Part 35

778 42 6
                                    

Waktu rehat ~

Sudah ramai pelajar memenuhi ruang kantin memandangkan waktu rehat bermula. Seperti biasa, Irene berehat bersama Eunji manakala Kai dan Jimin rehat bersama kecuali Taehyung.

"Aku rasa nak berbaik dengan Taehyung lah" ujar Kai tiba-tiba.

"Kau jarang nak berbaik dengan orang selalunya tunggu orang tu yang berbaik dengan kau! Tapi baguslah!"

"Sebab aku rasa bodoh kalau kitaorang gaduh hanya disebabkan perempuan! Tu benda paling bodoh dalam hidup aku!" Ujar Kai. Dia teringat pula dengan janji Irene padanya jika dia berbaik dengan Taehyung. Memang itu yang dia nakkan selama ni.

"Eh tu Taehyung. Pergilah minta maaf dekat dia. Aku nak pergi jumpa Choa sekejap." kata Jimin sambil jarinya menunjuk ke arah Taehyung yang baru sahaja tiba di kantin. Kai segera bangun dan menuju ke arah Taehyung. Apabila mereka dah berbaik, Irene harus tunaikan janjinya dan semestinya Kai takkan memberitahu Taehyung tentang janji itu.

"Taehyung, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku yang mulakan pergaduhan ni" kata Kai. Berat jugak mulutnya untuk mengungkapkan kata maaf. Jarang sekali perkataan 'maaf' itu digunakan. Seperti tiada makna baginya untuk menyebut.

"Kau nak apa sebenarnya?" Soal Taehyung bingung. Dia juga tahu Kai memang tidak suka meminta maaf kepada orang lain walaupun kawannya sendiri. Itupun hanya sekali dua kalau dengan Jimin dan Taehyung.

"Cuba kau fikir, kita kawan baik lepastu tiba-tiba gaduh disebabkan perempuan. Kau rasa apa?"

"Aku tak rasa apa-apa"

--

"Irene!" Panggil seseorang. Irene yang sedang berjalan menoleh kebelakang.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau" kata Seolhyun lalu mendekati Irene.

"Kau nak apa lagi makcik? Tak puas ke buat kitaorang haritu?" Marah Eunji. Dia geram sungguh dengan Seolhyun kerana cuba untuk menyakiti Irene. Eunji agak ganas sikit berbanding Irene yang terlalu lemah lembut. Jadi Irene menganggap Eunji pelindungnya apabila Seolhyun hendak melakukan apa-apa.

"None of your business!! Aku nak jumpa Irene je yang kau sibuk kenapa?" Marah Seolhyun. Eunji mengetap bibirnya. Amarahnya meletus kerana Seolhyun!

"Eh sukahati akulah! Kalau nak jumpa dia, aku kena ada sekali. Aku tahu kau ni nak buat benda buruk dekat Irene! Macamlah aku tak tahu kau ni berdendam dekat dia, dahlah gedik jahat!" Marah Eunji. Mahu sahaja mulutnya melemparkan kata-kata kesat dekat Seolhyun. Biar dia sedar diri sikit. Tetapi Eunji kawal, dia masih waras lagi dan dia tahu sekarang ini dia berada di sekolah. Perlakuan haruslah dijaga.

"Eh mulut tu jaga sikit!! Main cakap je!! Tak sangka perempuan macam kau ni takde adab! Huh macam manalah Jimin nak suka kau kan?" Eunji sudah tidak dapat bersabar lalu dia mengenggam tangannya. Tinggal tumbuk muka cantik Seolhyun itu. Tetapi nasib baik Irene menghalangnya kalau tidak tumbukannya sudah mendarat di muka Seolhyun.

"Eunji, Seolhyun jangan gaduh. Kita dekat sekolah nanti cikgu nampak...Saya jumpa awak Seolhyun..Eunji, please jangan gaduh. Kau nak jadi macam Taehyung? Tak nak kan jadi jangan lepaskan kemarahan kau dengan tumbuk orang..ok?" Nasihat Irene sambil memegang bahu Eunji. Eunji menundukkan kepalanya. Macam manalah Irene boleh bersabar tetapi dia tak boleh. Seolhyun tersenyum sinis.

"Aku minta maaf Irene..tapi kau okay ke jumpa dia sorang-sorang?" Soal Eunji kerisauan. Irene mengangguk walaupun sebaliknya dia berasa sangat takut.

"Kita pergi dekat taman bunga..jom.." ajak Seolhyun. Irene hanya mengikut sahaja. Eunji masuk ke kelas kerana tiada teman untuk berehat bersama.
Lalu dia melelapkan mata sebentar sebelum loceng berbunyi.

--

"Esok pagi i gerak ke Jepun so today is the last day i jumpa you. Mesti i rindukan you.." kata Choa dengan nada perlahan. Air matanya jatuh dipipi. Tidak dapat menahan rindunya pada Jimin. Sememangnya mereka tiada hubungan itupun diatas permintaan Choa untuk memutuskan perhubungan mereka. Memang susah bagi Jimin untuk menerima berita itu tetapi itulah takdir. Mungkin Jimin akan menjumpai perempuan yang lebih baik dari Choa.

"Hm jangan lupakan kenangan kita. I really miss you..i harap you jumpa pengganti dekat sana. Mungkin yang lebih baik dari i" ujar Jimin. Air matanya juga mengalir. Sudah beberapa tahun dia menjalinkan hubungan dengan Choa. Dia seakan mahu pergi dari dunia ini apabila Choa memberitahunya yang dia harus berpindah ke Jepun disebabkan ayahnya bertukar tempat kerja dan sememangnya mempunyai syarikat disana.

"Btw, i nak you cuba suka dekat Eunji. Dia boleh gantikan tempat i. Lagipun dia memang sukakan you. Dia baik, cantik and you janganlah benci dia..i harap sangat dia boleh gembira dan bahagiakan you macam mana i buat dekat you..." ujar Choa sambil mengelap air mata di pipinya.

"Okay..i akan jadikan dia as my girlfriend...but you tetap di hati i..Only you..." kata Jimin lalu memeluk Choa erat seperti tidak mahu membiarkan dia pergi ke Jepun. Hatinya cuba untuk membuang nama Choa dan menerima orang baru. Pedih! Sakit! Itu yang dirasakan sekarang ini!

TBC

Today author buat double update :) hm sedihnya part Choa dan Jimin. Dan apa pula muslihat Seolhyun kali ini? Kita jumpa di next chapter .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh eh sebelum tu vote lah comments ke hah jangan tak buat nanti author taknak buat double updates kang hhuhuhuhu bye :)

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now