Bab 19

278 42 13
                                    

"Tuan muda!"

"Kau nak apa? Mood aku tak baik ni. Pergi!" Usir Kris sambil meneruskan langkahnya yang terhuyung hayang itu.

Namun, lelaki berkot hitam dan berkaca mata hitam itu kelihatannnya tidak berputus asa. Dia tetap mengekori Kris dengan setia.

Berasa geram dengan tindakannya itu, Kris membaling tong sampah yang kebetulan berada di sebelahnya. Habis bertaburan isi tong sampah itu di jalanan. Beberapa orang pejalan kaki mendesis melihat kelakuan Kris itu.

"Baru beberapa tahun tinggalkan rumah, tak sangka kau dah selemah ini sekarang. Merengek kerana perempuan. Lagipun aku fikir kau suka lelaki."

Kris yang terkejut segera berpaling ke belakang. Dia menterbeliakkan matanya tatkala melihat lelaki itu. Berleher jenjang, bermata sepet sedikit, berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 7 kaki, tegap dan berwajah bujur langsung tidak ubah seperti Kris. Cuma yang membezakan mereka berdua hanyalah beberapa helaian uban yang memutih di kepala lelaki itu serta wajahnya yang kelihatan dimamah usia.

Lelaki itu tersenyum melihat Kris seolah-olah dia sudah lama menunggu saat ini.

Berbeza pula Kris, lelaki itu mengerutkan dahinya dan mengundur beberapa langkah ke belakang. Ada riak benci di wajahnya.

"Kau buat apa dekat sini?"

##

"Sihat?" Soal Wu Yixing sambil melemparkan senyuman manisnya ke arah Kris. Kris yang jengkel dengan sikap berpura-pura abangnya hanya mendengus ketika kereta Mercedes hitam itu melalui sebuah sekolah rendah. Kelihatannya beberapa orang pelajar sedang bermain di tepi pagar. Kris mencemburui kanak-kanak itu. Lebih baik bermain dari duduk sekereta dengan penipu ini, bengkengnya dalam hati.

"I should say your love life looks interesting. Gay turning to straight. I like the concept though," kata Yixing lagi membuatkan Kris memutarkan bola matanya. Ya, semestinya dia ekori aku. Macam aku tak kenal dia!

"Cakap apa kau nak! Aku tak banyak masa!" Deram Kris.

Wu Yixing ketawa sinis. "Bagi seseorang yang baru putus cinta, kelakar rasanya kau cakap begitu."

Kris mendengus.

"Okaylah. Bagi menjimatkan masa kau supaya kau dapat menangis sepuas-puasnya selepas ini (Kris mendesis), aku straight to the point. Aku nak tawarkan kau sesuatu."

"Sesuatu?" Kris mengangkat keningnya. "Apa?"

"Balik ke China dan tolong aku uruskan perniagaan ayah," jelas Yixing pendek.

"Aku tak minat," tolak Kris spontan. Bisnes sememangnya bukan minat aku, fikirnya.

Yixing tersenyum sinis lagi. "Kali ni aku yakin kau tidak akan menolak permintaan aku."

Kris terdiam mendengar ayat Yixing itu. Dia faham benar apa yang dimaksudkan abang sulungnya itu. Ketika itu fikirannya terus menerawang ke arah Puteri dan Luhan. Bagaikan bejat, video mereka berdua bermesra asyik bermain di fikirannya. Kris terpaksa menggengam tangannya untuk menahan dirinya dari perasaan amarah.

Bagaikan sengaja, Yixing pula menurunkan tingkap keretanya ketika kereta itu berpusing di selekoh Gyeongbuk Palace. Kris dapat melihat dengan jelas Puteri dan Luhan ketawa bersama-sama dengan gembira. Tidak semena-mena, hatinya panas semula.

Yixing yang geli hati menaikkan tingkapnya semula. "Jadi bagaimana sekarang?"

##

Puteri duduk di balkoni itu sambil merehatkan kepalanya di palang besi. Wajahnya kelihatan sugul sambil matanya galak mengekori kereta yang lalu lalang di jalan raya di bawah. Kereta hitam, kereta hitam. Tidak ada satu pun yang menyerupai kereta Kris.

fated with you :: krishan [completed]Where stories live. Discover now