Bab 22

300 40 9
                                    

Kris merenung tiket itu dengan pandangan tidak percaya. Beijing Capital International Airport, 9 am. Macam tak percaya je aku nak balik Beijing dah, bisiknya. Keluhan keluar dari bibirnya tatkala dia memikirkan kemalasannya untuk pulang ke negara asalnya. Namun, imej Luhan dan Puteri berkucupan yang tidak henti-henti bermain di mindanya sejak 2-3 hari ini menguatkan tekadnya untuk pulang semula ke China. Buat orang menyampah je, getusnya jengkel.

"Aku bangga kau buat pilihan yang betul untuk pulang ke China," kata Yixing sambil menepuk bahu Kris. Kris yang jengkel dengan kata-kata abangnya itu hanya mendengus marah sebelum menolak tangan lelaki itu dari bahunya. Yixing yang geli hati dengan tindakan Kris tersenyum sinis. Budak mentah, sindirnya.

"Erm... Tuan, rasanya kita dah boleh naik flight sekarang," kata seorang pesuruh Yixing membuatkan lelaki itu terkejut. Seraya itu juga, Yixing terus melihat jam tangan Fossilnya, 8.40 pagi.

"Sudah tiba masanya. Ayuh, Kris!" gesa Yixing.

Kris baru sahaja mengangkat punggungnya dengan malas apabila satu pengumuman dibuat di dalam lapangan terbang itu yang membuatkan rasa jengkel dan serabutnya bertambah teruk.

"Perhatian kepada semua penumpang GH809! Perhatian kepada semua penumpang GH809! Penerbangan ke Beijing pada jam 9 pagi telah ditunda ke jam 12 tengah hari. Diulangi. Penerbangan ke Beijing pada jam 9 pagi telah ditunda ke jam 12 tengah hari. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, Terima Kasih."

Kris yang tidak dapat menyembunyikan rasa jengkelnya menyepak tong sampah di sebelahnya. Dia mengetapkan giginya dengan geram. Kalaulah aku boleh tumbuk pilot ni! Delayed two more fxking hours. Are you kidding me?! Aku ni dah tersiksa nak duduk dekat sini and kau boleh delay lagi?!!!! ARGHHHHH!!!

##

Puteri memegang perutnya yang tidak henti-henti mengeluarkan bunyi. Dia merengek kelaparan. Sesekali dia akan menjenguk ke balkoni untuk melihat kelibat Luhan pulang. Puteri yang kebosanan membuka peti sejuk yang kosong berulang kali dengan harapan ianya akan terisi sebelum mengeluh. Smartphonenya juga diintai berulang kali. Namun, masih hampa. Langsung tiada mesej atau panggilan dari Luhan.

"Mana Luhan ni? Janji nak balik awal hari ni!" rungutnya. Bibirnya dimuncungkan tanda tidak senang dengan kelakuan Luhan yang pulang lewat itu. "Tengoklah nanti!" ugut Puteri sedikit geram.

Jam baru sahaja menunjukkan 5 minit hendak ke pukul 11 apabila ketukan di pintu hadapan bergema di seluruh rumah itu. Puteri yang tertidur di sofa terus terjaga. Sambil termangu-mangu, gadis itu menggosok-gosok matanya. Siapa yang ketuk pintu? Takkanlah Luhan... Ini kan rumah dia sendiri...

"Saya rasa tiada sesiapa di dalam. Saya difahamkan Encik Xi Luhan tinggal seorang diri. Seluruh ahli keluarganya di China. Mungkin kita patut pecahkan sahaja pintu rumah ini," kata salah seorang pegawai polis kepada rakannya. Rakannya yang kelihatan bersetuju mengangguk-angguk kepalanya.

"Mungkin betul kata awak. Tapi kita masih perlukan waran untuk masuk. Ayuh pulang ke pejabat..."

Kedua pegawai polis itu baru sahaja berjalan pergi apabila pintu rumah B504 itu terbuka mendedahkan seorang gadis bertubuh genit di baliknya. Matanya kelihatan ketakutan. Dengan suara yang sederhana perlahan, Puteri berkata, "En..encik... Cari Lu...Luhan ke?"

Dengan wajah yang terkejut, kedua polis itu kembali ke hadapan pintu rumah itu semula. Bukan tiada orangkah yang tinggal di sini? Fikir mereka serentak.

"Cik tinggal di sini ke? Cik kenal Encik Xi Luhan?"

Puteri menelan air liurnya. Mendengar nama Xi Luhan membuatkan jantungnya berdebar-debar. Ada perkara jadikah dengan Luhan? Kenapa mereka cari Luhan? Baju diorang macam pernah nampak tapi dekat mana?

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now