*Kring kring*
"Hm nak apa?" -Kai
"Awak nak jumpa saya dekat mana? Saya dah sampai sekolah dah" -Irene
"Dekat kelas pun boleh kan" -Kai
"Ohh ok sorry kacau awak" -Irene
"Cepatnya tutup. Kenapa dengan Kai pagi ni? Ada benda yang tak kena ke?" Omel Irene. Dia terus melangkah ke kelas. Tiba di kelas tiada seorang pun yang datang. Mungkin masih awal kot.
Irene melabuhkan punggungnya dikerusi dan mengeluarkan henfonnya. Takut tak dengar panggilan dari Kai. Lagipun taknak kena denda pulak kalau Kai menelefonnya."Hye" sapa seseorang dari belakang. Irene menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya Irene melihat susuk tubuh orang itu. Oh harini dia dah boleh bersekolah seperti biasa. Tapi dari mana dia datang? Tadi masuk tak nampak sesiapa pun.
"Tae-taehyung..."
"Ke mana awak hilang selama ni?" Soal Taehyung merapati Irene.
"Ap-apa ma-maksud awak?"
"Jangan buat-buat tak tahu. Saya call awak, awak tak jawab apatah lagi nak reply message saya. Haritu saya ajak awak keluar kenapa tiba-tiba putuskan panggilan? Kalau taknak tu cakap jelah" kata Taehyung. Matanya tajam memandang Irene yang sudah mula ketakutan.
"Bu-bukan macam tu. Henfon saya rosak sebabtu saya tak jawab panggilan awak. Saya minta maaf" terang Irene. Dia seperti hendak menangis. Kalau lelaki marah dia, mesti dia akan menangis. Dia terlalu lemah apabila lelaki berbuat begitu padanya.
"Jangan bagi alasan Irene. Awak mesti sengaja buat macam tu. Awak kan lebih suka kalau Kai buat macam tu dekat awak. Call awak setiap hari. Message awak selalu. Tapi dia takkan buat benda-benda macam tu!" ujar Taehyung. Irene menundukkan kepalanya. Dia tidak percaya dengan kata-kata Taehyung.
"Tipu...."
Kai dan Jimin yang baru tiba dikelas ternampak Taehyung dan Irene. Seperti ada benda yang berlaku.
"Eh kau dah boleh sekolah dah?" Soal Jimin sambil meletakkan bagnya. Soalannya itu tidak diendahkan kerana Taehyung lebih tertumpu kepada Kai. Kai melangkah ke arah meja Irene. Dia ingin menarik lengan Irene tetapi ditepis oleh Taehyung. Panas hatinya apabila Taehyung melakukan begitu.
"Apa masalah kau?"
"Kau nak apa dari dia?"
"Kenapa kau sibuk sangat nak tahu?"
Taehyung mengenggam tangannya. Baru sahaja dia hendak mengangkat, tangannya dihalang oleh Jimin.
"Tolong jangan buat hal" tegur Jimin.
"Kau memang mintak gaduh ke?" Soal Kai. Kali ini dia pulak yang mengenggam tangannya. Irene yang menyedarinya terus menghalang Kai.
"Awak jangan...saya taknak awak dengan Taehyung gaduh disebabkan saya..tolong..." rayu Irene. Kai menurunkan tangannya lalu menarik Irene keluar kelas. Sakit mata Taehyung apabila melihat Kai dan Irene berdua diluar kelas.
"Aku benci tengok kau dengan dia berdua dalam kelas..kau ada buat apa-apa ke dengan dia? Jangan tipu aku!"
"Apa awak cakap ni? Saya tak buat apa-apa pun. Dia cuma..."
"Cuma apa?"
"Dia cuma tanya saya kenapa saya tak jawab panggilan dia selama ni. Tu je..awak jangan salah faham..takde apa-apa pun.." terang Irene. Kai memegang dagu Irene. Didekatkan mukanya ke muka Irene.
"Ingat syarat aku. Tak boleh ada nombor namja lain kecuali aku..kalau tak.." Kai menghentikan kata-katanya apabila matanya memandang bibir pink Irene. Irene yang menyedari akan pandangan Kai cepat-cepat menutup mulutnya.
"Saya ingat..tapi saya nak cakap sesuatu boleh tak?"
"Apa dia?"
"Boleh tak kalau awak berbaik dengan Taehyung? Ni je permintaan saya pada awak" Kai mengeluh. Haruskah dia berbaik dengan Taehyung disebabkan permintaan Irene yang dirasakan bodoh bagi dirinya.
"Aku taknak"
"Macam ni lah, kalau awak berbaik dengan Taehyung, saya akan ikut cakap awak" ujar Irene. Kai tersenyum suka. Bagus jugak cadangan Irene.
"Betul ni? Jangan tipu aku"
"Tak saya tak tipu"
"Hm that's my girl" Kai mengusap kepala Irene. Lalu masuk kedalam kelas.
"Woi!" Tegur Eunji apabila melihat Irene berada diluar kelas.
"Buat apa dekat luar ni? Kena denda ke?"
"Taklah. Aku tunggu kau lah lambat sangat sampai"
"Wahh terharunya. Ok jom!" kata Eunji sambil memeluk bahu Irene lalu mereka berdua masuk kedalam kelas.
Sebenarnya ada sepasang mata melihat Kai dan Irene diluar kelas. Geram sungguh apabila Kai mula memegang dagu Irene. Nak sahaja dia menyerang Irene tetapi dia cuba untuk bersabar. Plan sudah siap dibuat cuma untuk lakukannya sahaja. Dan segala-galanya akan menjadi miliknya dalam sekelip mata.
"Bestkan bila kau dah dapat apa yang kau nak selama ni tapi bukan senang-senang aku nak bagi Kai macam tu je dekat kau" kata Seolhyun sambil menyilangkan tangannya. Dia tersenyum jahat. Tidak sabar untuk menjalankan rancangannya.
"Seolhyun, tolonglah berubah. Jangan buat benda yang bukan-bukan dekat Irene. Kesian dia" rayu Choa. Eh choa dah berubah ke? Ye dia dah berubah sebab esok dia takde dekat sini dah. Takpe nanti author bagitau di chapter seterusnya ok.
"No way! Buat apa nak kesian dia? Kau patutnya kesiankan aku! Dahlah dia tu rampas Kai dari aku! Kau tahu kan Kai adalah segala-galanya bagi aku!" Marah Seolhyun. Yuna cuba untuk menenangkan Seolhyun.
"Aku tahu tapi kau nakkan dia bukan sebab cinta tapi sebab harta..." ujar Choa sambil memandang Seolhyun. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk mengubah Seolhyun.
"Hm aku tahu lah esok kau dah takde dekat sini tapi tak bermakna kau boleh berubah sepenuhnya. And what do you mean? Harta? Oh no! Im really love Kai! Harta dia kalau boleh aku nak kikis sikit je! And of course aku nak buat perempuan tu sengsara! Biar dia merana sampai bila-bila!!" Marah Seolhyun. Dia tersenyum jahat. Kalau boleh sekarang jugak dia mahu melakukan rancangannya itu dan tiada siapa yang boleh menghalang.
'Let's started the game!'
TBC
So how? Author dah cakap chapter seterusnya akan lebih menyakitkan hati dan geram ^^ jadi janganlah marah author, salahkan kawan author sebab dia bagi idea yang agak chliche(?) jkjk hahahah bye :)

YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RandomBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...