Bab 15

302 44 0
                                    

Kris menanggalkan kasut seliparnya yang basah tatkala dia tiba di rumah. Air menitis turun dari bajunya yg lencun menyebabkan ruang hadapan itu sudah kelihatan hampir banjir. Kris menggaru kepalanya. Susah ni nak masuk bilik.

Kris menegakkan seliparnya di sebelah sepasang kasut selipar kecil berwarna pink milik puteri. Entah kenapa lelaki itu terus mengeluh tatkala teringat puteri.

"Encik kan dah suka die.. confess je la dekat die.. ingat encik.. tak salah mencuba" begitulah kata-kata pelayan cafe itu tadi sebelum kris meminta diri. Luah perasaan? Kalaulah senang.

Dengan kaki terjengket-jengket dan minda yg masih lagi serabut, Kris berjalan di ruang tamu rumah itu. Matlamatnya untuk mengelakkan air menitis dari bajunya dengan lebih banyak. Yalah. Malas dia nak mengemop nanti.

"Kris.. dah balik?" Satu suara menyapa dari sudut ruangan itu. Luhan yang baru mengutip jemuran meletakkan longgokan pakaian2 itu di bakul sebelum melemparkan senyuman kecil ke arah kris. Dia sempat merenggut sehelai tuala kering dari longgokan itu dan mencampaknya kepada kris. Keadaan ruangan itu yang gelap gelita membuatkan Luhan kelihatan sedikit menyeramkan.

"Thanks.." balas kris pendek sebelum berlalu pergi. Entah mengapa dia berasa awkward pula berada satu ruangan dengan Luhan. Tapi yalah.. selepas apa yang berlaku, mustahil sekiranya kris tidak canggung dengan Luhan.

"Kris.. awak suka dia kan?" Soal Luhan tiba2. Di saat itu, kilat terus terpancar dan menghasilkan dentuman yang kuat. Sungguhpun begitu, kedua2 mereka masih tidak bergerak. Hanya kris sahaja yang menghentikan langkahnya dan berpaling ke arah Luhan. Matanya memandang tepat ke arah lelaki itu. Apa dia cakap tadi?

"Awak.. suka puteri kan?" Soal luhan lagi, tidak berputus asa.

Kris mendiamkan diri. Jawab atau tidak?

"Saya nampak awak tadi, dekat belakang pokok. Awak perhatikan kami kan?" Tambah Luhan lagi.

Kris yang tidak tahu hendak berkata apa hanya membatukan dirinya. Entah kenapa lidahnya seolah kelu tidak mampu berkata2.

"Saya cuma nak cakap dengan awak yang saya cintakan puteri dan saya akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia. Saya juga tahu awak sukakan dia. Jadi, saya harap.." luhan berjalan mendekati kris dan melanggar bahunya. "The best man wins" tambahnya lagi sebelum pergi.

Kris yg terkejut memerhatikan belakang Luhan sebelum mengerutkan dahinya.

"The best man wins..." bisiknya perlahan.

##

"The best man wins.. the best man wins.." entah kenapa sejak beberapa hari ini kris asyik mengulang ayat luhan itu. Dia mengeluh perlahan tatkala teringat akan Luhan. Tak sangka Luhan seserius itu, fikirnya. Kris yang berbaring di katilnya sempat ketawa kecil. Siapa sangka kami pernah bercinta dahulu. Pure gay konon! Aku yang dah jatuh cinta dengan perempuan.

Kris memandang jam locengnya yang telah menunjukkan pukul 3 pagi. Dia mengeluh perlahan. Matanya masih lagi segar. Cepatlah tidur! Aku penat ni!

Berputus asa untuk melelapkan matanya, lelaki itu keluar dari biliknya dan berjalan ke dapur, cuba untuk mencari sesuatu yang dapat membantunya tidur. Dia baru sahaja menghidupkan lampu dapur apabila terlihat seseorang sedang duduk berteleku di atas kerusi.

"Jihye..."

"Tuan hamba pun tak boleh tidur?" Sapa gadis itu sambil tersenyum kecil.

Cuba untuk menahan degupan jantungnya, kris membelakangkan puteri dan membuka pintu peti sejuk.

"Lebih kurang la.. Tak ada apa-apa ke untuk dimakan pagi ni?" Balasnya cuba berlagak selamba.

"Ada.. tapi beta tak lapar.. cuma tak boleh tidur je.."

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now