Part 22

817 30 0
                                    

Selepas tamat sekolah, Irene segera pergi ke rumah Kai, Jimin dan Taehyung. Kai dan Jimin nampaknya keluar jalan-jalan dengan pasangan masing2. Yuna pulak? Ntah lah lantak dia lah. Hah nak tau tak macam mana dia boleh tahu rumah diaorang? Dulu pernah sekali dia ikut Kai dari belakang senyap-senyap. Masatu Kai tak naik kereta limousine dia tu sebab driver dia ada hal hah apa lagi ada peluang keemasan ni dia terus ambil lah kan xD Kai memang tak sedar yang dia sedang diikuti sebab tengah khusyuk dengan henfon dia sampai betul-betul depan rumah. Irene sempat juga menulis alamat rumah diaorang. Bukan apa, dia cuma nak tahu Kai tinggal dimana dan dia tiada niat jahat langsung.

Back to the story, sesudah sampai di depan rumah mereka, Irene ditahan oleh seorang lelaki yang bersut hitam
dan berkaca mata. Siapa lagi kalau bukan Siwon. Dia sudah mengerutkan dahinya. Mana pernah selama ni perempuan datang ke rumah 3 orang lelaki ini walaupun Seolhyun sendiri. Yelah ni kan rumah lelaki bujang tetapi Irene menjadi orang pertama yang datang sini. Actually, ini kali kedua ^^

'Haishh siapa yeoja ni. Tak pernah nampak pun sebelum ni' getus Siwon. Takut2 perempuan ini berbahaya. Walaupun kerjanya sebagai driver tetapi dia perlulah menjaga Kai and the geng dengan selamat.

"Maafkan saya. Boleh tak saya nak jumpa dengan Taehyung?" Tanya Irene. Dia kenal dengan lelaki di depannya ini. Pernah juga sebelum ni dia nampak Siwon menghantar mereka pergi ke sekolah.

"Awak ni siapa? Kawan dia ke? Apa nama awak? Kenapa awak nak jumpa dia?" Soal Siwon bertalu-talu. Dia risau kalau apa2 terjadi pada mereka walaupun cuma seorang perempuan. Zaman sekarang ni bahaya tau!

"Nama saya Bae Irene, saya kawan Taehyung dan saya nak jumpa dia pun sebab ada hal kecemasan. Please Encik...saya takde niat jahat!" ujar Irene. Dia memang perlu berjumpa dengan Taehyung. Ada benda yang hendak dikatakan. Dan memang penting!

'Irene??? Macam kenal je....' Siwon pernah mendengar nama perempuan ini. Nama dia ni yang keluar dari mulut Kai.

"Boleh tapi buat masa sekarang ni Taehyung tak duduk sini. Dia tinggal dengan keluarga dia dulu" ujar Siwon. Selepas pergaduhan antara Kai dan Taehyung tercetus, dia mahu duduk dengan keluarganya. Katanya tak nak menambahkan masalah. Dan juga dia ada bagi amaran pada Kai dan Jimin jangan amik peduli pasal dia.

"Kalau macam tu boleh tak Encik bagi alamat yang dia tinggal sekarang ni?" Rayu Irene. Dia takut Siwon tidak mahu bagi. Tetapi nampaknya Siwon menganggukkan kepala. Dia mengeluarkan kertas dan menulis alamat tersebut dan menyerahkan kepada Irene. Irene tersenyum gembira. Dia tidak kisah kalau Siwon mahu memberitahu Kai tentang kedatangannya ke sini. Janji dapat berjumpa dengan Taehyung!

"Kamsahamnida Encik! Saya betul-betul hargai Encik. Terima kasih lagi sekali!" Irene menundukkan kepalanya. Dia memberikan penghormatan kepada Siwon walaupun dia hanyalah seorang driver. Sopan betul Irene ni. Siwon hanya tersenyum lebar. Dari sudut hatinya dia nampak yang Irene ni tak seperti perempuan di luar sana.

--

Irene mengetuk pintu rumah milik Taehyung sama je milik keluarganya juga. Entah kenapa dalam perjalanan semasa dia hendak ke sini dia berasa sangat berdebar. Jantungnya sangat laju bagaikan kereta yang sedang berlumba untuk mendapatkan tempat pertama. Dia cuba untuk menenangkan dirinya tetapi tidak berjaya juga.

Pintu dibuka dari dalam. Terlihat susuk tubuh seorang lelaki membuka pintu. Tetapi itu bukan Taehyung. Jadi mana perginya Taehyung? Takkanlah driver tadi menipu dia? Tak mungkin lah tapi apabila Irene melihat wajah lelaki itu dia ada iras Taehyung sedikit. Maknanya itu abang dia!

"Nae? Cari siapa?" Soal Baekhyun sambil mengangkat kening sebelahnya. Dia nampak....comel!

"Saya cari Taehyung. Ni rumah dia ke?" tanya Irene hendak kepastian. Nanti salah alamat buat malu je.

"Ye tapi Taehyung tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang ni. Dia perlukan ketenangan" terang Baekhyun. Ketenangan? Mungkin dalam 3 hari ni kan. Ok juga dia tak datang sekolah. Tak banyak masalah mendatang.

"Awak tolong cakap dekat dia, saya Bae Irene betul2 nak jumpa dia. Saya pasti dia nak jumpa saya juga" kata Irene. Dia memang yakin yang Taehyung hendak berjumpa dengannya. Lagipun si Taehyung ni memang sukakan Irene. Baekhyun masuk ke dalam rumah sekejap kerana hendak memberitahu Taehyung. Tidak sampai 5 minit.......

"Taehyung memang memerlukan awak sekarang ni. Pergi ke bilik dia. Bilik dia hujung sekali tau sebelah kanan. Kalau awak tak nampak juga, dekat pintu bilik dia ada tulis nama 'Kim Taehyung'"terang Baekhyun panjang lebar. Irene hanya menganggukkan kepalanya. Dia terus masuk ke dalam rumah itu dan menuju ke bilik Taehyung. Pintu bilik diketuk perlahan. Senang je jumpa bilik Taehyung walaupun rumah ni mempunyai banyak bilik.

"Awak.....saya ni Irene. Saya datang nak jumpa awak" kata Irene lembut. Dia tidak mahu mengusutkan masalah Taehyung. Hari ini dia mahu jadi pendengar kepada Taehyung. Tujuannya ke sini untuk membincangkan berkenaan hal haritu tetapi apabila dapat tahu yang Taehyung mempunyai masalah terus dia mahu menolong.

Pintu dibuka dari dalam dan muncul kelibat Taehyung yang sudah lama dia tidak jumpa. Kesiannya dia. Nampak macam tak terurus. Dengan rambut kusut masai. Baju bersepah sana sini. Takpe! Irene akan pastikan masalah Taehyung akan berkurangan.

"Irene!!! Saya rindu awak!!" Terus tubuh Irene dipeluk oleh Taehyung. Dia sangat merindui gadis kesayangannya ini. Air mata terus jatuh. Tidak dapat menahan lagi. Memang benar apabila Irene berada disampingnya, dia berasa sungguh tenang. Masalah yang dihadapinya seakan-akan hilang.

TBC

Apa yang berlaku seterusnya? Bersabar lah ye. Author kadang2 ikut mood. Kalau rajin author memang betul2 rajin macam harini author update part 22 semalam baru je update part 21. Kalau malas, author betul2 malas. Kene tunggu beberapa hari hah tunggulah kau :*
Sekian, Kamsahamnida, Gomawo, ^^


Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now