Part 29

837 40 2
                                    

Semua mata memandang ke arah Irene termasuk Kai. Kai tidak senang makan kerana dari tadi mata Irene memandangnya. Kalau ye pun jangan lah depan semua orang haih.

"Irene!! Irene!!" Tersentak Irene apabila namanya dipanggil oleh ommanya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.

'Malunya...harap-haraplah Kai buat-buat tak nampak'

"Emmm omma...I-irene tak ta-tahu semua ma-makanan ni" tergagap-gagap Irene bercakap. Kalau boleh mahu dia bangun pergi ke ommanya dan berbisik. Dahlah ada Kai.

"Eh takpe biar ahjumma bagitahu" Puan Kim menerangkan semua makanan yang ada di atas meja. Teruja juga dia melihat dan mendengar nama makanan tersebut. Macam manalah omma dan appanya boleh tahu makanan macam ni.

"So Irene nak makan yang mana satu? Jangan risau semuanya sedap tengok Kai tu berselera je makan" Irene memandang ke arah pinggan Kai. Dia tak tahu nak ambil yang mana sebab semuanya nampak sedap jadi dia buat pilihan untuk ambil sama macam Kai makan.

"Kai sekolah dekat mana? Sebab ahjumma macam pernah nampak muka Kai sebelum ni" soal Puan Bae pada Kai. Irene memandang ommanya. Dia menggelengkan kepalanya sedikit.

"Kita pernah jumpa dekat hospital" kata Kai memandang Puan Bae lalu memandang Irene pula.

"Kai memang dah kenal Irene ke?" Tanya Tuan Kim pula. Kai mengangguk.

"Satu kelas lah appa. Actually, Kai dengan Irene ni kawan. Maybe lebih daripada kawan..." kata Kai.

"Eh baguslah. Kita ni pun dah macam satu keluarga kan" ujar Puan Kim. Yang lain mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Puan Kim. Mereka rancak berbual sambil makan. Yang senyap hanyalah Kai dan Irene.

Selesai makan, keluarga Irene meminta untuk pulang terlebih dahulu kerana memandangkan esok Irene bersekolah dan juga waktu itu jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Jadi tak eloklah duduk lama-lama dekat rumah orang. Semasa mereka bersalam-salaman, Kai menyuruh Irene ke luar sekejap.

"Kenapa awak nak jumpa saya?"

"Aku nak ajak kau keluar esok"

"Nae?"

"Lepas balik sekolah. Kau tak payah risau pasal Seolhyun. Nanti pandai-pandai lah aku uruskan..."

"Saya kena tanya..."

"Biar aku tanya omma kau sekarang"

Kai segera masuk ke dalam. Dia pergi ke Puan Bae yang sedang berborak  dengan ommanya sebelum pulang.

"Kai nak cakap dengan Puan Bae sekejap" kata Kai. Puan Kim mengangguk lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Boleh tak kalau Kai nak ajak Irene keluar esok?" Tanya Kai. Harap-haraplah Puan Bae bagi.

"Boleh apa salahnya lagipun kita sama-sama kenal. Tapi bila nak balik, Kai suruh dia balik terus tau. Risau pula ahjumma dan ahjusshi nanti" pesan Puan Bae pada Kai.

"Nae, Kai akan jaga Irene. Jangan risau. Kai nak jumpa Irene sekejap" kata Kai lalu pergi ke luar rumah ingin memberitahu berita gembira. Dia melihat Irene berrmain-main dengan air kolam itu. Irene terlalu suka dengan kolam di rumah Kai. Dari dia datang sampai balik mahu sahaja dia duduk dan lihat kolam itu. Nampak tenang je.

"Kau suka kan dengan kolam ni?" Soal Kai. Irene terkejut lalu tangannya ditarik daripada kolam itu. Dia bangun lalu menghadap Kai.

"Mian sebab saya masukkan tangan dalam kolam" kata Irene sambil wajahnya ditundukkan. Takut tiba-tiba wajah Kai berubah. Kai tersenyum lalu dia mengangkat dagu Irene supaya memandangnya.

Dup dap! Dup dap!

'Dah mula dah jantung ni'

"Gwenchana. Aku dah tanya omma kau dan dia bagi. Esok kita jumpa. Aku tak sabar nak keluar dengan kau. And lagi satu, jangan bagitahu sesiapa." Air ditubir mata Irene mengalir. Dia dah jangka perkara ni akan berlaku. Apabila berada dengan Kai pasti dia menangis. Rasa seperti bahagia itu datang.

"Yah! Kenapa nangis ni?" kata Kai lalu mengelap air mata Irene. Makin sayulah hati Irene dibuatnya.

"Stop it Irene!! Aku masuk dalam dulu. Jumpa esok. Goodnight bye" ucap Kai lalu masuk ke dalam rumah. Dia tak sanggup melihat Irene menangis. Hatinya turut sakit melihat air mata Irene. Tiba-tiba ada benda mengalir di pipinya. Dia mengelapnya. Dan itu adalah air mata miliknya. Kali pertama dalam hidupnya air mata itu mengalir disebabkan seorang yeoja yang tidak pernah disukai.

Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Mereka dah nak pergi. Kai hanya melihat dari dalam rumah. Omma dan appanya pula berada di luar. Mata Kai memandang Irene yang berada di dalam kereta. Lagi sekali air matanya mengalir.

'Oh shit! Kenapa dengan kau ni kai'

Kereta mereka sudah pergi meninggalkan kawasan perumahan keluarga Kim. Kai hendak naik ke atas. Baru tiga anak tangga dinaiki, appanya memanggilnya.

"Kai, esok appa hantar kamu ke sekolah. Tak payah jalan kaki" kata Tuan Kim. Kai mengangguk lalu terus dia naik ke atas. Setiba di bilik, kedengaran telefon berbunyi. Dia dapat mengagak dari Seolhyun. Lalu dia mencapai henfon dan membukanya. Terdapat banyak notifications tersebut.

                   Missed called
                             31
                     Messages
                           80

"Haishh rimas aku dengan kau ni!" Kai men'delete' semua notifications itu. Malas hendak melayan karenah Seolhyun. Dia ingin membersihkan diri lalu dicapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Selepas beberapa minit dia keluar dan memakai pakaian. Mulutnya dari tadi menguap. Mata pun terlalu berat. Dilihat jam sudah pukul 11:45 malam. Dia terus baring di atas katil empuk yang sudah lama tidak digunakan. Sekejap sahaja dia sudah tertidur. Dengan diulit mimpi yang sangat indah!

TBC

Sorry for the late update. Best tak kali ni? Silakan vote & comments. Ok jumpa di part seterusnya k byebye !


Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now