Suasana suram menguasai ruangan itu. Sesekali hanya kedengaran ratapan-ratapan dari tetamu yang menghadiri upacara pengkebumian itu. Kris dan Puteri yang duduk di sebelah altar Luhan turut sama menangis. Walaupun mereka sedaya upaya untuk menahan air mata mereka, ianya mustahil lebih-lebih lagi apabila orang yang mereka rapat yang menjadi jenazahnya.
Kris memandang wajah Luhan di altar itu. Perasaan sayu menyelubunginya kembali sebelum dia mengalihkan pandangannya. Wajah Luhan yang tersenyum di altar itu sedikit sebanyak menyakitkannya. Kalaulah dia tahu hanya dia sahaja yang tersenyum hari ini. Puteri pula yang duduk disebelahnya tidak henti-henti menundukkan wajahnya. Walaupun gadis itu berpura-pura tabah, Kris tahu gadis itu sedang menangis. Skirt hanbok gadis itu kelihatan basah ditumpahi air matanya yang menitis.
“Takziah ya!” ucap salah seorang tetamu yang Kris kenali sebagai rakan sekelas Luhan di universiti. Kris menundukkan badannya sebelum menyambut tangan lelaki itu. Dia yang berasa kekok cuba mengukirkan senyuman membuatkan rakan Luhan itu menepuk bahunya.
“Saya tahu awak berdua sangat rapat. Mesti kehilangan dia memberi kesan besar dekat awak berdua, bukan? Luhan sekarang…?”
“Ah… keluarga dia dah bawak mayat Luhan (Hati Kris sedikit runtun ketika ini) balik ke China. Saya cuma adakan majlis pengebumian ni supaya rakan-rakan Luhan di Korea dapat memberikan penghormatan terakhir…”
“Baiknya awak…”
“Sekurang-kurangnya ini sahaja yang saya mampu buat untuk dia…”
Lelaki itu menepuk-nepuk lagi bahu Kris sebelum menunduk hormat ke arah Kris. Secara spontan, Kris juga menunduk hormat. Kemudian, lelaki itu berdiri menghadap altar Luhan dan memberikan sembah hormatnya. Kris yang tidak dapat menahan perasaannya berpaling ke belakang buat seketika, mengelap air matanya.
“Takziah dari aku jugak Kris!” kata satu suara secara tiba-tiba. Kris yang terkejut segera menegakkan badannya sebelum tergamam. Dia mendesis. Yixing…!
“Kalau kau datang sini cuma nak…”
“Hey! Hey! Kau fikir aku ni teruk sangat ke? Aku taklah teruk sangat. Hari ni aku datang cuma nak beri penghormatan dekat budak ni je…”
“Dia bukan budak…!” deram Kris.
“Tak kisahlah! Apa yang aku tahu budak ni ada hubungan yang sangat IS TI ME WA dengan kau…” sindir Yixing sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menekankan perkataan istimewa untuk mencabar adiknya itu. Sungguhpun begitu, Kris kelihatannya tidak termakan dengan ejekan abangnya itu.
“Lagi sekali aku cakap… kalau kau…”
“Aku datang nak jemput kau balik, Kris. Budak ni dah mati. Ayuh balik China!” potong Yixing sekali lagi. Sungguhpun begitu, kali ini nadanya lebih serius.
Kris yang tadinya duduk akhirnya berdiri. Dia berdiri setentang dengan abangnya. Puteri yang masih lagi duduk hanya memerhatikan situasi itu dari bawah. Nafasnya tertahan-tahan. Walaupun dia tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh Kris (Kris menggunakan bahasa mandarin ketika bercakap dengan abangnya), tetapi gadis itu mengerti yang mereka berdua sedang membincangkan perkara yang serius.
“Tak nak,” balas Kris pendek sambil matanya merenung tepat mata abangnya.
“Buat kali ketiga, kalau kau datang sini cuma nak kacau majlis ni, aku harap kau boleh pergi. Luhan pun tak ingin lihat wajah busuk kau,” tambah Kris lagi dengan nada keras.Yixing sedikit pun tidak terkejut dengan nada keras Kris itu. Sebaliknya lelaki itu mula ketawa. “Jadi, sebab sampah ni kau nak duduk dekat Korea?” kata Yixing sambil matanya diarahkan ke arah Puteri.
YOU ARE READING
fated with you :: krishan [completed]
Roman d'amour"Aku gay! Mana boleh suka dengan perempuan?!!! - Kris Wu Yi Fan "Saya cintakan dia. Macam mana dengan awak?" - Xi Luhan "B..beta tak rasa beta boleh berjauhan dengan tuan hamba.." - Puteri Jihye ♥♥ Mengisahkan tentang seorang puteri purba yang sedan...