"Maknanya omma kau dgn omma Kai tu dah lama kenal lah?" Soal Eunji. Irene sekadar mengangguk.
"Woahh daebak!!"
"Tapi....aku dah buat hubungan Kai dengan Seolhyun hancur. Tadi diaorang bergaduh depan aku" kata Irene dengan nada perlahan. Walaupun Kai sudah memberitahunya punca mereka bergaduh bukan salah Irene tetapi itu tidak dapat membuatkan Irene gembira atau tenang malah membuatkan Irene diulit perasaan bersalah.
"Jangan merepek lah Irene. Mesti hati Kai tu dah berubah. Manalah tahu dia suka orang lain...entah-entah orang tu kau ke. Aku pun perasan Kai nampak lain sekarang...cuma kau tu jangan lah fikir ke arah negatif" pesan Eunji. Irene cuba untuk tersenyum. Betul juga kata2 Eunji itu. Memang Kai dah banyak berubah. Egonya pun semakin lama semakin hilang. Jelas disitu perubahan Kai.
"Dah jangan sedih-sedih. Kai tengok kau tadi. Nanti aku pulak kena soal siasat kenapa buat kau macam ni" kata Eunji. Irene memandang Kai. Kai memandangnya balik. Lalu Irene memandang Eunji kembali. Ok Eunji tak tipu!
'Aku dengar semuanya, Irene. Aku minta maaf sebab buat kau rasa bersalah....mianhae'
--
(Author Skip)
"Irene, aku nak ajak kau beli Chatime. Emm aku belanja jom?" Ajak Eunji. Sebenarnya Irene tidak memberitahu Eunji yang Kai ajak dia keluar tapi dia tidak sanggup hendak menolak ajakan Eunji. Belum sempat Irene berkata tiba-tiba Kai terus merangkul pinggang Irene. Erat. Seperti tidak mahu melepaskan rangkulan itu.
"Mian...aku ada date dengan Irene. Lain kali lah kau ajak dia" kata Kai. Irene tergamam. Bila masa pulak nak date? Kata nak keluar takde pulak cakap nak dating.
"Ta-tapi.."
"Gwenchana..kau pergi lah date dengan Kai..aku boleh pergi sorang-sorang"
"Hmm hati-hati..annyeong" ucap Irene. Eunji mengangguk lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Kai melepaskan rangkulan itu. Dia tersenyum suka. Nasib baik Irene tak ikut Eunji kalau tidak musnah harapannya nak keluar berdua dengan Irene.
"Driver aku dah sampai. Jom!" kata Kai lalu meninggalkan Irene yang tercegat disitu.
'Tak percaya yang aku nak keluar dengan orang yang aku suka'
"Yahh! Kenapa kau dekat situ lagi? Cepatlah masuk dalam!" Jerit Kai dari tingkap kereta apabila melihat Irene masih berdiri di situ. Tergesa-gesa Irene masuk ke dalam perut kereta.
"Nak pergi mana Kai?" Tanya Siwon. Kai memandang Irene lalu tersenyum.
"Pergi Seoul Shopping Mall" ujar Kai. Banyak tanda tanya yang hinggap di fikiran Irene. Nak buat apa? Nak beli apa?Nak date dekat sana? Nak tengok wayang ke? Lagipun Kai tak cakap pun apa sebab dia ajak keluar.
--
"Yahh!!"
"Mi-mianhae...saya ta-tak sengaja" ucap Eunji. Air Chatime tumpah pada baju putih lelaki itu. Tak dapatlah nakk merasa. Eunji menundukkan kepalanya ke bawah. Takut mahu melihat muka orang itu.
"Eunji? Kau eunji kan?" Soal Namja itu. Eunji sekadar mengangguk.
"Cuba pandang aku"
1 2 3!
"Jimin!!"
"Kau buat apa kat sini?" Soal Jimin sambil menyilangkan tangannya.
"Sa-saya teringin nak minum Chatime"
"Beli lagi satu. Aku belanja then kita balik sama-sama. Tak payah takut sebab aku dengan Choa dah takde apa-apa hubungan" kata Jimin lalu memegang lengan Eunji dan beratur di Kaunter Chatime (?) Jimin tahu yang Kai keluar dengan Irene sekarang ini kerana Kai sudah memberitahunya.'Betul ke apa yang awak cakap, Jimin?'
--
"Kita nak buat apa dekat sini Kai?" Soal Irene sambil matanya tekun melihat bangunan pusat membeli belah yang terkemuka di Seoul. Tidak pernah dia menjejakkan kaki di tempat mewah ini.
"Ikut jelah...dah jom!" Kai segera keluar dari perut kereta diikuti Irene. Bagnya tidak dibawa sekali kerana Kai kata mereka akan naik kereta ini semula.
"Sebenarnya aku nak bagi benda dekat kau"
"Bagi apa?"
"Kau duduk sini jap. Aku nak cari sesuatu" kata Kai lalu bawa Irene ke tempat duduk. Irene memegang lengan Kai.
"Saya takut. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang" Kai memegang bahu Irene. Mata mereka bertentangan. Perasaan kasihan bercambah di hatinya.
"Irene, aku takkan tinggalkan kau. Aku pergi sekejap je. Kau duduk sini jangan pergi mana-mana" pesan Kai. Irene memandang tubuh Kai yang semakin lama semakin menjauh darinya. Dia duduk disitu sambil berpeluk tubuh. Takutnya apabila berada ditempat yang besar dan asing.
"Cepat lah datang awak..."
"Saya takut..."
"Saya perlukan awak.."
Beberapa minit kemudian Kai datang ke arah Irene. Dilihatnya seperti Irene kena rompak.
"Irene?"
"Awak!! Saya takut!!" terus tubuh Kai itu dipeluknya erat. Rasa selamat apabila berada disisi Kai.
"Jebal...jangan tinggalkan saya..tadi macam adaorang perhatikan saya..." ujar Irene. Kai melepaskan pelukan itu. Dia memegang kedua-dua pipi Irene dengan penuh ikhlas.
"Aku akan jaga kau..mulai sekarang kau nyawa aku, Irene..."
TBC
Mianhae author lambat updated..huhuhu maaf T_T Sebagai ganti author akan update banyak2 nae hehehe ok bye :*
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
SonstigesBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...