Part 16

800 35 0
                                    

Kereta limousine hitam tiba di hadapan bangunan hospital Seoul. Kai segera membuka pintu dan keluar dari kereta tersebut.

"Jangan bagitau Taehyung yang aku hantar Irene kat hospital ni. Kalau aku dapat tahu, korang berdua yang aku cari!!" Pesan Kai kepada Siwon dan Jimin. Mereka berdua menganggukkan kepalanya.

Kai segera menutup pintu kereta itu dan pantas kakinya masuk ke dalam hospital Seoul. Dia menuju ke dalam lif dan menekan button 3rd floor. Sesudah sampai, dia menuju ke wad Irene dan lantas tangannya membuka pintu tersebut.

Alangkahnya terkejut apabila di dalam wad itu terdapat seorang perempuan tua yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

"Kamu ni yang hantar Irene ke sini ke?" Soal Puan Bae.

"Nae" jawab Kai sambil matanya tajam memerhatikan Irene. Irene

"Ahjumma ni omma kepada Irene. Gomawo sebab hantarkan anak ahjumma ke sini" pinta Puan Bae. Kai tersenyum seketika dan kembali dingin.

"Irene bagitau ahjumma yang kamu nak bayarkan bil hospital dia. Tapi ahjumma rasa jangan lah sampai tempatkan Irene di bilik VIP. Mahal" ujar Puan Bae.

"Masa saya bawak Irene ke sini, semua wad biasa dah penuh dengan pesakit jadi saya pilih lah bilik VIP" Kata Kai lalu meletakkan bag sekolah di atas sofa.

"Ahjumma faham dengan niat baik kamu ni. Nak selamatkan orang. Kamu dah banyak tolong Irene. Jadi ahjumma rasa lebih baik kamu balik. Biar ahjumma saja yang jaga dia" ujar Puan Bae. Kai seperti ingin saja memarahi Irene di depan ommanya.

"Ahjumma boleh tak keluar sekejap? Saya nak cakap dengan Irene" tanya Kai dingin. Puan Bae mengangguk lalu beredar dari situ.

"Aw-awak ma-marah ke? Mianhae" Irene menundukkan kepalanya. Dia tidak berani melihat muka Kai yang garang itu.

"Masa aku takde kau buat apa? Mana kau dapat henfon nak call mak kau?" Soal Kai. Dia tahu yang Irene tidak membawa henfonnya.

"Saya minta dekat nurse. Tapi saya tak cakap apa-apa pun dekat dia" balas Irene. Kepalanya masih menunduk ke bawah.

"Dah pandai buat macam-macam masa aku takde!! Lain kali kalau kau nak sangat jumpa omma kau tu, minta izin aku!! Aku pantang kalau orang macam kau ni tak dengar cakap!! Susah sangat ke!!" Marah Kai lalu menyandang bag sekolahnya dan tidak lupa juga membawa balik bag yang berisi pakaian.

'Panggg!!!!' 

Kai menghempas pintu kuat. Bahu Irene terjungkit(?) seketika kerana tekejut dengan hentakan pintu itu.

Kemudian Puan Bae masuk semula.
"Kenapa dengan kawan kamu tadi tu? Macam ada benda tak kene" tegur Puan Bae.

"Omma, Irene nak tidur sekejap" kata Irene lalu baring di atas katil. Selimut ditarik ke atas sehingga menutup kepalanya. Dia bukan mahu tidur tetapi dia mahu menangis di dalam selimut. Kalau ada Eunji, sudah lama dia luahkan apa yang dia rasai.

Puan Bae yang tidak tahu anaknya sedang menangis duduk di atas kerusi dan senyap-senyap menelefon Eunji. Sebenarnya Puan Bae memang sudah mempunyai nombor telefon Eunji.

*Apink Song -LUV*

"Eoh? Puan Bae call? Mesti ada something ni" kata Eunji kemudian menjawab panggilan tersebut.

"Yoboseyo...ada apa Puan Bae call saya?" Tanya Eunji.

"Kamu datanglah melawat Irene. Lagipun kamu mesti rindukan dia. Sekarang ni ahjumma ada dengan dia" ujar Puan Bae.

"Saya memang nak tapi saya tak tau hospital mana Irene ditempatkan. Ahjumma boleh bagi tak?" kata Eunji lalu mengambil sticky notes untuk menyalin nama & nombor bilik Irene tersebut.

"Hospital Seoul. Bilik no 14. Tapi bilik VIP tau. Kamu tanyalah nurse kalau kamu tak jumpa" ujar Puan Bae sambil memerhati anak kesayangannya tidur walaupun seluruh badannya ditutupi selimut.

"Nae. Gomawo ahjumma, nanti saya sampai ke sana" kata Eunji lalu menghentikan panggilan begitu juga dengan Puan Bae.

'Kim Jongin, kenapa hati awak keras sangat? Susah sangat ke awak nak berbaik dengan saya? Apa salah saya yang pernah saya buat kat awak? Awak tau tak saya dah lama sukakan awak cuma cinta saya tak terbalas. Tapi saya percaya satu hari nanti awak akan cintakan saya' Kata Irene di dalam hati. Air matanya mengalir dengan deras apabila terkenangkan lelaki kesukaannya. Sudah lama hatinya tetap pada Kai. Kali pertama dia berjumpa kai, hatinya berdegup laju. Sangat laju macam kereta f1.

TBC

Jom kita flashbacks macam mana Irene boleh jatuh cinta dengan Kai. And macam mana rancangan Seolhyun nanti? Berjaya dilancarkan atau tidak? Nantikan part seterusnya.

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now