Pada pagi ini Irene nampak seperti muram, sedih, kecewa dan sebagainya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Taehyung di dalam kepalanya. Apa yang harus dia lakukan untuk berbaik dengan Taehyung? Haruskah dia berhenti menyukai Kai buat sementara waktu ini? Ya, dia harus tabahkan hati walaupun dia tidak sanggup untuk melakukannya.
'Mianhae Taehyung. Saya dah lukakan hati awak. Saya sanggup buat apa saja demi awak asalkan awak gembira' getus Irene. Banyak juga yang perlu dirinya berkorban untuk seseorang.
Tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang dan dibawa di belakang sekolah. Muka orang itu tidak kelihatan kerana dia memakai mask hitam. Tapi macam kenal!
"Lepaskan aku!! Kau ni siapa hah?!?!" Marah Irene. Tetapi orang itu makin mengeratkan pegangannya. Irene sudah meraung kesakitan. Kemerahan sudah nampak di lengannya. Sakit!
"Diam!!" satu patah perkataan keluar dari mulut orang itu. Dia mula membuka mask hitam dan melepaskan lengan Irene. Mata Irene membutang.
"Ka...kai?!?!" Terkejut Irene dibuatnya. Dia mula berasa takut. Kenapa Kai harus berbuat begitu? Apa yang dia buat silap?
"Shhh....semalam kau pergi mana?" Soal Kai perlahan. Dia mengelus pipi Irene lembut. Dah kenapa dengan dia ni kena sampuk ke apa. Tiba2 buat centu dekat Irene. Kata benci tahap gaban -,-
"sa-saya per-pergi rumah Taehyung" jujur Irene. Dia harus berterus terang lagipun dia merasakan yang Kai sudah tahu tentang ni daripada Siwon.
"Oh yeke...kenapa pergi sana sayang?" Soal Kai. Kali ini dia membelai rambut Irene pula. Entah mabuk ke apa dia ni. Irene sudah ketakutan. Dia percaya Kai tidak seperti ini. Mahu saja dia tolak Kai dan cabut lari tapi apakan daya Kai sudah mengunci dia.
Irene diam tidak menjawab pertanyaan Kai. Berat rasanya mulut untuk menjawab soalan itu. Kai sudah mula geram. Dia mencengkam kuat rahang Irene.
"Aku tanya jawablah!!! Aku paling benci soalan aku tak terjawab!!!" Marah Kai. Dia semakin mengeratkan lagi cengkaman itu. Perit! Tetapi Irene cuba bertahan selagi boleh.
"Sa-saya to-tolong selesaikan ma-masalah d-dia" kata irene gagap. Ketakutan menguasai dirinya. Kali pertama rasanya Kai berbuat begitu. Kai melepaskan cengkaman itu.
"Masalah? Kau takde kena mengena dengan dia jadi jangan nak masuk campur!!" Kai melangkah pergi dengan memakai mask semula. Tetapi perjalanannya terhenti seketika.
"Hmm lagi satu, aku tak suka kau dekat dengan dia" ujar Kai perlahan. Entah kenapa dia harus berkata begitu. Dari tadi mulutnya meronta-ronta untuk mengeluarkan ayat tersebut. Kai segera berlalu takut adaorang terlihat mereka berdua-duaan.
--
"Arghhhh!!!! Kenapa!!!" Jerit Taehyung. Buku-buku yang berada diatas meja dijatuhkan ke bawah. Dia mengusutkan rambutnya.
"Kenapa kau tak suka aku??? Wae??" Air mata keluar dari tubir matanya. Sakit kerana mencintai orang yang tidak pernah menyukainya. Irene merupakan first lovenya. Tiba2 pintu dibuka dari luar. Ianya Baekhyun.
"Taehyung, gwenchana? Kenapa jerit ni?" Tanya Baekhyun. Dia nampak risau dengan keadaan Taehyung. Matanya tertancap pada buku-buku yang beselerak di atas lantai.
"Tell me whats your problem. Maybe hyung boleh tolong" ujar Baekhyun. Taehyung tersenyum senget. Tak percaya pada abangnya.
"Aniyo!! Hyung takkan dapat selesaikan masalah ni. Cuma Irene yang boleh buat semua ni. Dia penawar masalah Taehyung" terang Taehyung.
"Hyung tau Taehyung sukakan Irene tapi..." Taehyung memotong kata2 Baekhyun.
"Keluar!!!" Marah Taehyung. Malas nak dengar bebelan Baekhyun.
"Nae...hyung taknak tolong kalau Taehyung ada masalah arasseo?" Ujar Baekyun seraya berlalu pergi. Dia menutup pintu kuat.
--
Kai menjumpai Seolhyun di kelasnya.Dia mahu gembira apabila bersama dengannya. Malas mahu memikirkan tentang hal tadi.
"Morning kiss special for you" kata Seolhyun lalu mengucup bibir Kai. Kai membalas kucupan itu. Jarinya memegang pinggang Seolhyun. Entah kenapa dia membayangkan dia mencium Irene.
"Thanks a lot Irene" kata Kai. Seolhyun mengangkat kening sebelah. Irene? kau bayangkan aku ni Irene ke apa? Ishh benci betul lah!!
"Irene? I'm Seolhyun not Irene" marah Seolhyun. Kai seperti baru tersedar dari mimpi dan kembali ke alam realiti.
"Sorry, i tak sengaja. I terlalu bencikan dia sampai tersebut nama dia" terang Kai mahu mempercayai Seolhyun. Tapi benci kan tanda sayang.
"Really? Lain kali jangan tersebut nama tu kalau tak i merajuk" kata Seolhyun. Kai sekadar mengangguk. Fikirannya bercelaru. Tak sangka boleh tersebut nama Irene depan Seolhyun.
--
Kelas dimulakan seperti biasa. Sewaktu sesi pembelajaran, mata Kai asyik memandang Irene yang sedang fokus belajar.
'Comel' getus hati kai. Dia mengukir senyuman. Kenapa dengan aku ni!! Please stop fikirkan pasal dia.
"Kai, apa jawapan untuk soalan ni?" Soal cikgu Shin. Dia tahu sedari tadi Kai tidak fokus dihadapan. Sengaja mahu menyoal Kai.
"Irene!!" Jawab Kai. Arghhh gila!! Kai mengetuk kepalanya. Irene pula terkejut dek kerana namanya.
"Nae? Irene?" Cikgu Shin mengerutkan dahinya. Apa kena dengan budak ni. Tulah mata tu asyik pandang Irene tak berganjak pun. Muka Kai merah menahan malu. First time jadi macam ni. Dalam kelas pulak tu.
'kenapa awak sebut nama saya Kai?' Kata Irene dalam hati. Dia menundukkan kepalanya. Tidak mahu memandang Kai yang tengah menahan malu. Perlahan-lahan air matanya jatuh.
TBC
Serious author takde idea. Thats why macam tunggang langgang je haih. Pecah otak nak fikir idea huwaaaa nak nangis :') next part tunggu sebentar sebab author tengah dok utamakan drama legend of the blue sea best kan? Ok byeeee :*
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RandomBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...