'Pabo kau Eunji! Buat apa nangis untuk Jimin sedangkan dia tak suka kau!'
"Eunji??? EUNJI!!!" jerit Taehyung. Lamunan Eunji terhenti seketika.
"Kau okay tak?" Eunji mengangguk.
"Kau ketepikan Jimin dulu. Sekarang ni kita bincang pasal benda ni. Apa sebenarnya yang terjadi?" Soal Taehyung pelik.
"Aku tak tahulah! Apa kata kalau kita jumpa Irene dengan Kai? Sebab benda ni mesti berkaitan diaorang. Aku tahu Seolhyun tu nak buat benda jahat dekat Irene supaya dia dapat Kai balik!" Terang Eunji. Taehyung sekadar mengangguk tanda setuju.
"Balik ni kita jumpa diaorang! Aku akan paksa Jimin ikut sekali!"
"Takpelah, biar jelah dia taknak join. Aku taknak dia marah aku macam tadi!" Ujar Eunji sambil tersenyum. Ingin menyimpan perasaan sedih itu.
--
"Hey, kau okay tak ni?" Soal Kai. Mereka sudah tiba dihadapan rumah Irene. Irene gelisah. Jantungnya berdegup laju!
"Saya takut"
"Kalau benda ni bukan salah kau, kau tak patut takut! Trust me! Aku ada kan? Jangan takut! Biar aku ceritakan dekat omma dan appa kau apa yang terjadi!" Ujar Kai lalu mengetuk perlahan daun pintu. Dalam beberapa saat, pintu dibuka dari dalam dan muncul kelibat Puan Bae dan Tuan Bae. Irene terus sahaja memeluk mereka walaupun dia berasa takut sekarang ini. Dia rindu dengan wajah dihadapannya ini.
"Irene!!! Kenapa tak balik semalam? Kamu buat kami risau tahu tak. Nasib baik kawan kamu ada telefon appa!" Ujar Tuan Bae. Irene melepaskan pelukannya dan mengesat air mata yang mulai mengalir.
"Kawan Irene? Si-siapa?" Soal Irene pelik. Kai mula mengerutkan dahinya. Tak mungkin! Takkanlah Seolhyun sudah menceritakan apa yang terjadi?
"Kawan kamu, Choa! Dia kata kamu belajar dekat rumah dia tapi masatu kamu dah tertidur...jadi dia minta izin appa untuk bagi kamu tidur disana.." terang Tuan Bae. Irene menarik nafas panjang lalu dihembuskan. Dia tahu itu semua Seolhyun punya kerja.
"Kenapa Kai datang sini? Tak pergi sekolah ke?" Soal Puan Bae pula yang baru perasan bahawa Kai ada bersama Irene.
"Sebenarnya Kai..." belum sempat Irene memberitahu pantas Kai memotong.
"Sebenarnya Kai ada benda nak bagitahu ahjumma dengan ahjusshi. Ini berkaitan Irene" kata Kai sambil memandang Irene yang sudah menunduk.
"Mari masuk! Kita cakap dekat dalam!" Jemput Tuan Bae. Kai dan juga Irene melangkah masuk. Irene semakin gelisah tetapi dia cuba untuk bertenang. Tak mahu diperasan oleh omma dan appanya.
"Ahjumma buatkan air untuk kamu ye" Baru sahaja Puan Bae hendak bangun Kai menghalang. Lalu Puan Bae duduk disebelah suaminya.
"Takpe, Kai datang sini sekejap je sebab ada benda penting nak bagitahu" ujar Kai. Dia menarik nafas. Takut juga hendak bercerita apabila melihat wajah serius Tuan Bae.
"Sebelum tu Kai mintak ahjumma dan ahjushi jangan marahkan Irene sebab dia tak bersalah dalam hal ni" ujar Kai. Irene yang berada di sebelah Kai hanya menunduk dan berdiam diri. Mereka berdua sekadar mengangguk.
"Sebenarnya Irene kena perangkap. Irene bagitahu Kai yang dia kene jumpa dengan yeoja yang bernama Seolhyun. Dia cakap ada hal penting. Seolhyun tu memang dah lama bencikan Irene sebab...." belum sempat Kai bersuara pantas Irene memotong. Dia tidak mahu Kai terlibat dalam hal ini.
"Omma, appa percayalah Irene!!! Memang malam tu Irene jumpa dia tapi....ada kawan lelaki dia jugak...mula-mula Irene taknak jumpa dia tapi bila dia cakap ada hal penting jadi Irene terpaksalah pergi dekat hotel...masa Irene dah sampai, dia bagi Irene air sebab Irene memang dahaga dan tiba-tiba kepala Irene pening sangat...Irene nak balik tapi dia tak bagi dan masatu terus Irene pengsan...." terang Irene. Ketakutan semakin melandai dirinya. Tetapi baru dia teringat pesan Kai padanya tadi. Ye dia tidak patut takut kalau ini bukan salahnya.
"Apa yang terjadi Irene? Jangan cakap kamu dah kene..."
"Ani omma!!! Masa Irene bangun tiba-tiba kawan lelaki dia ada sebelah Irene...tapi percayalah Irene tak mengandung!! Omma, appa....Irene tak buat apa-apa dengan lelaki tu..Percaya lah!! Jebal!!" Rayu Irene sambil menangis teresak-esak. Puan dan Tuan Bae sangat kenal dengan anak perempuannya itu. Mereka percaya Irene tidak membuat kerja sebegini. Tetapi mereka terlalu marah pada yeoja yang membuat niat jahat terhadap anaknya.
'Aku akan bunuh lelaki yang buat Irene merana!' Ujar Kai didalam hati.
"Irene, kami percaya! Kamu satu-satunya anak yang tak pernah menghampakan kami...kamu dijadikan mangsa untuk dia melakukan niat jahat..kalau boleh appa nak dia dengan kawan lelakinya itu dimasukkan penjara! Tapi kami bersyukur yang kamu tak mengandung!" ujar Tuan Bae. Irene mengelap air mata yang berguguran. Dia tersenyum lalu memeluk omma dan appanya. Nasib baik mereka pun percayakan Irene. Kai yang melihat anak beranak itu berpelukan tersenyum suka.
"Tapi kawan kamu, Choa telefon appa malam tadi"
"Tu lah Seolhyun, appa! Dia sengaja telefon taknak bagi omma dengan appa risaukan Irene. Lepastu dia sengaja gunakan nama kawan baik dia! Kalau guna nama dia habislah rancangan dia! Oh....patutlah dia saja je berbaik dengan Irene!" Ujar Irene. Baru dia dapat tahu kenapa Seolhyun mahu berbaik dengan dia.
"Ahjumma, ahjusshi jangan risau lepasni Kai akan jaga Irene. Dia akan selamat kalau Kai ada! Irene memang perlukan Kai setiap masa! Kan Irene?" Sengaja Kai mengusik Irene. Merah padam Irene dibuatnya. Puan dan Tuan Bae tersenyum melihat Irene diusik.
"Bagus jugak tu. Lagipun kami dengan Kai dah kenal kan. Kami harap Kai boleh jaga Irene! Kai satu-satunya lelaki yang kami percayai!" Ujar Puan Bae. Kai tersenyum bangga.
"Oklah Kai nak kene balik ni! Kalau ada masa kita jumpa lagi!" Kai bangun diikuti Irene jugak. Irene menemani Kai sampai ke muka pintu.
"Gomawo awak sebab tolong saya!"
"Aku rasa aku baru ceritakan sikit tapi kau dah potong. So kiss yang kau bagi tu percuma lah kan?" Kata Kai. Irene mengangkat bahunya. Malu pula bila teringat kejadian tadi.
"Lepasni nak buat lagi?"
"Taknak..saya menyesal!"
"Hm tahu pun! Lain kali ikut aje cakap aku! Aku tahu apa yang terbaik untuk kau!" Kata Kai. Irene mengangguk. Kai mencubit hidung Irene. Habis merah hidungnya.
"Comel! Hm aku pergi dulu! Kita jumpa dekat sekolah! Bye!" Ucap Kai lalu segera masuk kedalam perut kereta kerana Siwon sudah menunggunya lama. Irene masih di muka pintu sehinggalah kereta itu meluncur meninggalkan kawasan rumah Irene.
"Haih dah puas tengok Kai? Omma tahu Irene suka Kai!" Kata Puan Bae lalu menghampiri Irene. Dia membelai kepala anaknya itu.
"Omma percaya dia terbaik buat kamu! Mula-mula masa kita dekat hospital sampai sekarang omma boleh nampak yang kamu berdua sangat sesuai! Omma tahu apa yang terbaik buat anak omma ni! Percayalah dia dapat lindungi kamu. Omma suka cara Kai sebab dia sanggup datang sini untuk ceritakan apa yang berlaku dan juga nasib baik Kai percayakan kamu! Kamu suka dia tak?" Soal Puan Bae. Irene mengangguk.
"Irene suka Kai sangat sangat sangat!" Kata Irene sambil tersenyum. Air matanya juga gugur tanda gembira. Dia dapat buktikan yang dia berjaya menawan hati Kai yang sekeras batu. Inilah Irene! Gadis yang tidak pernah berputus asa!
TBC
Part ni paling panjang dalam fanfic yang pernah author buat mungkin new year kot. So jangan lupa vote dan comments sebab lepasni kisah Irene dan Kai akan lebih sweet ^^
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
Ngẫu nhiênBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...