Kai segera keluar dari bilik Irene dan turun ke bawah. Dia melihat Puan Bae sedang sibuk mengemas rumah.
"Ahjumma, saya balik dulu" Kai meminta diri untuk pulang. Puan Bae mengangguk. Tetapi Kai tidak memberitahu Puan Bae tentang Irene terjatuh di shopping mall. Dia takut kerana semua disebabkan dirinya.
"Sorry lambat" kata Kai setelah masuk kedalam kereta. Dia duduk di seat sebelah pemandu. Kai mengeluh seketika. Terfikir akan sesuatu.
"Wae? Ada apa-apa masalah ke? Kalau tak kesah share lah dengan aku" ujar Siwon sambil fokus memandu.
"Aku ni jahat sangat ke?"
"Kau tak jahat tapi kau ego. Hati kau tu keras sampai boleh buat hati orang lain sakit..macam Ire..." Siwon berhenti dari berkata. Dia tahu dia sudah terlepas cakap dengan menyebut nama Irene. Kai meraup wajahnya.
"Memang pun. Kenapalah aku bodoh sangat buat macam tu..aku hina dia, aku marah dia. Aku...aku cuma tak suka tengok dia..bila nampak dia je mesti jantung aku berdebar..aku benci perasaan tu!" Ujar Kai panjang lebar. Air mata hampir gugur tapi cuba ditahannya. Dia taknak nampak sebagai lelaki yang lemah dihadapan Siwon.
"Aku faham..tapi itulah orang kata cinta..sebenarnya kau dah lama cintakan dia tapi disebabkan ego, kau sedaya upaya cuba untuk benci dia. Tapi sekarang ni kau dah berubah..kau dah boleh terima dia sikit-sikit. Aku suka bila kau macam ni.." terang Siwon. Kai terdiam seketika. Dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya dahulu. Keychain yang dipegangnya dari tadi digenggam kuat.
--
Call me baby ,
i geolineun wanjeon nanliya"Omo!!" Melepas telefon baru itu ke tangan Irene. Dia terkejut terdengar deringan di telefon itu. Telefon itu baru dikeluarkan dari kotak tetapi ia sudah berbunyi. No telefon orang lain pun dia tidak simpan lagi.
Call me baby ,
salamdeul saineun namiyaCall me baby , hamkkehaneun mae sungani
Like BOOM, BOOM, BOOM, BOOM, BOOM What up!
Akhirnya Irene menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Menggigil jarinya hendak menekan 'Answer'.
"Yoboseyo?" -Irene
"Ni aku Kai. Kenapa lambat sangat nak jawab?" -Kai
"Oh saya minta maaf" -Irene
"Aku dah settingkan henfon kau tu. Kau jangan nak usik apa-apa. Kalau tak faham ke tak tahu tanya aku and ada syarat nak guna henfon ni" -Kai
"Mwo? Syarat?" -Irene
"Dengar sini. Henfon ni aku yang beli so aku akan tetapkan syaratnya kalau kau tak ikut, aku akan..." -Kai
"Okay okay saya ikut" -Irene
"Aku hantar guna message. Bye" -Kai
Irene setia melihat skrin henfon itu. Menunggu mesej masuk dari Kai. Apa agaknya syarat yang Kai nak bagi? Dalam beberapa minit, sebuah mesej masuk. Laju tangannya membuka peti mesej itu. Wow macam banyak je!
From : Unknown
Syarat dari aku :
1) Kau boleh simpan no Eunji.
2) Aku akan check henfon kau setiap hari dan aku je boleh tetapkan password kau
3) *TAKE NOTE* Jangan simpan no telefon namja selain aku. Itu paling penting!
4) Jawab cepat bila aku call kalau lambat bagi alasan yang kukuh atau kau akan dikenakan denda.
5)Save nama aku as 'ML Kai'
6) Letak wallpaper depan gambar aku
7) Lagu jangan tukar sebab aku suka ringtone tu. Orang yang first nyanyi tu macam suara aku.
8) Gambar pula hanya ada gambar aku dengan kau JE!!
9) Jangan hilangkan teddy bear dekat henfon kau tu
10) Thanks for the keychain.Itu je syarat aku kecuali no 10. Aku rasa senang je syarat aku. Aku nak jumpa kau esok. Ok bye.
Setelah selesai membaca syarat yang Kai beri, Irene terdiam seketika. Kenapa Kai memberi syarat sebegitu? Adakah Kai mulai suka pada dirinya?
Tapi tak pernah Kai mengungkapkan kata cinta padanya."Selamat malam Kai" kata Irene lalu baring diatas katil. Kakinya masih terasa sakit akibat kejadian petang tadi. Ingatkan taknak datang sekolah tapi bila Kai kata nak jumpa esok terus dia mahu datang. Kesian Kai pulak.
--
"Nak ke si Irene tu letak nama ML Kai? Takpe dia bukan tau ML tu apa" kata Kai sambil melihat keychain itu. ML tu bermaksud my love. Maknanya Irene akan save nama Kai sebagai 'My Love Kai'. Sengaja dibuat macam tu.
"Kau ni manja jugak kan. Jatuh sikit nak kena dukung. Takut sikit nak kena peluk" Kai tertawa sendirian. Terngiang-ngiang dikepalanya saat Irene berkata padanya.
"Kai, jangan tinggalkan saya..sayakan nyawa awak"
"Gila. Berani jugak kan kau cakap macam tu tapi kau tak berani bila aku kiss kau. Tak sabar nak jumpa kau esok" Kai merebahkan badannya ke katil lalu memeluk bantal yang berada disebelahnya. Dia membayangkan bantal itu seperti dia memeluk Irene. Semakin erat pelukan di bantal itu.
'Goodnight Irene. Aku harap kau mimpi pasal aku'
TBC
Sorry kalau part ni tak best. Tapi nanti ada part yang best dan mencabar tahap gila nak mampus. Part tu akan mendera akal serta jiwa korang lepastu boleh buat korang menjerit serta campak henfon atau segala benda disekeliling korang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jkjk why so serious hahahahaha ok bye readers. Selamat tinggal ~
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
AlteleBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...