Part 15

863 34 1
                                    

*Waktu Rehat*

Waktu rehat pada hari ini tidak seperti hari2 biasanya kerana Kai dan Jimin rehat bersama tanpa Taehyung. Aoa pula tidak rehat kerana mereka sedang merancang sesuatu untuk Irene dan Kai agar rancangan mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Manakala Eunji pula rehat berseorangan di bawah pokok. Taehyung pula duduk di dalam kelas dan hanya meluangkan masa mambaca komik kegemarannya iaitu 'one piece'.

*Aoa pov*

"So kita kene buat plan A, plan B, plan C dan plan D. Manalah tahu kalau plan A tak boleh pakai, kita amiklah plan yang lain betul tak?" Soal Seolhyun kepada Choa dan Yuna.

"Hmm betul jugak. Kau ni memang boleh pakai lah. Patutlah kau beria sangat nak rancang sesuatu dekat diaorang berdua (Kai&Irene)" puji Choa. Seolhyun memeluk tubuhnya sambil tersenyum tanda gembira dipuji sebegitu.

"Bila kau nak culik kai?" Soal Yuna pula.

"Bila aku rasa aku berdendam dengan dia time tu lah aku culik dia. Sekarang ni baru sikit je. Masa panjang lagi guys" kata Seolhyun dengan lagaknya.

*Kai and Jimin pov*

"Aku tak sangka perangai Seolhyun macam tu" kata Jimin lalu meneguk air oren. Kai pula termenungkan sesuatu dan tidak bercakap walau sepatah. Makanan di hadapannya dibiarkan begitu sahaja tidak diusik.

"Hati aku sakit bila tengok kejadian tadi. Selama ni aku ingatkan dia betul2 cintakan aku tapi ternyata tak" Akhirnya Kai bersuara. Dia masih cintakan Seolhyun dan tidak pernah terdetik di hatinya ingin mempunyai hubungan dengan yeoja lain. Ya!! dia bukanlah jenis lelaki yang digelar 'playboy'.

"Irene kan ada apa kata kau suruh dia jadi yeojachingu kau?" soal Jimin. Kai mengangkat kening sebelahnya.

"Kau ingat senanglah orang lain nak ganti tempat Seolhyun lagi-lagi perempuan yang aku benci tu?" Soal Kai pula.

"Kenapa pulak? Sebab kau tak percayakan dia jugak?" Jimin mengerutkan dahinya.

"Bukan. Dia tu tak cantik, tak kaya dan tak feamous. Aku perlukan ciri-ciri yeojachingu macam tu dan terbukti cuma Seolhyun je ada" terang Kai. Nampak sangat memilih girlfriend si Kai ni erghh menyampah -_-

"Tak habis-habis si Seolhyun tu!! Haih kau dah lepaskan dia jadi tak payah lah susahkan diri kau nak fikir pasal dia. Weh rehat pun dah nak habis, aku kene jumpa Choa dulu" kata Jimin lalu pergi meninggalkan Kai.

*Irene pov*

*tok tok*

Seorang wanita yang berumur 50-an membuka pintu wad Irene. Kakinya melangkah masuk ke dalam dan terus memeluk tubuh Irene. Irene membalas pelukan itu tersebut.

"Omma!!!! Irene rindu ommaaaa!!" Jerit Irene sambil memeluk ommanya itu. Terubat jua rindunya pada ommanya.

"Omma pun. Kesiannya anak omma ni" pinta Puan Bae sambil mengusap lembut rambut Irene.

"Omma temankan Irene sampai esok boleh tak? Esok Irene dah boleh keluar dari wad" soal Irene pada ommanya. Ommanya memikir sejenak.

"Anything for you sayang. Omma nak tanya mana kawan kamu yang kamu kata dia nak tolong bayarkan tu?" Tanya Puan Bae. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan.

"Dia pergi sekolah. Nanti habis je sekolah dia terus datang sini" terang Irene. Kemudian Puan Bae ternampak bag yang berisi pakaian di atas sofa. Dia mengerutkan dahinya.

"Kawan kamu tidur sini semalam?" Tanya Puan Bae. Irene mengangguk.

"Kesian dia terpaksa jaga kamu. Kenapa tak telefon je omma?" Tanya Puan Bae.

"Telefon Irene tertinggal dekat rumah. Lupa lah nak suruh omma tolong bawakkan" kata Irene. Wajahnya menunjukkan reaksi muram(?)
                                                                    

Loceng berbunyi menandakan tamatnya persekolahan. Semua murid tidak balik lagi kerana mereka ingin melihat Kai, Jimin & Taehyung. Kereta milik mereka bertiga sudah sampai di hadapan pagar sekolah. Kelihatan Kai dan Jimin sahaja yang menaiki kereta manakala Taehyung pulang sendirian.
Seolhyun hanya memerhati kereta tersebut berlalu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

'Best lah kau putus dengan aku? Nanti  kau akan dapat apa yang aku rasa' katanya di dalam hati.

"Hye Seolhyun unni" tiba-tiba seorang pelajar perempuan setahun muda dari Seolhyun menegurnya.

"Jangan sedap-sedap panggil aku unni. Aku ni girlfriend kai" kata Seolhyun sambil menyilangkan tangannya. Ewah dah putus ok ok ok -_-

"Mian unni. Tapi bukan ke unni dah putus dengan Kai?" Tanya pelajar perempuan itu. Seolhyun berasa marah dengan soalan yang ditujuinya. Jap-jap, mana budak ni tahu????

"Kau datang sini nak cakap pasal tu je ke??? Mulut kau tu jaga baik- baik sebabnya aku dengan Kai belum putus lagi!! And one more thing, aku bukan 'unni' kau!!!" Ujar Seolhyun lalu pergi meninggalkan perempuan itu.

"Yahh!! Seolhyun!!" Yuna dan Choa memangil Seolhyun yang sudah pergi meninggalkan mereka. Seolhyun memberhentikan langkahnya.

"Wae???" Soal Yuna.

"Budak tadi tu cari pasal. Dah lah jom mulakan plan kita untuk budak yang terlantar kat hospital tu" ujar Seolhyun. Yuna dan Choa mengangguk.

TBC

Mian kalau buat korang pening baca part ni sebab author nak buat apa yang berlaku pada Kai, Irene dan Seolhyun. Teruskan membaca!!

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now