"Ada apa-apa yang tak kena ke? Omma kenal sangat dengan anak omma ni. Kalau call mesti ada benda yang tak kena kan?" Ujar Puan Kim ditalian. Dia dapat merasakan bahawa anak lelakinya itu mempunyai masalah tetapi sudah tentu Kai akan menafikannya.
"Kai betul-betul rindu masakan omma. Boleh tak omma masakkan yang sedap-sedap nanti Kai suruh Siwon tolong amikkan dekat sana" ujar Kai sambil meneliti keychain pemberian Irene.
"Arasseo! Omma masak special untuk kai. Ni nak tanya Kai dengan Irene kawan rapat ke?" Soal Puan Kim. Kai mengerutkan dahi. Tidak disangka soalan itu akan disoal oleh ommanya.
"Kenapa omma?"
"Omma saje je tanya"
"Oklah Kai nak mandi dulu jangan lupa permintaan Kai tadi" ujar Kai sengaja tidak mahu jawab soalan tersebut. Dengan cara ini sahaja dia dapat melarikan diri.
"Ye Kai, sekarang jugak omma masak. Jaga diri jaga kesihatan. Apa-apa call omma tau bye sayang" pesan Puan Kim pada anaknya. Risau benar jika berlaku apa-apa yang tak diigini pada diri Kai walaupun dia sudah membesar dan pandai menjaga diri.
"Omma pun sama jaga kesihatan. Oklah bye!" kata Kai lalu memutuskan panggilan. Terdetik dihatinya ingin berhubung dengan gadis kesayangannya. Kai mencari nama Irene di contact lalu diswipekan ke bahagian hijau menandakan call.
"Hello Kai" -Irene
"Hah nak apa?" -Kai
"Awak kan yang call saya?" -Irene
"Oh yeke. Sebenarnya ak-aku....aku...aku saje je call kau...nak hilangkan bosan" -Kai
"Ahm awak okay ke ni?" -Irene
"Kenapa? Kau risau kan?" -Kai
"Haah saya risau awak sakit" -Irene
"Kau tu okay tak? Aku minta maaf layan kau kasar tadi tapi tu bukan niat aku nak buat macam tu. Aku ada problem sikit tapi kau tak payah tahu lah' -Kai
"Takpe, saya tak ambil hati pun. Saya kenal awak dah lama tak mungkin saya nak merajuk atau marah awak kan?" -Irene
"Okaylah aku letak dulu bye" -Kai
"Jaga diri dan kesihatan tau bye" -Irene
Setelah akhiri perbualan diantara mereka, Kai merehatkan badannya diatas katil. Nasib baik mulutnya tidak terlepas cakap "i love you" kalau tidak hilang sementara egonya kerana tiga ucapan tersebut. Tak disangka lah pulak pesanan Irene tadi sama macam pesanan ommanya.
'Aku ni teruk sangat ke sampai semua orang nak suruh aku jaga diri? Bukannya aku nak bunuh diri pun' getus Kai. Memanglah dia ego seteruk-teruknya tapi takdelah sampai tahap nak cuba bunuh orang setakat nak 'menyeksa' orang tu ada sesekali jugalah itupun dia benar-benar benci tahap nak terjun bangunan Burj Khalifah haihh teruk sangat tu.
--
Telefon Seolhyun berdering lalu dia melihat nama yang tertera di skrin.
'Kim Jinhwan'
"You nak apa kali ni?" Soal Seolhyun selepas menjawab panggilan tersebut.
"I nak tanya you lah sayang, boleh?" Kedengaran Jinhwan sedang gelak besar. Tidak tahu apa yang lawak sangat takkan tanya pun kelakar?"Tak payah nak main sayang-sayang lah! I busy ni nak tanya apa pulak?"
"Ohhh busy...busy buat plan nak bunuh i pulak ke?" Seolhyun yang sedang duduk terus bangun apabila Jinhwan mengetahui apa yang dirancang untuknya. Siapa pulak yang bagitahu ni? Tiba-tiba nama seseorang menerjah masuk ke dalam fikiran Seolhyun. Dia melepaskan nafas kasar apabila sudah mengetahui siapa dalang yang memberitahu Jinhwan.
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RastgeleBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...