Part 27

873 37 3
                                    

"Bestnyaaaaa" jerit Eunji sambil kedua belah tangannya menongkat dagu.

"Hah? Apa yang best?"

"Jimin pandang aku tadi. Yang pasti aku tak balas pandangan dia. Saje buat-buat tak nampak heheheheh" balas Eunji. Irene tersenyum.

"Hm untung kau! Habis sekolah nanti kau balik dengan siapa?" Tanya Irene. Eunji mengerutkan dahinya.

"Macam biasa dengan kau lah. Takkan dengan Jimin pulak" sengaja Eunji menyelitkan nama Jimin.

"Ishh kau ni main-main pulak" Irene buat-buat merajuk. Eunji sengaja hendak memanggil Kai walaupun Jimin juga berada disitu. Eunji baru sahaja hendak bangun cepat-cepat Irene menariknya. Takkan lah Eunji nak buat betul-betul!

"Tahu takut. Merajuk lagi kang aku suruh Kai pujuk kau!" Jerit Eunji. Suaranya yang kuat membuatkan semua memandangnya lagi-lagi Kai! Sudahlah Eunji menyebut namanya.
Argh malunya! Kai memandang kosong ke arah mereka lalu menyambung bermain henfonnya.

--

Irene sudah sampai dirumah. Dia mahu merehatkan dirinya kerana dia perlu bersiap-siap sebelum pukul 8 malam. Penat pun belum hilang lagi.

"Irene!! Irene!!" Laung Puan Bae dari biliknya. Irene yang baru sahaja hendak melelapkan matanya terus tak jadi tatkala mendengar namanya dipanggil. Irene terus pergi ke bilik milik omma dan appanya.

"Nah! Untuk kamu. Mesti cantik kan" Puan Bae memberi dress itu kepada Irene. Irene membelek-belek dress dengan tekun (?) Memang cantik sangat sesuai untuknya.

"Omma...."

"Appa beli untuk anak kesayangan dia sorang je. Kamu pakailah ye" rayu Puan Bae. Irene tahu dress itu mahal dan dia juga kesian dengan appanya itu. Semua keperluan Irene, Tuan Bae akan usaha untuk dapatkannya. Irene sangat terharu.

"Mana appa?"

" Appa keluar sekejap. Balik nanti dia nak tengok kamu pakai dress ni. Mesti appa suka" kata Puan Bae sambil tersenyum. Irene memeluk tubuh Puan Bae erat.

'Gomawo appa...'

--

Kai menekan punat loceng diluar rumah. Ditekannya banyak kali sehingga pagar secara automatik terbuka sendiri. Lalu Kai segera masuk dan mengetuk pintu rumah.

'Lambatnyaaa bukak' getus Kai.

"Omma!!! Kai dah sampai ni!" Jerit Kai. Almaklumlah rumah besar so Puan Kim tak dengar suara Kai.

Pintu dikuak dan terpapar seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Itu maidnya yang sudah lama berkerja di rumah itu. Kira-kira 6 tahun. Fuh!

"Eh Kai...maaf ye lambat bukak..."

"Mana omma?"

"Ada di dapur. Tengah siapkan makan malam untuk tetamu" ujar maid itu.
Puan Kim bukanlah seorang yang jahat sehingga mendera maidnya itu melakukan kerja-kerja rumah. Dia sebagai seorang wanita dan juga isteri masih memegang tanggungjawab membuat kerja rumah seperti memasak. Kai segera masuk dan meletakkan bag di atas sofa berkulit. Dia terus menuju ke dapur untuk berjumpa ommanya.

"Omma!!"

"Oii anak aku gila!!" Melatah Puan Kim. Kai tergelak. Hahahahaha.

"Ishh apa kamu ni. Terkejut omma tau. Dah lama ke sampai?" Soal Puan Kim yang sedang memasak Spaghetti Carbonara. Ada juga mushroom soup dan macaroni cheese. Nampaknya Puan Kim mahu  membuat masakan style barat.

"Taklah baru je. Hmm sedapnya. Tak sabar nak makan" Kai menikmati aroma dari carbonara itu. Pasti memikat seleranya.

"Ni kita makan malam dengan tetamu sekali. Dah pergi rehat dulu. Jangan lupa malam nanti turun bawah" pesan Puan Kim sambil mengacau mushroom soup pula.

"Siapa tetamu tu? Kai kenal ke?" Soal Kai. Puan Kim menoleh Kai lalu tersenyum.

"Kawan lama omma. Dia special guest. Rasanya dia ada anak perempuan sebaya dengan kamu tak silap omma. Takpe tunggu je malam nanti" terang Puan Kim. Tiba-tiba jantung Kai berdegup laju. Apahal tetiba jadi macam ni? Kai cepat-cepat naik ke atas setelah mengambil begnya di ruang tamu.

"Huh penat! Dengan malam nanti lagi. Siapa anak kawan omma tu eh? Cantik ke tak?" Kata Kai sambil berbaring. Sebuah mesej masuk dan Kai terus memeriksa mesej tersebut.

"I nak jumpa you malam ni. Jangan bagi alasan" -Seolhyun

'Haih dia ni kang ada jugak aku putus dengan kau'

"Im so sorry but malam ni ada guest nak datang. Sorry again" -Kai

"I nak jumpa you jugak. Tak kira siapa yang nak datang. Siapa suruh you tak layan i dekat sekolah tadi" -Seolhyun

'Eyy rasa cam nak campak fon pun ada! Haih sabar Kai! Dia yeochin kau!'

"Kita jumpa dekat sekolah je" -Kai

"Kalau macam tu i datang rumah you malam ni. Give me your address now!! " -Seolhyun

"Lantak kau lah. Mengada-ngada!" Mesej dari Seolhyun dibiarkan. Malas nak layan. Tidur lagi best!

--

"Wahh cantiknya anak appa" puji Tuan Bae pada Irene. Irene tersenyum lebar. Memang betul dia nampak cantik! Rambutnya digayakan seperti gambar di bawah. Eunji yang mengajarnya. Kata Eunji, Irene nampak sesuai dengan gaya tersebut.

P/S: Ni gambar betul Irene ^^

"Omma dan appa nampak serasi!" Puji Irene pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Omma dan appa nampak serasi!" Puji Irene pula. Mereka berdua tersenyum.

"Abang dah siap?" Tanya Puan Bae.Tuan Bae hanya mengangguk.

Jom gerak sekarang. Takut kawan saya tunggu lama kat sana" kata Puan Bae pada Tuan Bae. Mereka keluar dari rumah. Puan Bae mengunci pagar sementara Tuan Bae menghidupkan enjin kereta.

Irene mula menjadi tidak tentu arah. Dapat rasakan jantungnya pantas berdegup kencang.

'Irene, kenapa dengan kau ni! Nak jumpa kawan lama omma je bukannya nak kahwin dengan Kai'

Apabila sudah selesai, kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Dup dap! Dup dap!

'Tolong berhenti wahai jantungku'

--

"Kai!! Turun bawah tolong omma!!" Jerit Tuan Kim dari bawah. Kai yang baru sahaja siap segera turun bawah. Tetapi dia tidak membawa henfonnya sekali kerana dari petang tadi berbunyi. Ada mesej dan call. Itu semua dari Seolhyun.

"Hah tolong ambil makanan dekat dapur lepastu susun atas meja" arah Tuan Kim apabila Kai sudah berada di bawah.

"Kai tak reti lah nak susun-susun ni. Suruh omma jelah eh" kata Kai.

"Omma tengah bersiap"

"Hm yelah" Kai mengambil makanan dan mula menyusun. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng dari luar rumahnya.

'Ting tong! Ting tong'

Maid itu segera membuka pagar dan pintu utama. Kai hanya berdiri di meja makan. Sebenarnya dia tengah lapar tu. Puan Kim juga sudah turun dan menuju ke pintu. Dipeluknya erat kawan lamanya itu.

"Berdua je? Mana anak awak?" Soal Puan Kim apabila melihat Puan dan Tuan Bae sahaja di muka pintu.

"Irene!!!"

TBC

First nak cakap panjang woahh chapter kali ni. Sebelum ni mana pernah author buat sampai 1K tetiba nak buat. Takpe untuk readers sekalian ok bye!

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now