Part 36

759 37 5
                                    

"Kau memang taknak berbaik dengan aku ke? Sampai bilalah kita nak gaduh agaknya. Aku dah mintak maaf so apa yang kurang lagi? Kau tu je kena maafkan aku then settle masalah ni!" Ujar Kai. Dia terlampau geram dengan Taehyung. Kenapa dia berlagak seperti dia yang betul semua ni?

"Aku akan maafkan kau kalau kau lepaskan Irene. Jangan cuba nak rapat dengan dia sebab aku tahu kau ada niat jahat....Boleh?" Sengaja ditekankan perkataan 'boleh' itu. Fuh berderau darah Kai dibuatnya. Kenapa susah sangat Kai cuba nak berbaik dengan Taehyung. Dan dia juga takkan lepaskan Irene. Irene ialah nyawanya.

"Boleh tak kalau kau tak libatkan perempuan tu dalam hal ni? Aku cuma nak minta maaf je tapi kau pulak yang besarkan masalah ni! Taehyung, tolonglah maafkan aku. Aku nak kita berbaik semula!" Rayu Kai. Taehyung terdiam seketika. Fikirannya tiba-tiba melayang kepada kenangan mereka bertiga; Kai, Jimin & Taehyung sepanjang mereka menjadi sahabat. Mungkin inilah tiba masanya untuk dia berbaik semula.

"Hm ok aku maafkan kau sebab kita kawan. Lupakan apa yang aku cakap tadi" Kata Taehyung. Akhirnya dapatlah Kai mengambil janji Irene setelah dia berjaya berbaik dengan Taehyung. Sebenarnya Kai memang nak berbaik dengan Taehyung ke atau disebabkan janji Irene itu?

--

"Duduklah!" Arah Seolhyun. Irene melabuhkan punggungnya di bangku yang terletak di taman bunga itu.

"Aku nak minta maaf. Actually, semua benda yang pernah buat kau sakit hati ke sedih ke..aku rasa kita patut berbaik lah. Nak buat macam mana kalau Kai memang dah tak suka aku kan? Bukan salah kau pun. Walaupun kau rampas dia dari aku!" Ujar Seolhyun. Dia membuat muka sedihnya tetapi disebalik itu rasa meluat dan menyampah untuk meminta maaf kepada Irene.

"Saya maafkan awak. Saya tak berniat nak rampas Kai dari awak. Memang saya suka dia tapi bukan dengan cara macam tu. Takpe, saya suruh Kai berbaik dengan awak nae?" kata Irene lalu memegang tangan Seolhyun. Seolhyun hanya membiarkan sahaja tetapi disebaliknya dia berasa kotor dipegang Irene.

"Takpayah aku ok je. Aku harap kau bahagia dengan dia. Jangan sampai adaorang cuba nak hancurkan korang berdua lagi-lagi kau Irene. Tapi memang bukan kerja aku. Mana tahu orang tu marah dengan kau sebab buat hubungan aku dengan Kai hancur. Betul tak?" Ujar Seolhyun sambil menyilangkan tangannya. Irene tersentak dengan kata-kata Seolhyun. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Kai. Mereka memang rapat sejak kebelakangan ini tetapi itu tidak bermakna mereka bercinta.

"Irene, kalau kau rasa tak tahan nak lalui semua ni, kau jauhkan diri dari Kai. Aku pasti orang tu takkan buat benda jahat dekat kau lepasni!" Ujar Seolhyun lagi. Kali ini dia tersenyum sinis. Rancangannya separuh sudah menjadi.

"Seolhyun, sebenarnya saya tak bercinta dengan Kai. Cuma dia dah boleh terima saya dah.."

"What? Kai terima kau?"

"Maksud saya Kai dah tak anggap saya sebagai musuh dia. Hm awak pun sama kan dah tak anggap saya sebagai musuh awak?" Soal Irene. Seolhyun tersenyum lalu menganggukkan kepala.

"Saya nak pergi kelas dulu. Nanti kita jumpa lagi. Bye!" Ucap Irene lalu meninggalkan Seolhyun sendirian.

"Eyyy berlagaknya kau! Sekarang ni kau bergembira lah eh. Nikmati hari-hari terindah kau sebelum kau terseksa! Macam tulah aku rasakan sekarang ni!" Ujar Seolhyun tersenyum sinis. Dia mengambil henfon lalu mendail nombor seseorang.

"Hello...."

--

"Eunji yahh? Ireona!" Irene  mengejutkan Eunji yang sedang tidur. Semasa dia hendak menuju ke kelas dia ternampak susuk tubuh Jimin yang baru sahaja keluar kelas. Apabila dia masuk kelas hanya ada Eunji seorang. Maknanya Jimin dan Eunji berdua di kelas? Mereka buat apa?

"Emm apa dia?" Eunji masih melelapkan matanya. Terasa berat mata untuk membukanya walau hanya sekejap.

"Tadi Jimin datang sini"

"MWO?!?! Dia buat apa!!?!" Terus terbeliak mata Eunji apabila nama Jimin disebut.

"Ishh kau ni! Patutnya aku tanya kau!" Kata Irene lalu mencubit peha Eunji.

"Aww sakit lah! Aku kan tengah sedap tidur manalah aku tahu!"

"Hmm pelik lah. Ah~ dia amik barang kot. Tapi tangan dia kosong tadi.."

"Mungkin dia teman aku tadi yelah kau kan dengan Seolhyun. Dia risau lah tu aku sorang-sorang kat sini!" Kata Eunji sambil tersenyum membayangi Jimin.

"Can i meet you?" sapa satu suara. Mereka berdua memandang suara yang datang dari belakang. Ianya Jimin. Kelihatan juga pelajar yang baru masuk ke kelas. Rehat sudah tamat agaknya.

"Aw-awak nak jumpa si-siapa?" tanya Eunji gagap. Dahlah diaorang baru cakap pasal Jimin. Ada jugak yang kena maki kang.

"Antara korang berdua ni siapa yang suka aku?" Soal Jimin lalu matanya melihat Eunji yang sudah menundukkan wajahnya.

"ok kita jumpa dekat mana?" Jawab Eunji. Irene hanya melihat adegan itu.
"Kalau macam tu saya keluar lah. Taknak ganggu awak dengan Eunji" kata Irene lalu bangun dan menuju ke luar kelas. Lagipun dia memang mahu ke tandas. Baru sahaja dia hendak melangkah ke luar kelas ada satu tangan menariknya lalu menolaknya  ke locker yang terletak disebelah kelas.

"Nak pergi mana ni? Jangan nak lari!" ujar Kai lantas tangannya mengunci diri Irene supaya tidak terlepas.

"Saya nak pergi tandas. Awak nak henfon ke?" Kata Irene sambil tangannya mengeluarkan henfon dari poket lalu diberikan kepada Kai.

"Aku dah buat apa yang kau nak. So kau kena tunaikan janji kau" ujar Kai sambil memeriksa henfon Irene. Dibuka kotak mesej kosong sahaja, dibukaknya gallery pun sama jugak. Semuanya kosong seperti Irene tidak menggunakan henfon itu. Cuma terdapat nombor Kai dan Eunji sahaja.

"Jujur dengan aku, memang kau takde mesej dengan sesiapa ke? Ataupun kau delete sebelum bagi aku hm?"

"Eh manade..memang kosong pun..awak jangan risau. Saya ikut syarat yang awak bagi tu.." kata Irene tersenyum. Kai memberikan henfonnya semula setelah selesai memeriksa. Kemudian Kai  mengeluarkan sesuatu.

"Are you remember this?" Kata Kai sambil menghayunkan(?) keychain itu didepan Irene.

"Ma-mana awak da-dapat?" Irene ingin merampas keychain itu tetapi ditolak oleh Kai.

"This is for me right? Aku ingat lagi keychain ni. Present for my birthday aku campak dekat tong sampah. Tapi kau sanggup ambil balik. And now aku nak simpan benda ni!" Ujar Kai lalu menyimpan keychain itu dalam poketnya.

"Ta-tapi.."

"Kau simpan mini bear aku, aku simpan keychain kau. Adil kan?" Ujar Kai. Jarinya dari tadi mahu mengusap wajah Irene. Tetapi cuba ditahan disebabkan dia berada disekolah.

"Sweet jugak kau ni kan? Keychain tu tulis 'Irene&Kai'. I like it. Gomawo!" Ucap Kai sambil mengelipkan mata sebelahnya lalu masuk ke kelas. Muka Irene sudah memerah. Menahan malu.

'Oh my god! I really hate you! Irene & Kai? Ingat sweet lah tu? Jijik pulak aku dengar huh!!'

TBC

First nak cakap jangan lah marah ye sebab author takde idea duh. Rasa cam nak pecahkan otak je sebabtu update pun lambat huhuhuh. Second nak cakap harap bersabar baca ff ni sebab ia boleh membuatkan korang marah atau geram ewahh berlagak je author ni hah tu jelah dah2 gi vote sana byebye! ^^

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now