Part 37

720 33 5
                                    

Sesi persekolahan sudah tamat, Irene dan Eunji sudah balik jadi inilah peluang untuk Seolhyun mendekati Kai. Dia segera menuju ke arah gelanggang basketball kerana semasa keluar kelas dia ternampak Kai, Jimin dan Taehyung seperti menuju ke gelanggang.

"Perempuan ni nak apa lagi!" Rungut Kai apabila dia ternampak Seolhyun menuju ke sini.

"Kenapa?" Soal Taehyung.

"Tengoklah siapa yang datang" kata Kai. Taehyung memandang orang yang dikatakan Kai.

"Hye baby!" sapa Seolhyun. Tangannya mula melingkar ke leher Kai tetapi pantas Kai menolak.

"Kau nak apa lagi? Aku dah cakap jangan kacau aku kan. Tak faham bahasa ke?" Marah Kai. Seolhyun mencebik lalu membuat muka masam.

"Alaaa you ni tak kesiankan i ke? Penat tau i merayu macam ni tapi you buat tak tau. Hm sampai hati!" Kata Seolhyun dengan nada yang gedik. Seakan-akan merajuk. Kai mulai menyampah.

"Suka hati kau lah aku malas nak layan" kata Kai lalu ingin pergi tetapi tangannya pantas dicapai Seolhyun.

"Kai, i minta maaf kalau i ada buat silap. You tau kan i sayang sangat dekat you. You buat i macam ni, lagi i sedih. Im begging you please forgive me? Cakap je apa yang you nak i boleh bagi asalkan i dapat you balik" pujuk Seolhyun. Kai mula tersenyum jahat.

"Aku nak bebas! Aku tak nak kau kacau aku, terkejar-kejarkan aku, pujuk aku. Lepastu kau jangan cuba sakitkan hati Irene. Aku taknak kau.." belum sempat Kai menghabiskan kata-katanya Seolhyun pantas memotong.

"Please stop it Kai! You merepek apa ni? Mintak benda yang mengarut. I tak boleh tunaikan permintaan bodoh you tu!!" Marah Seolhyun. Kemarahannya bila-bila saja boleh meletus tetapi disebabkan Kai, dia harus bersabar. Asalkan dia dapat membalas dendam terhadap Kai.

"Kalau tak boleh takpe aku tak paksa pun" ujar Kai lalu menuju ke arah Jimin dan Taehyung.

"Aku takde mood nak main disebabkan perempuan ni kacau! Korang pergilah main. Aku nak balik!" Ujar Kai pada mereka berdua lalu menggalas bag dan berlalu pergi. Seolhyun menghentakkan kakinya.

"Kau tengok tu! Kai takde mood. Ni semua sebab kau tau!" Kata Jimin pada Seolhyun. Seolhyun mencebik.

"Suka hati aku lah. Do i care? Kau tu patutnya jumpa Choa kesayangan kau sebelum dia berambus dari sini!" Ujar Seolhyun. Jimin menghempas bola yang dipegangnya ke lantai. Dia geram akan kata-kata Seolhyun yang dikatakan kurang ajar. Seolhyun tersenyum sinis.

"Mulut kau tu jaga sikit eh! Sekali lagi aku dengar kau kena dengan aku!" Jimin memberi amaran pada Seolhyun. Tetapi amarannya itu sama sekali tidak berguna pada Seolhyun.
Lalu Jimin bergegas pergi bersama Taehyung. Mereka meninggalkan Seolhyun yang keseorangan di gelanggang.

"Kau ingat aku takut? Of course not! Huh sia-sia je aku pujuk Kai tadi. Dia tu memang kena racun dengan Irene agaknya. Takpe takpe, you tunggu sikit je lagi Kai!"

--

Malam itu rumah Kai, Jimin dan Taehyung sungguh meriah. Ini kerana Taehyung kembali tinggal disitu setelah berbaik dengan Kai. Mereka mengadakan sedikit parti untuk menyambut kehadiran Taehyung dan menghilangkan mood Kai kerana hal petang tadi.

"Malam ni kita enjoy!!" Kata Kai sambil memegang gelas. Mereka bersorak gembira. Ingin menghilangkan masalah yang mengganggu fikiran mereka.

"Aku nak hilangkan masalah aku dengan parti kita" kata Jimin pula. Tiba-tiba henfon Kai berbunyi. Menandakan panggilan masuk.

"Siapa pulak kacau ni!" Rungut Kai. Dia mencapai henfon yang berada di sofa lalu menjawab panggilan itu.

--

"Kau nak apa? Kacau je lah!" -Kai

"Saya minta maaf ganggu awak. Em awak sibuk ke?"  -Irene

"Hah cepatlah kau nak apa?" -Kai

"Awak cakap awak akan call saya setiap hari tapi kenapa harini awak tak call saya? Saya cuma nak tanya awak ok ke tak."  -Irene

"Aku akan call kau kalau aku nak je. Kalau takde panggilan dari aku tu jangan memandai nak call aku. Ada aku suruh ke?" -Kai

"Memang takde tapi saya nak mintak maaf. Awak jangan marah saya lagi eh? Saya tak sengaja" -Irene

"Kau ni kan benda yang aku suruh, kau taknak ikut kalau aku tak suruh, kau nak buat pulak. Eh dahlah kacau mood aku jelah. Tadi Seolhyun sekarang kau pulak!!" -Kai

"Kai, saya tak seng..." -Irene

Belum sempat Irene berkata pantas Kai memutuskan panggilan telefon itu. Sedih apabila dia tidak mengetahui apa punca yang menyebabkan Kai marah. Baru salah sikit tetapi macam buat kesalahan besar rasanya.

Baru sahaja dia ingin membaringkan dirinya, ada sebuah mesej masuk. Irene membuka peti mesej itu. Terdapat satu nombor yang tidak dikenali telah menghantar satu mesej ringkas.

'Kau akan terseksa'

Irene membaca mesej itu. Tergamam dibuatnya. Siapa penghantar tersebut? Macam mana no.fon dia boleh berada di henfon orang lain sedangkan dia tidak pernah memberinya. Segera Irene men'delete' mesej itu. Dia tidak mahu Kai membaca. Dia tidak mahu buat Kai risau. Adakah dia harus menelefon Kai tentang mesej tersebut? Fikirannya buntu.

"Saya mintak maaf Kai. Saya bukan tipu awak tapi ini masalah saya jadi saya taknak awak terlibat." Kata Irene sambil memandang teddy bear mini yang Kai berikan lalu dia mencium teddy bear itu.

"Goodnight Kai ❤" ucap Irene tersenyum lalu membaringkan diri di atas katil. Comforter ditarik paras dada. Apabila Irene sedang diulit mimpi, tiba-tiba air matanya gugur. Tanda dia sedang bermimpi Kai dan dia hidup bahagia. Alangkah indahnya kalau mimpi itu menjadi kenyataan!

TBC

Sorry update lambat! Author dekat kampung ramai guna tenet so tenet pun cam haremlah T_T author mintak korang bersabar je. Author tengah usahakan update ff ni. Just wait! Annyeong :)

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now