Jihyo membawa kamera itu ke katil.Dia mula menghidupkan kamera itu.Kamera video itu memaparkan banyak video.
Jihyo menekan salah satu video.Apabila video itu dimainkan,kelihatan wajah Sehun yang tertidur nyenyak sedang dirakam.
"Ini Sehun.Sehun suka bubble tea.Sehun pelat.Sehun selalu termimpikan bubble tea.Contohilah Sehun".Satu suara yang keluar dari video itu membuatkan Jihyo ketawa.
"Hahahaha,lawaklah".Ucap Jihyo sambil terguling guling di atas katil.
Jihyo memainkan satu lagi video di mana Sehun masih tertidur."Baiklah puan² sekalian,hari ini kita akan belajar cara² nak make up oleh Byun Baek...".Siluet Baekhyun muncul dalam video itu sambil bercakap dan berkelakuan ala² diva.
"Byun Bacon".Jawab si perakam video,iaitu Chanyeol."Yah,aku bukan baconlah!".Baekhyun mengetuk kamera itu.
"Okey,kita mulakan dari eyeliner..".Dan Baekhyun meletakkan eyeliner,lipstick,eye shadow,blusher di muka Sehun.
Habis wajah kacak Sehun diconteng dan didajal oleh Baekhyun.Chanyeol terkikik kerana menahan tawanya.
"Dah siap.Cantik tak?".Baekhyun membuat peace di sebelah Sehun.Tubuh Sehun mengeliat menandakan dia hendak terjaga dari tidur.
"Weyh,dia nak bangun.Cabut!".Baekhyun dan Chanyeol berlari menjauhi Sehun membuatkan video itu nampak bergoyang goyang.
Belum sempat mereka menamatkan rakaman mereka,tiba²...
"BYUN BACON!PARK CHAPANG! APA KAU BUAT DEKAT MUKA AKU!?".Kedengaran teriakan Sehun di bilik.
"YAH,AKU BUKAN BACONLAH!"
"YAH,NAMA AKU BUKAN CHAPANG LAH!".Teriak Baekhyun dan Chanyeol serentak.Video itu tamat di situ.Jihyo semakin ketawa terbahak bahak menonton video itu.Sampai terkeluar air matanya.Perutnya sakit kerana tergelak sakan.
"Aduh,ada² lah diorang dua ni".Jihyo menonton video seterusnya.Di video itu,kelihatan Sehun sedang memakai baju sweater putih,beanie putih dan berambut pink.
"Thehun nak thuthu".Ucap Sehun
di sebelah Luhan."Hah?Sehun nak susu?".Soal Chen.Sehun mengangguk."Arra,arra.Sehun-ah,cuba cakap 'Saya suka minum susu perisa strawberri sebab susu strawberri sangat sedap'.Lepas Sehun cakap,hyung bagi susu ni".Ucap Chen di sebelah Sehun.
Si perakam,Baekhyun dan Chanyeol menahan tawanya.Luhan memandang Beagle Line dengan sangat tajam.
Sehun mengangguk."Thaya thuka minum thuthu peritha Thrawberri thebab thuthu Thrawberri thangat thedap.Yehet!".Setelah mengucap ayat itu,Sehun melompat kegirangan.
Beagle Line ketawa terbahak bahak.Luhan hanya mampu ketawa tertahan tahan."Hahaha, thuthu"..Chen mengajuk ucapan Sehun.
Video itu tamat di situ.Jihyo sudah melutut di bawah lantai kerana tergelak macam orang gila.Badannya diguling gulingkan di atas lantai.
"Lah pelat rupanya dia dulu".Jihyo kembali ketawa.Setelah lebih dari 30 minit ketawa mengingat video yang terakhitr,dia mula terdiam.Dia memandang siling lalu membuat wajah bagaikan dia teringat sesuatu.
"Sekejap,ada yang tak kena!".Jihyo bangkit dari baringnya lalu kembali mengambil kamera video.Dia kembali mengulang video yang terakhir sehingga tamat.
Jihyo kembali mengulang video itu.Dia memberhentikan video itu memaparkan siluet Sehun secara keseluruhannya.
Jihyo fokus dengan rambut Sehun yang terlindung sedikit oleh beanie putih."Pink?".Soal Jihyo agak terkejut.
"Dia pelat S dan rambut dia warna pink".Jihyo mengingat siapa orang yang familiar dengan Sehun.Dia berasa kalau bukan baru pertama kali mereka berjumpa.Rasa macam dah bertahun mereka dah berjumpa.
YOU ARE READING
[C]The Runaway Mate
FanfictionSong Jihyo,seorang werewolf yeoja yang mewarisi Silvermoon pack.Dia mempunyai satu misi iaitu mencari dalang pembunuh Alpha Jeon dan Luna Song.Satu perkara yang paling nak dia elak ialah.. BERTEMU MATE DIA.. Oh Sehun,Alpha Blackmoon Pack,pack yang p...