"Ma-maksud saya, tadi Irene angkat tangan nak jawab soalan tu...sebab tu saya sebut nama dia" tipu Kai sambil tersengih. Semua sudah tergelak. Nak menipu pun tak reti. Cikgu Shin hanya menggeleng.
"Lain kali fokus masa saya ajar. Nak ke kalau saya letak Irene tu depan awak baru awak boleh beri perhatian?" Ujar Cikgu Shin. Kai menggeleng. Malunya dah lah satu kelas dengar. Jimin menolak lengan Kai.
"Yaa...kau ni biar betul? Jatuh cinta dekat dia pula ke?" soal Jimin sambil ketawa. Haih ni lagi sorang!
"Diam!!" Kata Kai. Matanya dipaksa memandang ke hadapan. Tak nak dimalukan lagi. Dah lah kantoi dengan Cikgu Shin xD
--
*Kring kring*
Loceng berbunyi menandakan tamat persekolahan. Irene mahu pergi ke taman hendak menenangkan fikiran. Eunji pun ikut sama katanya mahu menemani Irene.
"Aku tau kai tu dah jatuh cinta dekat kau sebenarnya" kata Eunji tiba-tiba. Irene menoleh Eunji. Terkejut dengan kata-katanya.
"Tak Eunji. Dia suka Seolhyun. Dia benci aku. Ya dia terlalu anti dengan aku sebab aku miskin" nafi Irene. Tak mungkin lah Kai akan suka dirinya. Dia tak percaya. Selama 5 tahun dia suka Kai mana pernah Kai nak pandang dia walau sekali pun. Takkan tiba-tiba kali ni Kai suka dia? Tapi boleh je. Hmm susah betul nak percaya dengan lelaki ego macam ni.
"Aku nampak apa dia buat dekat kau lagi satu aku perasan dia asyik pandang kau masa tengah belajar" ujar Eunji. Dia cuma mahu Irene yakin dengan kata-katanya. Tidak mahu Irene bersedih lagi. Eunji memegang bahu Irene.
"Gwenchana, aku akan selalu ada dengan kau. Susah senang kita hadapi sama-sama. Fighting!" Kata2 semangat Eunji sangat memberangsangkan. Irene terharu melihat kawan baiknya.
"Emm...macam mana semalam?" Tanya Eunji sambil memandang Irene.
"Semalam? Ohh pasal Taehyung. Dia ada masalah lepastu dia..." belum sempat Irene menghabiskan katanya, dia terlihat seorang ahjumma terjatuh bersama barang yang dibawanya.
"Hey! Ahjumma ni buta ke apa? Tak nampak ke adaorang kat sini? Eyy mata ada tapi tak reti nak guna!" Tengking seorang yeoja. Irene seperti kenal dengan yeoja itu. Apabila yeoja itu memusingkan kepalanya, Irene terkejut dan terus pergi ke arahnya.
"Yahh!! Awak ni kenapa hah nak marah-marah? Ahjumma ni tak sengaja kan. Harap muka cantik tapi perangai hancur. Macam mana lah Kai boleh suka awak...." Ya orang itu adalah Seolhyun!! Irene menolong ahjumma yang terjatuh tadi dan Eunji mengangkat barang-barang miliknya.
Seolhyun mula melangkah pergi. Dia tidak mempunyai belas kasihan untuk menolong ahjumma itu malah dia lagi tengking adalah. Eunji menunjukkan penumbuknya tanda mahu menumbuk wajah Seolhyun. Geram!!
"Gomawo...baik sungguh kamu berdua ni...tapi ahjumma dengar kamu ni ada sebut nama Kai. Dia ada hubungan dengan yeoja tadi tu ke?" Soal ahjumma itu. Irene sekadar mengangguk.
"Emm ahjumma, kami pergi dulu. Kami kena balik rumah. Ahjumma hati-hati tau. Annyeong!" Kata Irene sambil menundukkan badannya sedikit. Ahjumma tersenyum melihat mereka berdua. Sopan, baik dan cantik!
--
"Bila? Malam esok? Saya akan bawa anak saya sekali. Baiklah. Ok bye" Puan Bae memutuskan panggilan itu. Dia memandang Irene yang sedang menjamu selera. Hmm berselera betul anaknya itu.
"Kenapa omma?" Tanya Irene sambil keningnya dikerutkan. Puan Bae hanya tersenyum.
"Esok kawan baik omma ajak makan malam sama-sama. Dah lama omma tak jumpa dia. Petang tadi omma terserempak dengan dia. Tak sangka boleh ingat muka lagi" kata Puan Bae gembira. Irene turut tumpang gembira. Tapi entah kenapa Irene berdebar untuk pergi ke sana. Macam nak jumpa Kai pula. Diharapkan agar dia dapat buang perasaan berdebar itu jauh-jauh.
"Satu keluarga kita akan pergi sana. Kita jumpa dengan kawan omma ye. Mesti omma nak borak lebih lama kan?" Irene memegang tangan ommanya. Dia faham akan perasaan ommanya yang merindui kawan baiknya. Puan Bae memeluk Irene.
'Betapa sayangnya omma dekat kamu Irene' katanya dalam hati. Dia membelai kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.
--
'Tut tut'
"Siapa yang call malam2 buta ni!!" rungut Kai. Baru saja nak call Seolhyun, satu panggilan baru masuk.
"Omma??" Kai menjawab panggilan itu. Sebenarnya niatnya tak nak menjawab panggilan tersebut tetapi demi menjaga perasaan dan hati ommanya dipaksa jarinya untuk menekan button 'answer'.
"Kenapa omma call malam-malam ni? Ada apa? Kai ngantuklah" Jawab kai malas. Mengantukah sangat habistu yang kau nak call Seolhyun tu amende.
"Esok bawak baju casual and after school datang rumah omma. Arasseo?" Kai mengerutkan dahinya. Apa omma merepek ni. Buat apa semua tu? Ada apa sebenarnya?
"For what? Takkan datang rumah omma kena pakai casual? Kai taknak!" bentak Kai.
"Ikut je apa yang omma suruh. Ingat pesanan omma. Lepas sekolah terus datang sini" Kai sudah mencebik. Dia tahu ommanya mahu membebel padanya. Bosan!
"Tu je? Ok bye jumpa esok" cepat2 Kai mematikan panggilan itu. Harini sungguh dia penat. Penat melayan karenah Seolhyun yang asyik bermanja dengannya.
Senyuman mekar terbit dari bibirnya tatkala terkenangkan di dalam kelas. Macam mana lah boleh tersebut nama Irene. Haih malu dibuatnya.
Kai membayangkan saat Irene kelihatan takut dengannya sewaktu pagi tadi. Kai tertawa sendirian. Semakin lama dia semakin terlena kerana leka dengan bayangan Irene.
TBC
Macam mana? Sweet tak? Author rasa buat masa sekarang ni author fokus kepada Kai & Irene je. So jarang lah ada part eunji, seolhyun, jimin dan sebagainya. Btw, author akan fokuskan juga kepada Taehyung sebab nak tau apa yang terjadi seterusnya. Ok lah tata :*

YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
De TodoBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...