Setibanya di sekolah, Irene menjalankan tugasnya seperti biasa. Menunggu kedatangan Eunji dan mungkin Kai sekali. Dia masih teringat akan mesej misteri itu. Betul kata Seolhyun akan adaorang yang mengacaunya kerana hubungan dia dan Kai rapat sejak belakangan ini. Mungkin sekali tepat dikatakan 'jealous' orang itu terhadap Irene.
"Hye Irene!" Tegur Seolhyun apabila Irene melalui depan kelasnya. Perjalanan Irene terhenti seketika dek ditegur Seolhyun. Irene tersenyum.
"Macam mana harini? Sihat? Ada apa-apa cerita ke? If you dont mind just share with me!" Ujar Seolhyun. Sengaja dia bertanya begitu supaya Irene ingat akan mesej tersebut.
"Seolhyun, saya rasa betul lah apa yang awak cakap tu. Adaorang kacau saya. Semalam dia hantar satu mesej tapi saya tak balas. Saya takut.." ujar Irene. Dia seakan tampak betul-betul takut apabila terkenangkan mesej itu.
"So macam mana? Kau nak stay je dengan Kai? I think lebih baik kau jauhkan diri dari dia. Thats good kalau kau buat macam tu!" Seolhyun memberi pendapat yang agak bernas.
"Saya nak stay je. Awak tahu kan saya tak pernah berputus asa?" Kata Irene.
"Shit!"
"Eo? Apa awak cakap tadi?" Irene tidak dapat menangkap apa yang Seolhyun katakan tadi kerana pemikirannya ke lain.
"Aku cakap mesti Kai bangga dapat kau" ujar Seolhyun.
"Em saya masuk kelas dulu" belum sempat Irene ingin melangkah Seolhyun bersuara.
"Eh kejap-kejap. Aku nak jumpa kau malam ni boleh?" Soal Seolhyun. Irene mengerutkan dahi. Pelik juga Seolhyun ni.
"Nak jumpa? Untuk apa? Dekat mana?" tanya Irene bertubi-tubi.
"Aku ada hal sikit nak bincang. Dekat hotel. I mean dekat tempat makan. Hotel kan ada tempat makan so aku dah tempahkan tempat untuk kau, aku and sorang lagi. Special guest yang boleh membuatkan kau happy!" Terang Seolhyun. Dia memilih tempat sebegitu agar boleh melakukan rancangannya dengan mudah.
"Em tengoklah dulu macam mana. Tapi saya tak tahu tempat tu. Awak hantar location dekat saya. Saya bagi nombor fon saya" kata Irene lalu memberikan nombor telefonnya pada Seolhyun. Tetapi dia lupa akan syarat yang Kai berikan. Seolhyun sudah tersenyum kegembiraan. Rancangannya akan berjaya tak lama lagi.
"But remember this! Jangan bagitahu Kai pasal ni. Kau cakap je ada hal dan dia tak boleh ikut. Faham?" Irene menganggukkan kepalanya. Lalu dia meminta diri untuk ke kelas.
"Congrats Irene. Macam ni lah baru aku tak benci kau. Senang je nak ikut cakap aku. Huh kau tu lurus bendul!" kata Seolhyun lalu masuk ke kelas.
--
"Irene" tegur Kai apabila dia baru masuk ke dalam kelas. Jelas hanya Kai seorang yang bar tiba kerana tidak nampak kelibat Taehyung dan Jimin bersamanya. Mungkin mereka pergi ke tempat lain.
"Y-ye?"
"Aku mintak maaf" ucap Kai.
"Awak takde buat salah dekat saya" kata Irene. Dia menundukkan wajahnya. Jarinya digenggam erat.
"Habistu yang semalam kau kena maki hamun tu apa benda? Itu kau cakap tak salah? Kau buat aku semakin serba salah bila kau cakap macam ni" ujar Kai. Dia mengangkat dagu Irene supaya memandang wajahnya. Pastilah jantung Irene bagaikan ingin meletop. Sudah masuk kali kedua Kai berbuat begitu.
"Aku nak kau lupakan apa yang terjadi semalam. Aku tahu kau sedih bila aku cakap macam tu. Aku taknak kau disakiti sebab aku. Aku taknak!!!" ujar Kai. Mata mereka saling bertembung. Irene tersenyum lalu ditolak perlahan tangan Kai yang memegang dagunya. Ini kerana Eunji sudah datang dan ternampak semuanya.
"Ops sorry kacau" kata Eunji lalu mengambil tempat duduknya. Kai mengeluh. Baru sahaja ingin beromantik ada saja manusia yang mahu mengacaunya -,-
'Aduh kacau jelah dia ni. Lain kali datang lah lambat!' Kata Kai didalam hati.
"Takpe awak, saya tak kisah pasal malam tadi jangan risau" ujar Irene sambil tersenyum.
"Hm bagus lah. Harini aku tak check henfon kau tapi kau tetap kene ingat syarat aku. Tahu kan denda apa yang aku nak bagi nanti?" Soal Kai. Irene mengangguk. Eunji sudah tertanya-tanya apa yang berlaku kerana dia tidak tahu mengenai hal tersebut.
"Aku pergi dulu bye" kata Kai sambil mengenyitkan mata. Irene sudah tersipu malu. Eunji mencubit pergelangan lengan Irene.
"Kau simpan rahsia bukan nak bagitau aku"
"Rahsia apa?"
"Apa yang Kai cakap tu lah. Aku tak tahu apa-apa pun!" Eunji buat-buat merajuk supaya Irene mahu memberitahunya.
"Kai akan check henfon aku setiap hari. Henfon ni dia yang bagi sebab haritu dia yang rosakkan henfon lama aku. Lepastu dia bagi aku syarat kalau aku tak ikut dia akan..."
"Akan apa? Cepatlah bagitahu Irene!"
"Teka lah"
"Mana aku tahu! Bagitahu lah! Jebal!" Kata Eunji sambil mengelipkan kedua belah matanya.
"Ingat comel ke? Yelah aku bagitahu tapi lepasni kau kene belanja aku makan. Boleh?" Ujar Irene sambil mengangkat kedua keningnya.
"Hah apa-apa jelah!" Kata Eunji. Dia sudah tidak sabar ingin mengetahui. Irene menarik Eunji lalu berbisik ditelinganya.
"Dia akan kiss aku"
"Wahhhh daebak!!!! Dia pernah kiss kau sebelum ni?" Soal Eunji. Irene tersenyum lalu mengangguk.
"Dia lah first kiss aku" kata Irene.
TBC
Author nak minta maaf sebab updated lambat T-T Idea taknak keluar pulak -,- author rasa part ni cam tak best pulak hm. Author paksa otak supaya keluarkan idea even dia nak larikan diri huhuhuhu. Mungkin dia tengok first kiss yang ada Kai tu kot hmm mungkin.
#Jangankecamauthor
#Ideataknakkeluar
#salahkanotakauthor
#janganlahnantidianangis
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RandomBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...