"Irene!!! Eunji datang ni!!" Laung Puan Bae dari aras bawah. Irene yang melihat gambar Kai terbantut kerana suara Puan Bae. Eunji menaiki anak tangga untuk ke bilik Irene. Dia sudah tahu selok belok rumah ini kerana beberapa kali jugaklah dia singgah disini atau menemani Irene apabila ibu bapanya tiada dirumah. Disebabkan itu dia menjadi sebahagian daripada keluarga ini.
"Masuklah!" Irene bersuara selepas sahaja kedengaran bunyi ketukan pintu. Eunji segera memulas anak tombol pintu dan perlahan-lahan masuk ke dalam ruangan bilik itu.
"Macam tak biasa pulak kau ni. Masuk jelah tak payah nak ketuk pintu!" Kata Irene. Eunji perasan wajah Irene jelas nampak yang dia ada masalah. Bermakna memang benarlah Seolhyun buat sesuatu yang tidak baik pada Irene.
"Kau macam mana harini? Sihat?" Soal Eunji memulakan perbualan. Dia tidak mahu nampak tergesa-gesa untuk bertanyakan soalan mengenai apa yang telah Seolhyun lakukan padanya.
"Sihat je. Wae? Kau ada benda nak bagitahu kan? Soalan ni jarang kau tanya aku melainkan kalau aku sakit!" Ujar Irene. Eunji menelan air liur. Dia menggaru-garu kepalanya.
"Macam ni, err... tadi..err a..aku.. eh tak...Seolhyun..dia..err.."
"Macam mana kau tahu?"
"Bu-bukan, aku terdengar perbualan dia dengan kawan dia..aku ada bukti nak dengar tak?"
Irene mengangguk. Eunji segera mencapai henfonnya dari poket dan membuka 'voice recorder'. Lalu ditekan dan terdengarlah suara Seolhyun sedang berbual. Irene tersenyum.
"Eh kenapa kau senyum? Kau tak percaya ni suara dia ke?" Soal Eunji pelik. Kali ini tawa Irene meletus.
"Eunji, thanks untuk tu tapi omma dan appa aku dah tahu and diaorang tak marahkan aku!" Ujar Irene gembira. Eunji ternganga. Maknanya tadi Irene berlakon macam dia ada masalah kan? Hishh budak ni.
"Oh tadi kau berlakon jelah? Hm buat aku risau je kau ni! Tapi apa-apapun kau selamat dan mak ayah kau percayakan kau!" Kata Eunji sambil memegang bahu Irene. Dia hampir terlupa akan Taehyung yang menunggu diluar rumah Irene.
"Sebenarnya aku bukan datang sorang, Taehyung ada sekali dia tunggu dekat luar. Kau jumpa dia eh? Dia betul-betul risau dengan kau!" Rayu Eunji. Irene berfikir sejenak lalu menganggukkan kepala. Mereka berdua segera menuruni anak tangga dan keluar dari pintu rumah.
"Taehyung!"
"Irene, awak okay tak? Apa yang dah terjadi?" Soal Taehyung lalu memeluk Irene. Irene terkaku dengan perbuatan Taehyung.
"Awak lepasni jangan peluk saya lagi. Saya taknak Kai salah faham" kata Irene. Dia tidak membalas pelukan Taehyung untuk menjaga hati Kai walaupun Kai tidak berada di sini. Dia seorang yang jujur!
"Saya minta maaf. Saya cuma risaukan awak. But this is my first and last hug for you! Awak jangan risau!" Ujar Taehyung sambil tersenyum.
"Takpe! Sebenarnya saya kene tipu dengan Seolhyun. Dia perempuan paling kejam! Dia lah yang buat saya tidur dengan lelaki yang tak guna!" Ujar Irene. Eunji dan Taehyung memandang antara satu sama lain.
"Aku harap dia akan dapat balasan!" Kata Eunji. Dia mengharapkan Irene dapat melupakan perkara pahit itu. Dan semestinya Kai menjadi salah seorang untuk menceriakan hari-hari Irene.
"Saya harap lepasni awak akan gembira dengan Kai. Awak dengan Kai sesuai mungkin itu jodoh awak. Saya balik dulu. Mungkin kita akan jumpa dekat sekolah tapi tak bertegur. Bye!" Ucap Taehyung lalu segera berlalu pergi. Air matanya gugur daripada ditahan semasa dihadapan Irene. Dia harus kuatkan hatinya! Dia bukanlah seorang lelaki yang lemah dengan perempuan yang bernama Irene. Soal cinta yang membuatkan hati dia lembut.
"Eunji, betul ke apa yang aku cakap tadi? A-aku buat hati dia sakit ke?" Soal Irene risau. Eunji memegang tangan Irene.
"Takpe sekejap je. Lepasni dia okay lah tu. Buat masa sekarang ni kau kena gembira sebab kau dengan Kai akhirnya bersama! Tengok aku ni...dari dulu sampai sekarang tak pernah dapat Jimin! Lagi kesian!"
"Eunji, bagi aku pulak ceramahkan kau! Kalau kita nakkan sesuatu mesti kita akan berusaha untuk dapatkan betul tak? Manade benda tu datang sendiri tanpa usaha. Jadi kalau betul-betul kau nakkan Jimin kau kenelah usaha yang paling penting jangan berputus asa. Lagi satu, kalau dia dah berpunya kau jangan rampas dia dari seseorang nanti orang gelar kau perampas. Okay?" Bebel Irene panjang lebar. Eunji terharu dengan ucapan Irene memang tak sia-sia lah dia membebel tadi. Eunji memeluk Irene.
"Gomawo Irene!! Aku sayang kau!" Kata Eunji. Irene membelai lembut belakang Eunji sambil tersenyum. Lalu mereka melepaskan pelukan.
"Alamak dah nak petang ni aku balik dulu. Bye jumpa esok!" Kata Eunji sambil menilik jam tangannya yang menunjukkan pukul 6:00 petang. Irene melambaikan tangannya.
"Annyeong!!!!" Jerit Irene apabila Eunji semakin jauh darinya. Eunji membuat perbuatan yang sama seperti Irene. Memang friendship goals lah dorang ni ^_^
--
"WHAT?!??!!"
"I am so sorry. Aku terlalu kesiankan dia! Aku tak sampai hati!"
"You ni bodoh ke apa? Mula-mula bersemangat nak buat last-last tak sampai hati! Eh you're so stupid! Kalau macam ni memang Kai percayakan Irene. Semua kerja yang i bagi you tak boleh buat!! Benda simple je tapi cuma you tu kesiankan dia!!!" Marah Seolhyun. Amarahnya meletus apabila Jinhwan memberitahunya bahawa dia tidak meninggalkan kesan atau tanda merah pada leher Irene. Kalau macam ni lebih baik tak payah buat!
"Seolhyun....."
"Mulai harini i tak nak tengok muka you and i taknak ada kene mengena pasal hal ini! So kita takkan kenal antara satu sama lain. I buat macam ni sebab you tak buat apa yang I suruh!" ujar Seolhyun sambil memeluk tubuh. Jinhwan berasa marah apabila Seolhyun berkata begitu. Gelas yang berada diatas meja dicampakkan ke lantai.
"Hey Seolhyun!!! You patutnya terhutang budi sebab separuh plan you, i yang rancang and siapa lagi you nak mintak tolong untuk tidur dengan Irene? Kai??? Of course i kan? Look, harini hari you then esok pulak hari i!! I'll make sure you regret one day!!" Jinhwan memberi amaran sebelum meninggalkan Seolhyun seorang diri.
'Okay i nak tengok macam mana you buat tanpa bantuan I'
TBC
Guys, author tahu salah author sebab dah lama tak updated. Yes saya mengaku itu salah saya sebgai penulis fanfic be with you huhuhuhu! Tapi author busy serious this year 2017 busy gila ya ampun! Mula-mula niat nak update cepat2 then tangguhkan until birthday Kai yang 14/1 that time author ingat nak update sebab ada Kai en dalam ff ni tapi tak sempat so kena tangguhkan lagi until today author betul2 niat nak update kesian jugak ada yang comments suruh update cepat. I am so sorry! Author akan cuba sedaya upaya selagi this ff belum habis lagi :)
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
De TodoBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...