"Aku akan jaga kau...mulai sekarang kau nyawa aku, Irene...kau nak tau tak apa yang kau akan dapat?" soal Kai setelah melihat Irene kembali tenang semula. Irene mengangguk.
"This is for you" Kai memberi kotak berwarna putih. Irene membelek-belek kotak itu dan tertulis satu perkataan ditepi kotak itu iaitu 'iPhone 6s'. Irene menoleh wajah Kai lalu dia membuka kotak itu. Terbeliak biji mata Irene kerana didalamnya ada sebuah telefon berjenama yang nampak cantik dan mahal serta berwarna Rosegold.
"Takpelah, saya tak mampu nak.."
"Aku tak mintak duit dari kau kan? Ambik jelah..lagipun aku yang rosakkan henfon kau tu.."
"Hmm gomawo"
"Ni ada lagi satu" Kai memberikan keychain teddy bear mini berwarna peach. Keychain itu baru dibelinya tadi sebab itu dia tak bagi Irene mengikutnya. Irene tersenyum lalu mengambilnya dari Kai.
"Wahh kyeopta"
"Aku amik dari tong sampah" tipu Kai. Kai memasang keychain itu di telefon bimbit yang baru dibelinya. Kai tersenyum apabila melihat Irene begitu gembira dengan pemberiannya. Irene tak habis-habis melihat teddy bear itu. Nampak comel sangat!
'Macam manalah aku boleh jatuh cinta dekat kau'
--
"Seolhyun, aku minta maaf. Aku tak dapat jalankan plan kau" kata seorang lelaki berpakaian hitam sambil membuka topeng mukanya. Seolhyun memandangnya tajam.
"Eh kau ni kan benda senang pun tak boleh nak buat!! Aku bukan suruh kau bunuh dia, cakap je tarik perhatian dia!! Susah sangat ke!?!?!" Marah Seolhyun sambil menyilangkan tangannya.
"Sorry tapi dia macam perasan aku perhatikan dia" ujar lelaki itu. Seolhyun mencapai cawan diatas meja lalu meyimbah ke arah muka lelaki itu.
"Pabo!! Dah pergi balik!! Duit kau takde untuk harini!!" Arah Seolhyun. Lelaki itu segera meninggalkan rumah milik Seolhyun. Barang-barang diatas meja dijatuhkan ke bawah. Kemudian dia mengambil gambar Kai lalu diciumnya lama sebelum mengoyakkannya. Gambar Irene pula diconteng menggunakan marker. Entah mana dapatnya semua gambar-gambar Irene. Dia tergelak jahat apabila melihat gambar Irene penuh diconteng.
"Kenapa susah sangat aku nak hancurkan kau Irene?!?! Kaulah punca aku dengan Kai bergaduh!"
"Takpe, plan aku akan berjaya tak lama lagi Irene. Aku akan dapat apa yang aku nak so just wait!!" Seolhyun mengoyak gambar Irene. Diambil lagi satu gambar dan diguntingnya. Lalu Seolhyun mengambil gambar dia dan Kai semasa mereka bercouple lalu diusap wajah Kai.
"Kai sayang, I akan hapuskan Irene dari hidup you so you takkan dapat jumpa dia lagi and of course you akan cari I balik HAHAHAHAHAHAHAH!!!"
--
"Awak, nak tanya"
"Hmm"
"Awak marahkan saya ke?"
"Marah?"
"Pasal hubungan awak dengan Seolhyun"
"Yah! Berapa kali aku nak cakap? Bukan salah kau pun lagi satu jangan sebut nama dia lagi"
"Emm awak suka dia lagi?"
Kai mendiamkan diri.
"Oh...awak sayang dia..."
Cupp!
Kai mencium bibir Irene lama. Beberapa minit kemudian Kai melepaskan ciuman itu.
"Kalau kau cakap pasal dia lagi..." Jari Kai menyentuh bibir merah jambu Irene lalu berbisik sesuatu ditelinga Irene.
"I will kiss you"
Terus Irene menutup bibirnya. Kai ni betul-betul memeranjatkan orang. Tiba-tiba kiss orang dah lah ramai lalu lalang. Nasib baik tak ada yang tengok kiss scene secara mengejut. Boleh dikatakan hampir 95% nak pecah jantung Irene dibuatnya kerana mendapat first kiss dari Kai!
"Kau suka?"
Irene menunduk malu. Siapa je tak suka woi!
"Kalau aku nak lagi boleh?" Soal Kai menggoda. Irene buat-buat tak dengar.
"Awak, jom balik?"
"Hm yelah" Kai buat-buat merajuk lalu segera meninggalkan Irene. Irene segera bangun lalu mengejar Kai. Dia memang suka tinggalkan Irene sorang-sorang.
"Kai, jangan tinggalkan saya..sayakan nyawa awak" kata Irene memandang Kai. Kai tidak peduli dengan kata-kata Irene lalu dia menuju ke pintu utama kerana keretanya sudah terpacak disitu.
"Arghhh!"
Kai menoleh belakang. Irene terjatuh kerana kakinya tersadung kaki bangku yang berada disitu. Kai menuju ke arah Irene. Dilihatnya Irene memeluk kotak henfon untuk diselamatkan dari terjatuh ke atas lantai.
"Kau ni memang haih sini lah!" Kai mendukung Irene gaya bridal style lalu dibawanya menuju ke arah kereta dan dia masuk ke dalam.
"Pergi rumah Irene, alamat aku dah tulis kat kertas tu" arah Kai pada Siwon. Siwon mengangguk lalu membaca alamat rumah Irene dan memulakan perjalanan.
"Macam mana kau boleh jatuh?"
"Sebab saya nak kejar awak lah"
"Kau ni buat aku ri-"
"Lain kali hati-hati"
--
Sesudah sampai dirumah Irene, Kai melihat Irene lena dibahunya. Disebabkan tidak mahu Irene terbangun, Kai ingin mendukungnya sampai di dalam rumah. Lagipun kakinya masih sakit lagi.
"Eh kai" tegur Puan Bae di muka pintu. Kai tersenyum. Mata Puan Bae tertancap ke arah Irene yang berada dalam dukungan Kai.
"Kenapa dengan Irene? Dia pengsan ke?" Soal Puan Bae risau.
"Taklah, dia tidur biarlah Kai bawak dia. Nak letak dekat mana?"
"Letak kat bilik dia. Kamu naik atas nanti pergi ke sebelah kanan itulah bilik dia" ujar Puan Bae. Kai mengangguk lalu membawa Irene ke biliknya dan diletakkan di atas katil.
Selepas itu, dia melihat buku-buku yang berada diatas meja Irene. Mana tahu ada rahsia ke. Dia terperasan satu keychain tertulis 'Irene & Kai forever' diselitkan di celah buku. Macam pernah dilihat sebelum ini. Dia mengambil keychain itu dan menatapnya lama sebelum diletakkan di dadanya. Air matanya gugur. Baru dia teringat kejadian 5 tahun yang lepas semasa hari jadinya pada 14 Januari. Tahun taknak sebut lerr ^^
Kai pergi ke arah Irene yang lena tidur sambil memegang keyhain itu. Sebelah tangannya mengusap kepala Irene lembut.
"Mianhae Irene. Sepatutnya aku tak buat kau macam ni. Aku tak sangka kau ambik balik lepastu kau simpan sampai sekarang. Irene, hati aku hanya untuk kau sorang and now you're mine!"
TBC
Macam mana best tak? Author tak reti nak buat ayat jiwang ni T_T maaflah author bukan pakar bab2 bina ayat jiwang meleleh air mata ni hahahahah yeah so jumpa di next chapter and don't forget to vote and comments byebye :)
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
Ngẫu nhiênBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...