Part 28

841 38 6
                                    

Korang enjoy tau baca part ni sebab takde bahagian sakit hati, geram, marah dan sebagainya :)

"Irene!!" panggil Puan Bae. Irene baru sahaja hendak melihat kolam yang dihiasi lampu berwarna-warni terus pergi ke Puan Bae. Dia sangat terpegun dengan kebesaran dan kecantikan rumah tersebut. Dari luar rekaan rumah ini seperti istana kerana mempunyai empat tingkat.

'Irene???  Takkan lah dia? Relaks Kai. Nama je sama orang tak sama pun' getus Kai.

"Eh kejap...kamu ni kan yang tolong ahjumma haritu? Dengan kawan kamu sekali. Ye ahjumma masih ingat lagi memang kamu orangnya" kata Puan Kim terkejut. Tak sangka orang yang menolongnya haritu adalah anak kepada kawan baiknya. Diaorang memang tak pernah berjumpa. Yang pasti Puan Kim tahu bahawa Puan Bae mempunyai seorang anak perempuan

"Hmm bagusnya kamu ni Irene" puji Tuan Bae pula kerana sedari tadi dia hanya berdiam diri.

"Eh jemput masuk dulu. Saya cerita dekat dalam" jemput Puan Kim. Mereka sekeluarga masuk kedalam rumah. Tuan Kim segera ke ruang tamu diikuti Kai. Tetamu datang kenalah beri layanan kan.

"Annyeonghaseyo..."

Mata mereka berdua terbuntang luas. Mereka memandang antara satu sama lain. Sangat lama. Adakah ini takdir? Patutlah dari semalam jantung tak berhenti berdegup. Jodoh dapat jumpa Kai ^^

Mata Irene tidak berganjak dari memandang wajah Kai tetapi Kai sudah mengalihkan pandangannya. Takkan nak pandang lama-lama kot!

"Ehem...."

"Errr....maaf..." kata Irene malu. Lupa ada keluarga dia dan Kai!

"Ini anak awak ke? Handsomenya! Untung siapa dapat dia" puji Puan Bae pada Kai. Kai melemparkan senyuman pada bakal mak mertuanya hahahahah gurau je.

'Eh omma, anak omma ni suka Kai. Omma suka takkkk?'

"Haah anak tunggal saya ni, Kim Jongin tapi biasanya orang panggil Kai. Yang tu suami saya, Kim Jang-In" Puan Kim memperkenalkan ahli keluarganya kepada keluarga Irene. Terserlah disitu kedua ibu bapa Kai sangat baik dan mesra. Tetapi macam mana perangai ego boleh sesat dalam diri Kai?

"Hah Kai pergilah berborak dengan Irene tu. Berkenal-kenalan sikit apa salahnya. Kesian dia tengok omma dan Puan Bae berbual aje" kata Puan Kim. Irene semakin gelisah. Kai sudah tersenyum. Apa nak buat?

"Alright. Come on Irene. Kita cakap dekat luar" ujar Kai lalu bangun dan keluar dari rumah. Dia memang hendak berjumpa dengan Irene. Hatinya mula gusar apabila tidak dapat melihat wajah comel Irene. Irene mengikut sahaja lagipun dia tak dapat menolak disebabkan atas permintaan Puan Kim jadi dia terpaksa berjumpa dengan Kai walaupun jantungnya seakan-akan mahu meletup.

"Awak?"

"Tak sangka tetamu yang omma aku cakap tu keluarga kau" Kai berjalan mendekati Irene. Sangat dekat.

"Sa-saya p-pun tak tahu kawan lama omma saya tu mak awak" Irene pula mengundur ke belakang sikit demi sedikit. Dia tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

"Mianhae" Ucap Kai. Ini kali pertama Kai mengungkapkan kata maaf kepada Irene.

"K-kenapa?"

"Pasal henfon kau tu. Aku sakit sebenarnya. Aku nak kau ikut cakap aku je. Kalau kau degil, macam mana aku nak buang benci aku pada kau" ujar Kai. 'Sakit apa Kai maksudkan? Sakit jantung? Sakit kaki? Sakit kepala ke sakit hati? Ok tak percayaaaa'

Kali ini Irene terkunci di dinding sebab dari tadi asyik mengundur je. Kai pula meletakkan kedua tangannya di sebelah kanan dan kiri Irene. Arghh gila dibuatnya! Irene hanya berdiam diri. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Mulutnya terkunci sama seperti dirinya terkunci sekarang ini.

"Hmm cantik kau malam ni"

Irene tetap mendiamkan diri. Kalau boleh apa yang Kai cakap dia hanya mahu mendengar sahaja. Matanya menatap wajah Kai yang juga sedang memandangnya penuh menggoda. Rasa macam nak lari dari sini!

"Hey? Kenapa diam je ni, hmm?" Kai mengusap lembut pipi Irene. Irene mulai takut kerana Kai sungguh pelik malam ini. Macam ada benda baik yang mengawal diri Kai.

'Please say something, Irene'

"S-saya...."

"Kai!! Irene!! Mari makan!! Kejap lagi sambung!!" Laung Puan Kim. Nasib baik panggil dari dalam cuba kalau dia keluar dari rumah habislah free je kena marah.

"Saya pergi dulu.." Kai mengalihkan tangannya dari mengunci Irene. Dengan pantas Irene segera masuk ke dalam rumah. Tak kuat nak menahan hati serta jantung yang dup dap dup dap!

'Haishh kacau jelah omma ni'

Kai juga masuk kedalam. Dari balik sekolah perutnya berbunyi. Lapar kot! Tapi bila dapat jumpa Irene, perutnya memainkan peranan untuk tidak berbunyi. Bagus bukan?

Semua sudah duduk di meja makan. Tinggal Kai aje tak duduk. Ada kerusi kosong tetapi disebelah Irene. Memang sengaja buat macam tu ke apa? Kai tidak kisah asalkan dapat duduk dan makan.

Irene memandang hidangan diatas meja. Ni apa? Tu apa? Makanan apa ni? Tak pernah nampak pun! Semua sudah mengambil makanan kecuali Irene seorang sahaja.

Kai mula mengambil Spaghetti Carbonara. Irene hanya melihat. Dia tak tahu makanan apa yang Kai tengah ambil sekarang ini. Irene melihat Kai makan makanan itu dengan penuh berselera. Haish masa makan pun handsome.

'Mianhae Taehyung...saya tak boleh berhenti dari menyukai Kai' getus Irene sambil memandang Kai.

TBC

Mian sebab update lambat. Otak jammed nak keluarkan idea. Ni pun author fikir je idea janji dapat update untuk readears sekalian.
Terima kasih juga kepada vote serta comments. Author rasa gembira je bila adaorang buat macam tu. Gomawo tau :* Tunggu part seterusnya ok bye :)









Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now