TRM 9

6.2K 313 13
                                    

Jihyo POV

Setelah menghantar Jungkook dan mengambil beberapa peralatan,aku memandu ke supermarket untuk membeli barangan dapur.Kerana mulai saat ini,aku akan tinggal di Residences aku.

Aku memasuki supermarket dan mengambil troli lalu ku sorong ke bahagian makanan mentah.Aku membeli sebungkus daging lembu dan kembali berjalan mencari bahan makanan yang lain.

Di troli ku sudah dipenuhi dengan makanan dan beberapa makanan seperti kerepek,air soda,susu,bijirin,roti,air mineral,sayur-sayuran,beberapa perencah,beras dan banyak lagi.

Aku bergerak ke kaunter bayaran untuk membayar barangan ku.Setelah membayar,aku mengangkat beg plastik yang penuh dengan barang² yang ku beli tadi.Aku berjalan keluar dan menghampiri Lamborghiniku.

Bahuku dilanggar oleh seseorang dan aku terdorong sedikit ke belakang.

"Mianhe.Jeongmal,mianhe!".Arghh,siapa yang langgar aku ni!?Aku memandang wajah orang yang telah melanggar ku tadi.Ternyata..

"Luhan".

No one POV

Luhan memandang ke arah Jihyo yang memanggil namanya tadi.Luhan memberikan Jihyo senyuman yang manis.

"Oh,Jihyo-ssi.Mianhe,saya tak lihat² waktu berjalan tadi".Luhan tersenyum serba salah ke arah Jihyo.

"Gwenchana,Luhan-ah".Jihyo melihat ke kiri dan ke kanan serta belakang Luhan untuk mencari seseorang.Luhan yang pelik di awal kelakuan Jihyo tersenyum faham mengapa Jihyo tertoleh kiri kanan.

"Sehun tak ada dengan saya.Awak tak perlu risau".Jihyo menghembuskan nafasnya lega.Luhan membantu Jihyo mengangkat beg plastik yang penuh di tangan Jihyo.

Jihyo dan Luhan berjalan ke kereta Jihyo dan memasukkan di dalam bonet kereta.Jihyo kembali menutup bonet keretanya sementara Luhan hanya berdiri di sampingnya dan menunggu Jihyo.

"Gomawo,Luhan".
"Gwenchana,Jihyo-ssi.Ini tanda minta maaf dari saya.Ermm,let's take a walk if you don't mind?".JIhyo menganggukan kepalanya dan mereka berdua berjalan di taman.

Kebetulan Supermarket itu berdekatan dengan taman rekreasi.Mereka berjalan dan bersembang ria mengelilingi tasik di tengah² taman itu.

Luhan ternampak van aiskrim dan mengajak Jihyo untuk membeli aiskrim.

"Jihyo-ssi,awak nak aiskrim apa? Saya belanja".Jihyo mengangguk kepalanya dan melihat ke arah menu yang menjual aiskrim.

"Saya nak aiskrim mint lah".Luhan menganggukan kepalanya dan mengeluarkan dompet di saku seluarnya.

"Ahjussi,saya nak aiskrim mint satu dan aiskrin vanilla satu".Ahjussi itu menganggukan kepalanya lalu meletakan cedokkan aiskrim mint dan vanilla berlainan kon.

"Gomawo ahjussi".Luhan mengambil aiskrim itu dan menyerahkan aiskrim mint kepada Jihyo.Luhan mengeluarkan 5 won(hentam jer lah harganya) dan memberikan kepada ahjussi tadi.

Mereka kembali berjalan dan duduk di sebuah bangku taman yang panjang yang menghadap terus ke tasik.

Jihyo asyik dengan aiskrimnya sementara Luhan hanya memandang Jihyo dan sesekali memakan aiskrimnya.

"Jihyo-ssi.kalau saya nak tanya sikit,boleh tak?".Jihyo berhenti memakan aiskrimnya dan memandang Luhan.

"Nae".Mata Jihyo tepat memandang Luhan.Luhan menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan lahan.

"Kenapa awak nak larikan diri dari Sehun?I mean,kenapa awak asyik lari kalau berjumpa dengan Sehun?".Luhan menundukkan kepalanya tanda serba salah.Rasa ingin tahu menguasai mindanya untuk bertanya dengan Jihyo.

[C]The Runaway MateWhere stories live. Discover now