam.sudut hatinya, dia ingin sekali pulang. Kalaulah beta boleh jmpe orang ajaib tu lagi..
"Jangan risau.. aku akan tolong ko cari cinta sejati kau.. aku yakin 100% kau akan balik lepas jumpa dengan dia.. demi cinta aku dengan luhan.. aku akan tolong kau.. jangan risau," balas kris lagi smbil menepuk2 bahu gadis itu.
Luhan yg mendengar kenyataan itu hanya menggelengkan kepalanya. Aduhai...
"Tapi.. kalau kau nak dijodohkan dengan putera china.. perlu ke kau cari cinta sejati kau lagi.. buku ni kata kerajaan han hancur diserang dengan kerajaan song.." kata luhan spontan.
Mendengar perkataan hancur, terus sahaja air mata gadis itu menitis. Hancur? Betulkah apa yg beta dengar? Hancur?
"Apa yang tuan hamba kata tadi?"
"Alamak.." kata luhan smbil menepuk dahinya.
##
Malam itu, setelah ditenangkan oleh Luhan dan Kris ( Kris secara acuh x acuh tentunya), puteri trus meminta izin untuk beradu. Kepalanya sakit. Dia tidak tahu pun ayahandanya ingin mengahwinkannya dengan putera china. Jikalau dia tahu, sudah tentu dia akan menerima sahaja pinangan itu dan tidak memikirkan untuk mencari cinta sejati lagi. Air matanya tidak henti2 mengalir. Beta mahu pulang ke negara beta.. Beta nak selamatkan kerajaan beta.. Tolonglah.. orang ajaib.. muncullah depan beta...tolonglah...
"Tuanku cari hamba...?"
Suatu suara muncul di dalam bilik itu secara tiba2. Puteri yg tadinya terbaring terus duduk memandang sekeliling, mencari pemilik suara itu.
"Mana tuan hamba?"
"Tidak usah dicari.. patik orang ajaib memang xboleh dilihat dengan mata kasar.."
"Beta nak balik ke masa beta sekarang juga.. beta titahkan tuan hamba hantar beta sekarang juga...!! Beta nak selamatkan negara beta!!" Pinta puteri dengan air matany berjujuran.
Sungguhpun begitu, orang ajaib itu hanya ketawa mendengar kenyataan gadis itu. Seolah2 ianya adalah suatu yg kelakar.
"Mengapa?"
"Patik xboleh hantar tuanku.. sumpahan telah dijalankan.. tuanku harus mencari cinta sejati tuanku dahulu"
"Macam mana beta nk tau dia cinta sejati beta? Mungkin beta dah jumpa pun dia.."
"Tatkala 2 kelopak bunga sakura bersatu, tanda putih akan muncul di langit malam. Barulah masa akan dikembalikan."
Puteri yg kebingungan menelan air liurnya. Apa ni..
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Roman d'amour"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...