Kris memusing-musingkan kotak hitam itu sebelum membuka dan merenung isinya, sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian tersergam indah di dalamnya. Kris menarik nafas dalam. Meluahkan perasaan bukan benda mudah.
"Saya harap awak dapat propose dia dengan cincin ni," kata Kai sambil menolak cincin itu ke hadapan Kris.
Kris yang termangu-mangu merenung cincin dan Kai berulang kali.
"Tapi kenapa?" Soalnya.
"Saya tak perlukan cincin ni lagi," balasnya sebelum tersenyum kelat. Kris yang semakin kebingungan mengerutkan dahinya.
"Maksud awak?"
"Urm.. hari ni saya sepatutnya propose girlfriend saya dengan cincin ni. Shits happened and apparently i dont need this ring anymore."
"Saya bersimpati.."
"Nah.. it's okay. But since saya tak perlukan cincin ni, saya harap awak dapat terima cincin ni dan propose girl of your dream," kata Kai sambil tersenyum manis semula. Kris menarik nafas dalam. Melihat Kai tersenyum ketika itu membuatkan Kris berasa takjub dengan ketabahannya. Baru sahaja ditinggalkan kekasih dan mampu untuk tersenyum seperti itu, dia semestinya insan yang kuat.
"Tapi.."
"Ambik jelah! Lagipun cincin ni tak ada gunanya pun dengan saya. Lebih baik saya serahkan kepada orang yang lebih memerlukan kan?" Kata Kai dengan senyuman lebarnya. Mata lelaki itu kelihatan berkaca seketika sebelum dia berkata lagi, "Propose her asap Kris! Kita tak tau apa yang akan jadi di masa hadapan."
Kris yang berasa sedikit terbeban merenung Kai yang memandangnya dengan penuh harapan. Jauh dari sudut hatinya, Kris tahu lelaki itu lebih menujukan ayat itu kepada dirinya sendiri berbanding Kris. Kasihan.. Pasti hatinya sedang sakit sekarang ini.
"Saya cuba.." balas Kris sambil tersenyum sumbing. Untuk menjaga hati lelaki itu, Kris memilih untuk menerima cincin itu walaupun dalam keadaan kelam kabut sekarang, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberikan cincin itu kepada Puteri.
Kai kelihatannya berpuas hati dengan jawapan Kris apabila dia mengangkat ibu jarinya sebelum tersenyum lebar.##
Keluhan keluar dari bibir lelaki itu tatkala dia teringat akan perbualan mereka tadi. Dia yang buntu merehatkan kepalanya di atas setereng Mercedesnya. Macam mana aku nak propose? Bercakap dengan aku pun dia tak nak! Inikan pula nak propose! Silap-silap dicampaknya nanti cincin ini, fikir Kris sendirian.
Tiba-tiba entah bagaimana, Kris boleh teringat pula akan Luhan dan sumpahnya untuk mendapatkan Puteri suatu ketika dahulu. Dia menjadi semakin resah. Pasti lelaki itu sedang menunggu masa. May the best man wins, dengusnya. Aku tak dapat bayangkan apa akan jadi dekat hidup aku kalau Puteri jatuh cinta dengan Luhan. Gila agaknya! Fikirnya sendiri.
Tidak dapat berfikir secara waras, Kris mengambil keputusan untuk pulang ke apartment Luhan. "Aku tak boleh macam ni. Aku kena tenangkan diri dan buat sesuatu," bisiknya.
##
Kris baru sahaja melalui bilik Puteri untuk masuk ke kamarnya apabila dia mendapati pintu ruangan itu terbuka. Lelaki itu mengangkat keningnya. Dia dah okay ke?
Dengan berhati-hati, lelaki itu menjengukkan kepalanya ke dalam ruangan itu. Kosong. Eh, mana..?
Kris yang risau kembali semula ke ruangan hadapan. Tandas. Tidak ada. Dapur juga tidak ada. Balkoni juga tidak ada. Mana budak ni pergi?
Kemudian, matanya terpandang pula beg sandang milik Luhan yang tergeletak di sofa. Dia mengerutkan dahinya. Luhan dah balik ke?
Satu fikiran tidak enak tiba-tiba muncul di mindanya. Hatinya menjadi tidak senang. Oh, tolonglah!
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Romance"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...