"Yuna pun perempuan tapi kenapa kau tak nak layan dia?" Kata Kai.
"Sebab aku tak suka dia" ujar Taehyung.
"Sejak bila pulak kau tak suka dia?" Kai menyimpan niat untuk memarahi Taehyung kerana dia sahabat Kai.
"Dah lama. Sekarang ni aku taknak gaduh dengan kau" Taehyung memang tak suka bergaduh. Pada dia masalah boleh diselesaikan samada kecil atau besar.
Kemudian Eunji masuk ke dalam kelas diikuti dengan AOA.
"Irene, kenapa kau tak rehat tadi? Kau buat apa lama2 kat tandas?" Eunji mempunyai banyak pertanyaan tetapi pertanyaan itu yang dipilihnya.
"Aku macam tak sihat lah" Irene menipu Eunji. Lagipun kalau dia bagitau hal sebenar, Eunji akan berjumpa dengan Yuna dan memarahinya.
"Ohh yeke" Eunji percaya akan kata2 Irene.
"You buat apa kat sini?" Tanya Kai sambil tangannya pegang pinggang Seolhyun.
"Nak jumpa you lah. Miss you" Seolhyun membuat suara comel.
"Miss you too baby" Kai bermanja di hadapan Irene & Eunji.
Sekali lagi hati Irene disakiti. Irene keluar dari kelas sambil menangis. Dia duduk di dalam stor supaya tiada siapa boleh kacau dia.
Eunji mahu mencari Irene bersama Taehyung tetapi dihalangi oleh Yuna. Terpaksalah Eunji mencarinya seorang diri.
"Yuna, apa masalah kau sebenarnya? Kau tau kan aku memang tak suka kau. So kau jangan nak memandai mandai halang apa yang aku nak buat" Taehyung memarahi Yuna.
Yuna tidak mengambil kesah. "Aku akan buat kau suka aku balik dan apa je benda yang kau nak buat kene mintak kebenaran dari aku"
"Mind your own business. Tak payah lah nak susahkan diri kau untuk aku suka kau sebab aku memang takkan suka kau. Kau faham tak apa yang aku cakap?" Taehyung tidak suka dengan perangai Yuna.
"I don't care yang penting aku nak kau. Dah lah guys jom pergi kelas" Yuna mengajak Choa dan Seolhyun.
"Irene!!! Irene!!!!" Jerit Eunji. Memang susah nak cari dia sebab sekolah ni terlampau besar.
"Haih" Eunji mengeluh. "Irene, kau pergi mana? Janganlah macam ni" Eunji mencarinya di tandas tetapi tidak jumpa.
Selepas itu, di padang, perpustakaan, kantin, taman, tetapi tidak jumpa juga sehinggalah dia terlupa di stor sukan.
Eunji memasuki kelas dan menunggunya tetapi tiada juga walaupun cikgu Kim susah masuk sehinggalah.....
"Harini ada yang tak hadir ke?" tanya Cikgu Kim kepada Ketua kelas.
"Tak. Semua hadir cikgu" jawab ketua kelas itu.
"Kenapa sebelah Eunji ada tempat kosong? Adaorang ponteng ke?" Cikgu Kim agak tegas orangnya. Dia tidak suka kalau ada murid ponteng kelas semasa waktunya.
"Tak cikgu, Irene tak sihat. Dia baru je balik" Eunji mem'back up' Irene. Dia tak mahu cikgu memarahi Irene.
"Irene sengaja ponteng kelas tadi dia sihat je" Kai mahu Irene dimarahi Cikgu Kim. Dia tidak tahu yang Irene keluar dari kelas disebabkan dia dan Seolhyun.
"Betul ke ni? Takpe nanti saya akan denda dia dengan kamu sekali Eunji. Nak tau sebab apa? Sebab kamu menipu" kata Cikgu Kim.
Eunji hanya mendiamkan diri. Irene pula hilang tah ke mana.
TBC
Vote dan comments digalakkan. Teruskan membaca :) Annyeong !!
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RandomBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...