TRM.29

4.8K 254 11
                                    

Pagi hari Isnin,Jihyo bangun dengan semangatnya lalu membersihkan diri untuk ke sekolah.Jihyo telah lengkap berbaju uniform sekolahnya dan menyandang beg sekolahnya.

Jihyo berjalan ke bawah untuk menemui Sehun dan bersarapan bersamanya.Ketika di menuruni tangga,Jihyo berasa sakit di dadanya.Dia memegang dadanya sambil berkerut dahinya.

Jihyo tak mengendahkan rasa sakitnya dan kembali berjalan ke bawah.Dia terlihat Sehun sedang bermain iPhonenya lalu menghampiri Sehun.Jihyo berjengket perlahan di belakang Jihyo untuk mengejutkan Sehun.

"BWAA!!".Sergah Sehun tiba² membuatkan Jihyo terkejut dan berteriak.Jihyo segera menutup mulutnya sementara Sehun ketawa terbahak bahak.

"Yah,macam mana awak tahu saya nak terkejutkan awak?".Ucap Jihyo sambil terkikik.Tangannya lantas memukul lengan kekar Sehun yang masih terbahak.

"I can sense your smell.Jadi saya tahulah ada awak di belakang saya.Ditambah lagi takde suara tapak kaki awak.Jadi saya tahulah niat awak".Terang Sehun.Jihyo mengambil tempat duduk di hadapan Sehun dan mereka muka bersarapan.

Semasa bersarapan,Jihyo bagaikan tiada selera untuk makan.Dia hanya memakan dua tiga sudu,selainnya dia menguis makanannya.Sehun yang memakan dengan lahap sekali melihat aksi Jihyo.

"Wae tak makan?".Soal Sehun kepada Jihyo."Takde seleralah".Balas Jihyo.Dia menghembuskan nafas berat dan meminum susunya sehingga habis.Tak tahu kenapa,Jihyo bagaikan terlalu haus bagaikan sudah tiga hari tak minum langsung.

Dia menuang segelas air putih lalu meminumnya.Dia kembali meminum air putih sehingga menghabiskan tiga jug air.Sehun terkejut melihat kelakuan Jihyo yang menghabiskan air sebanyak tiga jug penuh.

"Banyaknya air awak minum.Haus sangat ker?".Soal Sehun lalu meminum susunya."Tak tahulah kenapa.Saya rasa tekak saya kering sangat.Lepastu saya rasa air yang saya minum tadi macam dah kering dalam perut saya".Balas Jihyo.

Sehun mengerutkan dahinya mendengar jawapan Jihyo.'Peliknya,adakah macam tu?'.Monolog Sehun.Dia berdiri lalu mendekati Jihyo.Tangannya terangkat untuk menyentuh dahi Jihyo untuk memeriksa suhu tubuhnya.

Sehun merasakan bahawa dahi Jihyo berasa panas sangat,lepastu sejuk membeku.Kemudian,panas lagi,lepastu sejuk beku dan seterusnya."Complicated betul suhu awak ni.Takpayah lah awak pergi sekolah.Awak rehat jer di rumah".Arah Sehun dengan lembut lalu menarik Jihyo untuk menghantarnya sehingga ke biliknya.

Jihyo cepat² mengeraskan tubuhnya."Oppa,taknak.Saya nak pergi sekolah juga".Pinta Jihyo dengan nada memujuk."Nanti kalau apa² jadi dekat Hyo macam mana?Di rumah jer lah yer.Rehat.Ada home theater dekat sana,ada macbook oppa,ada library,ada psp oppa,ada bilik bermain video game,kalau bosan awak main jer ok.Lagipun muka Hyo pucat sangat,omega boleh tolong tengokkan.Nanti oppa suruh Hani tolong tengokkan awak".Balas Sehun yang agak risau dengan keadaan Jihyo.

Jihyo mengeluh dengan permintaan Sehun+hasutan dengan barangan tadi yang tidak membenarkan dia ke sekolah hari ini.Jihyo mengangguk lemah.Sehun tersenyum lega lalu mengusap rambut Jihyo pelan.Dia menjinjit beg sekolah Jihyo di tangan kirinya manakala dia menarik Jihyo menggunakan tangan kanannya dan menghantar Jihyo sehingga ke biliknya.

Apabila Sehun sudah memastikan Jihyo selesai menukar pakaian lalu berbaring di atas katilnya,dia melangkah keluar lalu menutup pintunya.Kakinya terarah untuk ke ruang tamu di mana para omega sedang mengemas mansionnya.

Sehun merapati Hani yang sedang mengemas sofanya yang banyak."Hani,saya minta awak serta omega lain untuk pantau keadaan Jihyo.Saya rasa dia sakit tu.Dan hantarkan juga bubur untuk dia.Dia makan sikit jer tadi pagi,arra?".Arah Sehun sedikit tegas.

"Nae,Alpha".Balas Hani lalu menundukkan tubuhnya tanda hormat.Langkah Hani terus ke dapur mansion untuk membuat bubur yang dipinta oleh Sehun.Sehun mula berjalan ke Lamborghini hitamnya lalu menekan minyak sehingga ke XOXO Highschool.

[C]The Runaway MateWhere stories live. Discover now