"Irene!!!!" Fikiran Irene dimatikan. Baru lepas mengimbas kembali tentang first sight dia kepada Kai. Kalau dia tak mengaku dulu mungkin Kai takkan benci dia. Tapi hati dia menyuruh dia untuk mengaku.
"Kenapa ni? Tadi aku datang sini tengok kau termenung je. Kau ok tak?" Tanya Eunji. Yelah bila dia sampai tadi tengok Irene duduk diam je. Rupa-rupanya termenung. Pasal Kai kot?
Irene sekadar mengangguk. Eunji ingin memberitahu Irene tentang sesuatu. Mungkin Irene akan sedih atau risau atau sebaliknya? Tapi niatnya dibatalkan.
Mereka melangkah untuk pergi ke kelas. Semasa melalui kelas 5A-2, Yuna menarik tangan Irene.
"Hye Irene!!" ucap Seolhyun. Dia membelai kepala Irene. Memberikan senyuman palsu.
"Lepaskan saya....awak nak apa lagi?" Tanya Irene. Eunji ingin menolong tetapi dihalang oleh Yuna dan Choa. Mereka memegang lengan Eunji agar berhenti menolak mereka.
"Dah sihat dah? Nice! Boleh lah aku laksanakan misi aku. Btw, selama kau takde dekat sekolah kau nak tau satu benda tak? Benda ni berkaitan dengan kau" tanya Seolhyun sambil matanya menjeling ke arah Eunji. Dia tau yang Eunji tidak memberitahu Irene.
"Yah!!! Jangan!!! Eyy sakitlah! Lepaskan tangan aku!!" Jerit Eunji apabila Yuna dan Choa semakin kuat mencengkam lengannya.
"Taehyung kene gantung sekolah 3 hari. Ni semua disebabkan kau!!! Eh aku tak faham lah kenapa semua orang nak amik berat pasal kau. Oh mungkin sebab kau ni miskin kan?" Kata Seolhyun. Air mata mula menitis. Takkanlah disebabkan dia, Taehyung kene gantung sekolah? Dia seakan-akan tidak percaya.
"Dahlah!! Kau boleh pergi. Eh sebelum tu, jangan cuba2 nak dekat dengan Kai! Kalau aku nampak walaupun kau tak sengaja, siap sedia untuk terima balasan! Good Luck!" Irene tidak tahu bahawa Seolhyun dan Kai tidak mempunyai apa2 hubungan. Irene cepat2 meninggalkan Seolhyun. Begitu juga Eunji.
"Irene, aku minta maaf. Aku bukan taknak bagitau" kata Eunji. Dia melabuhkan punggungnya dan menghadap Irene. Irene mendiamkan diri. Dia tidak marahkan Eunji tapi dia cuma risau apa yang terjadi selama dia tiada di sekolah. Irene tidak mengagak benda ini akan berlaku.
"Takpelah Eunji. Tak mungkin aku nak marahkan kau disebabkan benda ni. Tapi, aku nak kau jujur dengan aku!" Kata Irene. Tak mungkin dia marahkan Eunji disebabkan perkara itu. Mungkin ada sebab Eunji taknak memberitahu dia.
"Cuba cerita dekat aku macam mana benda ni boleh terjadi. Please...." rayu Irene. Dia memang nak tahu sangat. Sebab benda ni berkaitan dengan dia.
"Masatu Taehyung tanya Kai tempat hospital yang dia hantar kau dekat mana tapi Kai tak nak bagitau...." terang Eunji. Irene mengeluh. Takkan pasal tu Taehyung kene gantung sekolah?
"Lepastu diaorang bertumbuk sampai lah cikgu Jongkook datang ambil tindakan. Tapi yang kene Taehyung je. Kesian dia!" Kata Eunji. Irene mula risau. Tak tahu kenapa dia risau dengan Taehyung. Mungkin Taehyung terlalu baik dengan dia? Tapi hati dia tetap pada Kai!
Kai dan Jimin menapak masuk ke dalam kelas. Perkara pertama yang Kai nampak ialah Irene. Setiap kali dia masuk ke kelas, Irene yang akan dia nampak. Dia menjeling ke arah Irene.
'Kesiannya muka dia. Penuh dengan lebam' getus Irene. Dia melihat Kai yang menahan kesakitan. Di bibirnya juga terdapat luka yang agak besar. Tapi kenapa dia tak perasan semua ni sewaktu berada di hospital? Mungkin terlalu banyak menangis sehingga matanya sembab kot.
"Arghhh sakit!" Jerit Kai. Siapa suruh dia sentuh luka di bibirnya kan? Irene tak mampu melihat wajahnya. Tiba2 kakinya melangkah ke arah Kai. Ingin membantunya.
"Sini saya tolong awak!" Irene mengambil peti pertolongan cemas yang terdapat di kelas. Nasib baik ada untuk kegunaan pelajar yang tercedera. Dia membuka peti itu dan mengambil kapas untuk membersihkan darah yang keluar sikit demi sedikit.
Kai hanya melihat perbuatan Irene. Tiba2 hati dia berbunga untuk tersenyum. Macam author kata perangainya sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi. Kemudian Irene mengambil kapas yang baru dan meletakkan ubat antiseptik lalu menyapu di bahagian luka.
"Argh....sa...sakit!!" jerit Kai. Hati nampak cold tapi pedih tak boleh tahan. Baru sikit je dah jerit.
"Sikit je ni. Tahan sekejap ok" kata Irene. Eunji sedari tadi melihat mereka berdua. Memang sepadan. Dia berasa cemburu kerana tidak dapat berbuat begitu terhadap Jimin.
"Dah siap! Luka tu jangan selalu usik sebab jari awak tu ada bakteria. Saya takut luka awak tu makin teruk." nasihat Irene. Boleh jadi doktor dah ceni. Merawat pesakit kan.
"Gomawo sebab tolong aku" kata Kai tersenyum. Irene juga tersenyum gembira. Akhirnya Kai senyum padanya. Betapa gembiranya Irene saat ini. Dia akan hargai senyuman Kai itu. Tapi adakah Kai sudah melupakan Seolhyun?
TBC
Thanks kepada yang membaca ff ini. Diharapkan agar anda akan terus menyokong fanfic ini supaya lebih menarik eceh hahahahaha ok bye! :)
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
CasualeBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...