Part 46

759 41 6
                                    

"Please Seolhyun lepaskan aku!!!" Rayu Yuna. Dia langsung tidak bergerak hanya mulut bergerak meminta tolong.

"Lepaskan aku!!!" Rayu Yuna sekali lagi. Seolhyun tergelak melihat yuna merayu-rayu. Wow nampak macam seperti seorang hamba meminta tolong kepada bosnya.

"Boleh! Tapi aku nak kau bunuh Irene. Aku target dia orang pertama mati. Kedua, Kai dan ketiga our friends Jinhwan!" Ujar Seolhyun. Yuna menggeleng-gelenggkan kepalanya. Dia tak nak buat semua itu! Dia tidak mahu terlibat dalam rancangan Seolhyun.

"Kau dah gila ke? Sanggup bunuh diaorang sebab dendam? Youre evil!" Jerit Yuna lalu menggigit tangan Seolhyun sekuat hati dan berlari ke luar kelas. Sempat juga dia toleh ke belakang. Nasib Seolhyun tidak mengejarnya.

"Shit! Kau orang keempat mati Yuna!" Ujar Seolhyun lalu pisau itu dipandangnya tajam.

'Aku takkan biarkan sesiapa mati'

--

"Arghhh!!"

"Yuna?? Kenapa kau lari ni then muka kau pucat gila" soal Kai apabila Yuna terlanggar dengannya. Tangan Yuna dicapai untuk membantunya bangun.

"Kai, i nak bagitahu something. You dalam bahaya. Please jangan dekati Seolhyun. Irene pun. Dia dalam bahaya. I tahu semua rancangan Seolhyun. Dia bagitahu segalanya" terang Yuna. Amarah Kai semakin meletus apabila Irene turut sama dalam rancangan jahat Seolhyun. Kai mahu hanya dia sahaja yang terlibat dalam plan Seolhyun dan biarlah dia sorang sahaja dalam bahaya dan bukan orang yang tersayang.

"What?? Dia tu nak apalagi?" Soal Kai tidak puas hati.

"Di-dia nak bu-bunuh you and Irene" jawab Yuna. Kai terus berlari ke arah kelas Seolhyun. Mungkin perempuan itu berada disana. Setibanya dihadapan kelas, tidak nampak pula kelibat Seolhyun.

"Shit! Mana perempuan tu pergi!!" Kata Kai lalu menendang pintu kelas. Kemudian dia pergi ke semua kelas dan secara kebetulan terserempak Irene dan Eunji.

"Kai....."

"Kau ada nampak Seolhyun?" Soal Kai. Irene menggeleng kepala. Kai mula mendekati Irene. Dia merenung mata Irene dalam.

"Aw-awak okay tak?" Soal Irene.

"Jangan ambil berat pasal aku. Kau jaga diri kau baik-baik" pesan Kai sedikit tegas.

"Takkan sebab saya tak layan awak, awak terus nak merajuk. Sa-saya mintak maaf saya ta...."  belum sempat ingin berkata Kai sudah memotong. Tahu sangat perangai Kai itu.

"Merajuk? Kau merepek apa? Lelaki nak merajuk nampak bodoh dimata aku! Bukan macam kau tu sikit-sikit nak nangis. Cengeng gila!" Ujar Kai lalu meninggalkan Irene. Malas mahu melayan. Bukannya Kai terlalu marahkan Irene, tetapi yang membuatkan dia terlampau marah adalah Seolhyun dan disebabkan itu Irene terlibatkan sekali.

"Ish dia tu apehal! Kau ni pun satu cuba lah lawan balik apa yang dia cakap jangan biarkan macam tu je" kata Eunji. Irene menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan kembali.

"Aku taknak dia lagi marahkan aku. Biarlah dia nak cakap macam-macam dekat aku sampai dia puas. Asalkan dia dah tak marahkan aku" ujar Irene. Bila difikirkan balik, kenapa Kai mencari Seolhyun? Apa yang sedang berlaku pun Irene tidak tahu.

"Eh kenapa Kai cari Seolhyun?" Tanya Irene. Mereka berdua berborak sambil berjalan menuju ke kelas.

"Aku rasakan.......entahlah aku pun tak tahu" kata Eunji. Adalah sedikit perasaan cemburu Irene apabila Kai bertanyakan tentang Seolhyun. Tapi Irene bijak memendam perasaan itu dan pandai mengawalnya.

--

Taehyung berjalan-jalan di sekeliling taman berdekatan rumahnya. Sengaja ingin mengambil angin serta menenangkan fikiran. Tetapi itu tidak akan menenangkannya apabila fikirannya melayang pada rakan-rakannya terutama Kai. Adakah Kai akan selamat? Mungkin dia patut tolong kawannya yang dalam bahaya.

"Berangan!" Usik Jimin yang bersama Kai. Mereka berdua baru balik dari sekolah dan terus ke taman kerana terlihat Taehyung yang berseorangan-

"Asal lambat sangat balik?" Soal Taehyung.

"Cikgu Jongkook suruh tolong angkat barang sukan tadi. Kau tak tolong eh terus balik macam tu je!" Jawab Kai. Taehyung hanya mendiamkan diri. Kai mengerutkan dahi.

"Kau kenapa? Okay tak?" Soal Kai. Taehyung sekadar mengangguk lalu berjalan ke rumah mereka. Ingin membersihkan diri.

"Lain macam je Taehyung tu. Aku rasa dia tu rindu Irene. Dalam hati dia kaga 'Bogoshipo Irene' tapi luar taknak mengaku" ujar Jimin selamba.

"Woi kau mengarut apa! Takdenya dia rindu si Irene tu. Aku ni yang patutnya rin--" Kai berhenti percakapannya apabila tersedar sesuatu. Dia kan merajuk dengan Irene. Aduhai macam mana boleh terlupa.

"Dah lah aku masuk dulu" kata Kai lalu terus menuju ke halaman rumah. Untuk menutup malu sudah pasti dia akan melarikan diri. Ego dia tetap tinggi.

Setelah Kai masuk ke dalam rumah, dia terus menuju ke bilik. Ada benda yang hendak dibuat. Kai mencapai telefon dan mendail nombor seseorang.

'Tut tut'

"Kim Seolhyun!" -Kai

"Yes Kim Jongin! You nak apa? Rindu i ke?" -Seolhyun

"Esok aku nak jumpa kau" -Kai

"Jumpa? Untuk apa sayang? You kan tak nak tengok muka i lagi takkan lah still nak jumpa jugak" -Seolhyun

"Aku tahu semua rancangan jahat kau Seolhyun" -Kai

"You tahu dari Yuna kan? I dah agak dah. Okay, i takkan teruskan rancangan ni tapi i nak you semula. Kita teruskan relationship macam biasa. Boleh ke?" -Seolhyun

"Okay, kita jumpa esok" -Kai

"Okay sayang, goodbye!" -Seolhyun

Kai memutuskan panggilan dari Seolhyun. Dia menghempas henfon ke atas katil lalu dia mengusutkan rambutnya yang kemas dan rapi itu. Rasa macam mahu bunuh Seolhyun apabila Seolhyun mengatakan mahu Kai semula. Perkara yang akan berlaku seterusnya juga Kai tidak dapat fikirkan. Mungkin benda yang tidak dijangka akan berlaku padanya.

Kai mencapai henfon semula. Antara orang yang istimewa yang dapat menenangkan fikirannya yang kusut saat ini. Dia mencari nama orang tersebut di dalam 'contacts' dan setelah dijumpai terus di'call' orang itu.

'Tut tut'

"Yoboseyo?"

"Omma, Kai rindu masakan omma"

TBC

Mesti semua ingat Irene kan? Hahahahaha saje je tak bagitahu nama orang tu. Nak ucap selamat berpuasa pada umat islam sorry late updated tak larat asyik teringat makanan je. Lagisatu, kesian Kaistal kan baru je break up. Sebabnya Kai sekarang kan dengan Irene ok ok gurau je. Nak suruh author update lagi vote lah anak-anak sekalian. Amalkan perkara ini ye dibulan mulia ok takde kene mengena pun xD

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now