"Omma!! Irene pergi dulu annyeong" kata Irene sambil membawa bagnya lalu memakai kasut. Dia ternampak satu kereta berwarna hitam berada dihadapan rumahnya. Pintu dibuka dari dalam dan muncul satu susuk tubuh seorang lelaki yang memakai baju sekolah sama sepertinya.
"Kai? Awak buat apa kat sini?" Soal Irene lalu berdiri setelah selesai memakai kasut. Kai hanya berdiam malah dia terus mengangkat bag Irene yang terletak di kerusi dan menarik tangan Irene supaya masuk ke dalam kereta. Irene mengikut sahaja. Kalau dibantah takut kena tengking.
"Selamat pagi Irene. Harini ahjusshi tolong hantarkan kamu dan Kai pergi sekolah" ujar Tuan Kim sambil matanya fokus memandang jalan.
"Susah2 je ahjusshi datang rumah saya ni" kata Irene serba salah.
"Sebenarnya Irene, kamu tahu tak ni permintaan Kai? Kai ni kalau dah suka seseorang tu dia buat sampai dia dapat. Ahjussi pun ikut sajalah dengan anak tunggal sorang ni" ujar Tuan Kim. Irene tidak berasa pelik jika Kai tahu dimana terletak rumahnya. Mesti Kai tanya ommanya tentang alamat rumah keluarga Irene. Dan sekarang dia dah tahu dimana Irene tinggal. Irene menoleh ke sebelah kanannya. Sekejapnya dia tidur patutlah senyap je dari tadi.
'Handsomenya awak Kai'
Tiba-tiba kepala Kai terlentok di bahu Irene. Irene membiarkan saja takut Kai terjaga pula. Tuan Kim tersenyum melihat mereka dari cermin depan tempat pemandu (?) Kalau boleh mahu saja Irene tangkap gambar dalam keadaan begitu tapi malang sungguh kerana henfonnya rosak. Bukan senang dapat macam ni.
Sesudah sampai di sekolah, Irene mengejutkan Kai perlahan. Kai terjaga lalu memandang Irene.
"Dah sampai ke?" Soal Kai. Irene mengangguk. Bukan jauh pun rumah dia dan sekolah. Kai mengangkat kepalanya dari bahu Irene lalu menggalas bagnya begitu juga Irene. Irene mengucapkan terima kasih pada Tuan Kim kerana sudi menghantarnya ke sekolah. Kai berasa sedikit jealous.
"Untuk aku?"
"Hmm gomawo"
"Macam tulah"
Mereka berdua keluar dari perut kereta. Segera kereta Tuan Kim meninggalkan perkarangan sekolah. Baru mereka perasan Seolhyun berada di pintu pagar. Menunggu kedatangan Kai. Tetapi tak disangka Irene turut berada sekali.
"Hye baby, i miss you so much! Kenapa semalam you tak angkat call i and then message i pun you tak reply? You tahu kan hubungan kita baru je baik? You jangan nak tambah masalah i dengan perempuan miskin ni! Eiii you tak malu ke datang sekolah dengan perempuan ni?" Jari telunjuk Seolhyun dituju ke arah Irene dari atas sehingga bawah. Kai menepis jari Seolhyun.
"Hey you ni dah kenapa?!?! Tiba2 je you nak bela dia! Please stop it Kai! You cakap you nak lindungi I lah apa lah tapi you mungkir janji! I dah cakap perempuan ni lah penyebab hubungan kita hancur!!!" Kata Seolhyun. Kai menampar pipi Seolhyun. Irene terkejut lantas dia memegang lengan Kai kerana Kai mahu menamparnya buat kali kedua. Dia tidak suka hubungan mereka dikaitkan dengan Irene. Padanya Irene tidak salah. Kalau dulu memang dia nampak semuanya salah Irene tapi sekarang bila hatinya terbuka sedikit demi sedikit, dia akan mempertahankan Irene.
"Awak, tolong jangan buat macam ni. Kesian Seolhyun" rayu Irene. Kai memandang Irene. Dia tahu Irene seorang yang baik walaupun Seolhyun pernah buat jahat padanya.
"Hati aku dah terbuka untuk orang lain. Yang setia tunggu cinta aku! Bukan macam kau! Im sorry! Tapi jangan sesekali kau nak salahkan Irene. Kau kena salahkan aku sebab buat hubungan kita jadi macam ni!!" Marah Kai. Dia tidak tahu samada dia haruskan teruskan hubungan ini atau berputus sahaja. Apakah jalan yang terbaik buat dirinya?
"Sanggup you buat i macam ni? Wae Kai? You tak sayang i lagi ke? Jangan cakap you dah suka..." belum sempat Seolhyun menghabiskan kata-katanya Kai sudah memotong.
"Yes! Aku suka Irene!! Puas hati kau? Cukup lah dengan permainan kau ni. Pergi balik dekat namchin kau tu and jangan kacau aku!" Kai memegang tangan Irene lalu membawanya pergi dari situ. Dia malas nak bergaduh dengan Seolhyun lagi.
'Takpe, tunggu masa i akan balas dendam dekat you Kai! Sama jugak dengan kau Irene! Aku akan hancurkan hidup kau!' getus Seolhyun sambil memegang pipinya. Terasa seperti tamparan ini masih melekat pada pipi sebelah kirinya.
--
"Mianhae"
"Bukan salah kau!"
"Awak jangan gaduh dengan dia lagi. Tolong berbaik semula nae?" kata Irene. Memang dia sedih apabila melihat kai dan Seolhyun bersama tetapi dia lagi rela kalau tengok mereka berdua berbaik dari kena buli dengan Seolhyun.
"Suka hati akulah"
"Tadi awak ada cakap.."
"Aku tipu je yang aku suka kau. Aku nak sakitkan hati dia je" kata Kai dingin. Sampai sahaja di kelas, Kai masuk terlebih dahulu diikuti Irene dari belakang.
Irene melihat disebelahnya kosong. Nampaknya Eunji belum sampai. Masih terngiang-ngiang dikepalanya kata-kata Kai pada Seolhyun tadi.
"Cukup lah dengan permainan kau ni. Pergi balik dekat namchin kau tu..."
Permainan apa yang Seolhyun buat pada Kai? Adakah Seolhyun mempunyai hasrat lain? Takpun dia cuma mempermainkan perasaan Kai!
"Yaa!" Tegur Eunji apabila sudah masuk ke kelas. Begnya diletakkan dikerusi lantas segera dia duduk.
"Berangan je tau"
"Aniyo..aku tengah fikir ni"
"Kau tahu tak semalam Taehyung call aku. Dia tanya pasal kau" mata Irene membulat. Terkejut dengan apa yang Eunji katakan.
"Mwo?!?!"
"Dia tanya dekat sekolah ada tak kau rapat dengan Kai. Hah semua tulah. Aku pelik lah dengan si Taehyung tu. Dia jealous kot kau dengan Kai" Eunji memandang Irene yang kelihatan seperti risau dan sedih. Eunji juga ada nasihatkan Taehyung semasa dalam perbualan jangan lepaskan kemarahannya pada Irene tetapi dia seperti tidak endah dengan nasihat Eunji. Katanya tak penting pun.
"Hmm aku buntu lah Eunji. Aku kena jaga perasaan Taehyung tapi dalam masa yang sama aku kena ikut cakap Kai. Kau tahu kan Taehyung tak suka kalau Kai buat aku macam ni. Hmm aku tak sanggup nak lukakan hati sesiapa lagi-lagi Taehyung bila dapat tahu yang omma aku kawan baik dengan omma Kai" terang Irene panjang lebar. Perasaan serba salah muncul pada dirinya. Benak fikirannya memikirkan soal perasaan Taehyung tetapi didalam hatinya sudah tersedia nama Kai. Irene cukup setia kerana sudah bertahun-tahun nama Kai tersenarai didalam hatinya selain keluarga kesayangannya. Dia hanya perlu menunggu Kai membalas cintanya dan itu juga sudah memadai.
Tapi apakan daya dia adalah orang yang paling dibenci Kai! Mungkin cinta dari Kai takkan dapat Irene miliki? Tapi cinta boleh berputik!TBC
Tak sangka dah sampai part 30! Readers rasa perlu ke author buat banyak2 or dah sampai masanya untuk buat final part? Tunjukkanlah keprihatinan anda untuk vote dan comments lol hahaha ok bye :)
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
DiversosBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...