Part 42

770 26 3
                                    

*Tut tut*

"Ada apa? -Kai

"Ada yeoja datang sini dia cakap kau nak...." -Siwon

"Kau suruh dia masuk sekarang!" =Kai

"Nae" -Siwon

"Kai suruh awak masuk sekarang" kata Siwon. Irene mengangguk lalu masuk kedalam rumah Kai. Perlahan-lahan dia duduk disofa. Tidak nampak kelibat Kai di ruang tamu. Matanya mulai berkaca.

"Siapa suruh kau duduk?" Kata Kai yang baru sahaja menuruni anak tangga. Irene yang terkejut lantas bangun lalu menundukkan kepalanya. Takut ingin melihat wajah Kai.

"Aku nak tanya kau ni. Semalam kau buat apa? Kau pergi mana? Dengan siapa?" Soal Kai lalu duduk diatas sofa. Dibiarkan Irene berdiri dihadapannya. Irene tidak menjawab malah air matanya yang mengalir. Dia tahu yang dirinya salah kerana percaya cakap Seolhyun.

"Aku tanya ni jawab lah!!!" Marah Kai.
"Sa-saya mi-mintak maaf"

"Aku tak nak maaf kau!! Aku nak jawapan kau!! Kau pergi mana semalam? Kau cakap ada hal tapi kenapa sampai boleh ada dekat dalam bilik dengan namja? Itu ke kau punya hal!?!?!" Marah Kai. Kali ini suaranya lebih tegas dan kuat sehingga membuatkan Siwon yang berada diluar rumah terkejut.

"Sa-saya pergi jumpa Seolhyun..dia cakap ada hal penting ta-tapi saya ta-tahu macam mana boleh jadi macam ni...saya minta maaf..." ujar Irene. Perkataan maaf itu tidak berhenti diucap. Dia berasa bersalah sangat. Kalau diberi peluang mahu sahaja dia memutar masa balik.

"Kau dah tahu yang yeoja tu jahat kenapa kau pergi ikut cakap dia? Ke kau dengan dia ada rancangan jahat untuk aku..." belum sempat Kai berkata pantas Irene memotong. Dia berasa sakit apabila Kai berkata begitu.

"Sumpah takde!!! Awak tolong percaya kan saya!!" Rayu Irene. Kali ini dia memberanikan diri untuk memandang Kai.

"Macam mana aku nak percayakan kau? Can you feel my heart hm? Hati aku sakit sangat!! Takde sape yang faham aku termasuk kau!!" Ujar Kai panjang. Irene sudah menangis teresak-esak. Kai yang melihatnya berasa kasihan mahu sahaja dia memeluk Irene tapi apakan daya gadis didepannya ini memang bersalah.

"Saya tak rasa sakit! Macam mana saya boleh jalan macam biasa lepas tidur dengan lelaki tu?? Kalau awak tak percaya pukul lah perut saya!!! Sepak lah perut saya!!! Dalam perut saya takde pape pun!! Cepatlah sepak!! Saya tunggu awak!!!" Ujar Irene sambil memukul perutnya itu. Pukulan kuat yang dibuat walaupun dia berasa senak dan sakit!

'Apa kau buat ni Irene!! Kau ingat aku nak buat macam tu? Gila!!'

"Stop Irene!! Jangan menyeksa perut kau tu lagi!! Aku dah cukup terseksa tengok kau macam ni!!" Kata Kai lalu memeluk Irene. Dipeluk seerat-eratnya. Mana mungkin dia mampu melihat keadaan Irene yang merayu meminta kepercayaan Kai. Dan dia tahu Irene tak salah. Tangisan Irene semakin kuat apabila Kai berbuat begitu.

"Tolong percayakan saya.." kata Irene yang berada didalam dakapan Kai. Dia menyembamkan mukanya di dada Kai. Kai dapat merasai air mata Irene yang gugur di bajunya.

"Shh...aku tahu kau tak salah..aku cuma marahkan kau!! Kau tahu kan marah tu tanda aku sayangkan kau! Aku tahu dia yang rancang semua ni  siap hantar gambar lagi. Benda macam tu dah biasa orang buat. Kau ingat tak apa yang aku cakap dekat kau?" Soal Kai lalu melepaskan pelukannya itu lalu mengelap air mata Irene yang masih lagi mengalir.

"Saya nyawa awak dengan saya milik awak..."

"Thats why aku marah sangat bila kau buat macam tu! Tak bagitahu aku yang kau nak jumpa dengan perempuan gila! Bila aku nampak gambar tu aku rasa macam aku ni tak reti jaga kau! Aku rasa lepasni aku kena ikut kau kemana sahaja kau nak pergi! Kau akan selamat dengan aku!" ujar Kai. Irene tersenyum. Hilang juga perasaan sedihnya itu. Memang betul apa yang Kai katakan itu. Dia berasa sangat selamat dengan Kai. Rasa bahagia, tenang, gembira. Argh semua tu lah!

'Gomawo Kai! Terima kasih sangat-sangat sebab dah tunaikan janji saya! Yang saya akan buat awak cinta dekat saya. Gomawo!'

"Awak, saya takut..."

"Kau takut apa?"

"Macam mana dengan omma dan appa saya? Diaorang mesti risau sebab saya tak balik rumah.."

"That's easy! Kau memang betul-betul nak aku tolong ke?"

"Mestilah nak"

"Kalau macam tu kiss me! Im waiting!" Kata Kai sambil tersenyum. Ye senyuman yang menggoda yang membuatkan Irene cair. Tengah risau pun boleh gatal!

'Nak ke taknak?'

Cup!

Irene terus mencium bibir Kai. Lebih kurang tiga saat sahaja. Cepat-cepat Irene melepaskan ciuman itu! Sebab apa dia harus berbuat begitu? Sebab Kai takkan tolong selagi dia tak dapat apa yang dia mintak. Dengan hati yang ikhlas, Irene mencium Kai. Takpe dengan crush je! ^^

"Thanks! Jom pergi rumah kau. Aku akan terangkan segalanya" kata Kai lalu memegang tangan Irene. Irene mengangguk. Mereka berdua segera keluar dari rumah itu dan menuju ke rumah Irene.

--

"Taehyung!!" Jerit Eunji. Taehyung dan Jimin yang berada di pondok yang dikhaskan untuk mereka terus memandang Eunji. Eunji tercungap-cungap mengambil nafas lalu tanpa sengaja duduk disebelah Jimin. Dia terlalu penat disebabkan mencari mereka berdua.

"Apa dia?" soal Taehyung. Jimin hanya melihat Eunji.

"Boleh tak kau duduk sana?" Soal Jimin. Eunji menjeling ke arah Jimin.

"Aku nak tunjuk sesuatu!" Kata Eunji lalu mengeluarkan henfonnya. Taehyung setia menunggu manakala Jimin hanya bermain henfon. Malas mahu masuk campur!

"Kau dengar ni betul-betul. Jimin, kalau awak taknak dengar takpe saya tak suruh pun!" Ujar Eunji. Jimin hanya smirk. Eunji mula memainkan rakaman suara Seolhyun yang direkodkan tadi.

"Mwo?!?!?! Apa yang terjadi? Aku tak fahamlah!" Soal Taehyung sambil mengerutkan dahinya.

"Eunji, kau boleh pergi sekarang tak? Aku rasa semak lah tengok kau!" Marah Jimin. Eunji terasa sedih dengan kata-kata Jimin. Kenapa dengan Jimin?

"Awak, saya cuma nak tunjuk.." belum habis berkata, lantas Jimin memotong.

"Ok fine biar aku jelah pergi!" Jimin terus bangun lalu pergi meninggalkan Eunji dan Taehyung. Matanya semakin berkaca.

"Eunji, are you okay? Jimin macam tu sebab dia tak boleh lupakan Choa" terang Taehyung. Eunji mengesat air matanya yang gugur.

'Pabo kau Eunji! Buat apa nangis untuk Jimin sedangkan dia tak suka aku!'

TBC

Sorry for the late update. Author asyik cakap benda yang sama tpi still buat lagi! Mian kalau part ni kelaut. Nak bagitahu ni ff ni nak dekat tamat! Author ada cadangan japgi lah bagitahu ok ^_^ byeee!



Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now