Keesokannya,Jihyo sudah lengkap berpakaian sekolah XOXO Highschool dan menuju ke dapur untuk bersarapan pagi.
Setelah sarapan,Jihyo langsung menggalas beg sekolah dan mengambil kunci kereta.Dia keluar dari Residences dia dan menuju ke keretanya.
Jihyo memandu ke sekolah dengan penuh berhemat supaya tiada sebarang kemalangan yang berlaku selama dia memandu.Jihyo telah tiba di XOXO Highschool,lalu mematikan keretanya dan keluar untuk menghampiri kelas 5 Erudite.
Pertama di dalam fikiran setibanya di sekolah ialah,melihat Jungkook.Dia melihat Jungkook sedang ketawa bersama kawan barunya,hatinya lega melihat si dongsaeng selesa bersekolah di sini.
Dari malam semalam,Jihyo telah berfikir masak² untuk berpindah ke sekolah lain.Gila nak satu sekolah dengan posesif alpha macam Sehun?Yang ada pengelibatan Sehun dalam masalahnya akan merosak semua plan yang sudah dirancang.
Jihyo ke bilik pengetua Yoo untuk membincang pemindahannya ke sekolah lain.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk".Setelah mendapat kebenaran dari pengetua Yoo,Jihyo masuk ke dalam bilik itu dan menunduk hormat ke arah Pengetua Yoo.
"Anyeong seongsanim".Pengetua Yoo menyambut Jihyo untuk duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"Waeyo Jihyo?Ada apa yang boleh saya bantu?".Jihyo menarik nafas dan dihembuskan dengan perlahan dan memberanikan diri untuk menyatakan hasratnya.
"Saya ingin berpindah sekolah ke Cube Highschool dan saya ingin seongsanim meluluskan permintaan saya".Pengetua Yoo menghembuskan nafasnya dengan berat.Mata yang dipejam kembali dicelik dan memandang Jihyo dengan pandangan kasihan.
"Saya tak boleh luluskan permintaan awak Jihyo.Pemilik sekolah ni menyuruh saya untuk black list nama awak dari diluluskan untuk berpindah ke sekolah lain".Mata Jihyo tidak berkelip memandang Pengetua Yoo.
"Maksudnya,saya kena bersekolah di sini sampai saya habis belajar?".Pengetua Yoo mengangguk kepalanya lemah.
"Boleh saya tahu siapa pemilik sekolah ni?".Hati Jihyo panas apabila namanya disenarai hitam untuk berpindah ke sekolah lain.
"Tuan Oh Sehun".
Deg!
Tiga ayat itu membuatkanJihyo terkedua,bagaikan nyawanya melayang mendengar nama si pemilik.Jantungnya semakin laju mengingat Sehun dan oksigen bagaikan habis untuk disedut.
"N-nae,s-sa-saya f-f-faham seongsanim.S-saya p-p-pe-pergi d-d-dulu.K-kh-khamsamnida".Jihyo berdiri dengan bergetar getar dan memulas tombol pintu dengan susah payahnya.Dia keluar dari bilik pengetua dengan cepat untuk mengelak dari disoal lebih lanjut.
Lututnya lemah tidak dapat menyokong badan Jihyo.Dia terduduk lemah di atas lantai koridor yang sunyi sepi.
'Maknanya,aku akan dekat dengan dia selama aku bersekolah di sini?Ini baru awal tahun bersekolah dan aku kena bertahan selama setahun.Wae? Aku tak nak kau disakiti sebab itulah aku kena berjauhan dengan kau sementara waktu'---- Jihyo kembali berdiri dan menarik nafasnya dalam menenangkan hatinya yang gemuruh.Dia mengatur langkah untuk ke kelasnya kerana sebentar lagi pembelajaran akan dijalankan.
Di sebalik dinding itu,ada seseorang berambut blonde memandang Jihyo bersama smirk nya.
"Aku dah agak kau nak lari lagi.Nasib aku dah suruh Pengetua Yoo blakclist nama kau untuk berpindah.Jihyo,Jihyo.Aku dah cakap kau tak boleh lari dari aku.Langkah pertama,selesai.Let's move to next step.Mungkin dalam sehari ni kau dapat banyak kejutan.Sorry but no sorry babe.See you in class".Namja itu berjalan menuju ke kelas 5 Dauntles.
YOU ARE READING
[C]The Runaway Mate
FanfictionSong Jihyo,seorang werewolf yeoja yang mewarisi Silvermoon pack.Dia mempunyai satu misi iaitu mencari dalang pembunuh Alpha Jeon dan Luna Song.Satu perkara yang paling nak dia elak ialah.. BERTEMU MATE DIA.. Oh Sehun,Alpha Blackmoon Pack,pack yang p...