Part 6

911 48 0
                                    

"Ye sekarang ni aku otw pergi hospital nanti aku call kau balik" Kai menekan 'end call' di skrin henfonnya.

"Kai!!! Hello!!! Kai!!!" Taehyung tidak sempat bercakap dengannya.

Beberapa minit kemudian

'Tut tut'

Henfon Kai berbunyi. Dia membuka whatssap

Taehyung :

"Hospital mana kau pergi? Sent location cepat!!"

Selepas membaca mesej yang Taehyung hantar, Kai hanya memberikan bluetick. Dia malas hendak melayan mesej Taehyung.

"Kenapa kau nak tau sangat Taehyung? Aku rasa tak perlu lah" Kai berkata di dalam hati.
                                                                   

"Yahhh dia ni memang lah!!!!" Taehyung tidak puas hati. Dia takut kalau ada benda buruk terjadi pada Irene.

"Asal weh?" Soal Jimin.

"Irene pengsan dekat stor sukan masa dia nak amik bola keranjang pastu dia hantarlah Irene pergi hospital. Sekarang ni aku suruh dia hantar location tapi dia cuma bagi aku bluetick" Di dalam fikiran Taehyung sekarang ini dia cuma risaukan Irene.

"Yeke?? Aku tak percaya lah" Jimin seperti tidak percaya. Dia tahu yang Kai memang tidak suka Irene

"Nanti kau dengar dengan telinga kau sendiri!!!" Kemudian Taehyung menggalas bagnya dan meninggalkan Jimin seorang diri.

"Kejap lagi diaorang mesti bergaduh. Tak lama lagi!!!" Jimin bercakap seorang diri dan senyum sorang2.

*Apink song-Mr Chu*

"Ehh Taehyung? Kenapa tiba2 dia call?" Eunji menjawab panggilannya.

"Yoboseyo!! Ada apa kau call aku?" Tanya Eunji.

"Kau ada kat mana sekarang ni?" Taehyung ingin memberitahu tentang Irene kepada Eunji.

"Dekat sekolah tapi kejap lagi aku dah nak balik. Aku tetap tak jumpa Irene lah. Aku rasa dia dah balik" Eunji kelihatan risau.

"Kau salah. Irene pengsan dekat stor sukan masa kau cari dia. Sekarang ni Kai hantar dia pergi hospital" Kata Taehyung.

"WHAT?!?! Serious ke?? Bagitau aku hospital mana dia pergi aku risau ni. Dah lah Kai tu benci Irene mana lah tau dia buat macam2 kat Irene untuk balas dendam" Eunji semakin cemas.

"Aku dah try mesej dia tapi dia tak nak bagitau jugak. Esok aku jumpa dia aku nak tanya hospital mana dia hantar Irene" kata Taehyung.

"Yeke?? Haihh aku harap Irene ok. Weh battery aku low dah lah bye!!!" Eunji mematikan fonnya supaya boleh simpan separuh battery yang tinggal.

*Di hospital*

Irene membuka matanya. Sudah beberapa jam dia tidak sedarkan diri.

"Kai?? Kenapa saya ada kat sini?" Tanya Irene. Dia berasa pelik.

"Hah baguslah kau dah sedar. Doktor cakap kau kekurangan udara(hentam je). Apahal kau duduk dalam stor? Aku rasa kau ada plan dengan budak tadi sebab kau nak kenekan aku" Kai menyangka Irene sengaja kenakan dia.

"Taklah. Saya duduk dalam stor ada sebab. Awak jangan cepat salah faham" Kata Irene.

"I don't believe. Sekarang ni aku nak balik. Nanti aku bayar untuk kau. So kau patut terhutang budi pada aku" Baru beberapa langkah Kai berjalan, Irene bersuara.

"Kenapa awak sanggup hantar saya pergi hospital?" Tanya Irene.

Kai senyum. "Terpaksa" satu patah perkataan keluar dari mulut Kai.

Kemudian dia meninggalkan Irene dan terus masuk ke dalam lif. Kai menekan G Floor. Dia mahu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba di kaunter.

"Encik nak bayar ke?" Tanya Jururawat itu. Dia memanggil Kai 'encik' padahal Kai baru berumur 19 tahun.

"Yes" jawab Kai

"Siapa nama pesakit?" Tanya Jururawat itu lagi.

"Bae Irene" Kai berharap bayarannya tidak mahal.

"Sekejap, saya check dalam komputer" Jururawat itu memeriksa nama Irene di dalam komputer.

"Ok" jawab Kai sepatah.

"Saya dah jumpa. Bae Irene umur 19 tahun. Dia belum boleh keluar dari hospital so encik tak boleh buat pembayaran lagi. Lagi satu Irene perlu ditemani oleh orang yang dikenali." kata jururawat itu.

"Tapi dia dah sihat" Kata Kai.

"Selagi dia belum boleh keluar dari hospital, dia akan jadi pesakit dan perlu ditemani oleh orang yang dia kenali" Jururawat itu pun segera berlalu.

"Terpaksa lah aku jaga kau" rungut hatinya. Kai memang malas nak menjaga Irene. Kalau boleh dia nak balik rumah.

Kemudian dia masuk ke dalam lif. Selepas itu dia pergi ke wad Irene semula.

"Kenapa awak datang balik?"- Irene

TBC

So how? Best ke ke ke??? Apa yang akan terjadi seterusnya? Hehehe teruskan membaca kalau nak tau. Annyeong !!!

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now