"Weh apasal dia tu pergi kat kau? Bila aku masuk kelas dia blah pulak" kata Jimin sambil memandang Eunji yang sedang membaca buku.
"Ntah lah dia tu. Aku nak pergi jumpa Seolhyun jap. Kau nak ikut tak?" Kata Kai. Jimin mengangguk kerana dia juga mahu berjumpa Choa.
Irene masih lagi tidak bangun dari tidur walaupun jarum panjang di dinding sudah menujukkan pukul 9 pagi. Kemudian seorang Jururawat masuk ke dalam wad Irene untuk menghantar makanan
"Irene ireona. Makanan dah sampai. Masa untuk awak sarapan" Jururawat itu mengejutnya beberapa kali. Akhirnya Irene bangun jua.
"Dah pukul berapa?" Tanya Irene yang sudah bangun dari pembaringannya.
"Baru pukul 9 pagi. Emm mana namja yang jaga awak tu?" tanya jururawat itu. Ternyata jururawat itu lah yang gossip pasal Kai dan Irene dengan kawannya hari itu. Dia dah jatuh cinta dengan Kai ke? XD
"Kai? Dia pergi sekolah harini tapi nanti dia datang balik" jawab Irene. Jururawat itu tersenyum apabila Irene berkata bahawa Kai akan datang semula.
"Ohh yeke. Kalau macam tu saya pergi dulu eh kalau ada apa2 tekan je button merah tu (hentam je) nanti saya datang" kata Jururawat itu sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah button merah yang menandakan pesakit memanggil jururarawat.
"Nae. Nurse ada henfon tak? Boleh saya pinjam? Saya nak call omma saya. Dia tak tau saya kat sini" tanya Irene. Nurse itu mengangguk lalu mengeluarkan henfonnya dari poket dan memberi kepada Irene.
'Tut tut'
"Yoboseyo"- Puan Bae
"Omma!!!" -Irene
"Irene?!?! Kamu pergi mana ni hah?? Kenapa tak balik rumah?" -Puan Bae
"Omma, Irene pengsan semalam. Sekarang ni pun Irene dekat hospital tapi kena tahan 3 hari. Omma marah ke? Mianhae Omma..." -Irene
"Bukan apa cuma Omma takut ada apa2 terjadi pada kamu. Siapa hantar kamu ke sana?" -Puan Bae
"Chingu Irene. Omma datang sini lah. Hospital Seoul. Bilik nombor 14. Bilik VIP tau omma" -Irene
"Arasseo tapi kenapa bilik VIP? Omma tak mampu nak bayar" -Puan Bae
"Tak tau lah omma. Tapi Irene rasa chingu Irene tolong bayarkan" -Irene
"Nanti omma ke sana" -Puan Bae
Belum sempat Irene ingin berkata, panggilan telefon sudah diputuskan oleh Puan Bae. Irene memberikan telefon bimbit tersebut kepada Jururawat itu.
"Maafkan saya sebab lama sangat saya berbual dengan omma saya" kata Irene.
"Ah~ takpelah. Saya tak kesah pun. Biasalah kalau anak rindu ibunya" ujar jururawat tersebut.
"Emm kalau takde apa2 saya pergi dulu lagipun ada tugasan lain yang saya perlu lakukan" kata jururawat itu lagi. Irene hanya mengangguk. Jururawat itu melangkah keluar dari wad Irene. Irene memikirkan tentang kata ommanya tadi.
'Omma marah aku ke?' Getus hatinya. Tiba2 perut Irene berbunyi tanda meminta perutnya diisi makanan.
"Ishh perut ni tak sabar2 pulak!!" Marah Irene. Boleh pulak Irene marah perut dia sendiri xD kemudian Irene mengisi perutnya dengan makanan hospital yang tak berapa sedap heheheheheh
Kai dan Jimin berjalan menuju ke kelas yeojachingu mereka. Semenjak kelas lain2 ni diaorang kene jumpa selalu. Sebelum kelas bermula, waktu rehat dan lepas balik sekolah. Itupun sebab girlfriend diaorang yang suruh. Kai dengan Jimin ni tak jemu ke -,-
Semasa diaorang sedang berjalan, mulalah pelajar perempuan memasang mata memerhatikan diaorang. Ada yang jerit sebab Jimin pandang diaorang. Pandang je pun -,- ada yang tergedik-gedik panggil 'Kai oppa' 'Jimin oppa'. Tapi Kai dan Jimin tidak melayan panggilan tersebut.
"Mana Kim Taehyung?" Tiba2 seorang pelajar perempuan mendekati mereka dan bertanya tentang Taehyung sambil tersengih-sengih cam kerang busuk.
"Die!!" satu patah perkataan muncul dari bibir Kai. Pelajar perempuan itu mengerutkan dahi. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Kai. Ternyata dia tidak tahu bahasa Inggeris.
Kai dan Jimin meneruskan perjalanan sehingga mereka tiba di depan kelas AOA. Kai masuk ke dalam kelas tersebut dan dia ternampak Seolhyun sedang bermesra bersama seorang namja.
"Kim Seolhyun!!!!!" Jerit Kai dengan mukanya yang merah padam menahan marah. Nampaknya kemarahannya seperti gunung berapi yang hampir meletus. Seolhyun terkaku apabila melihat wajah Kai. Ia membuatkan sesiapa sahaja tidak berani memandangnya.
TBC
Hah sudah Kai dah marah. Apa plan Seolhyun pulak untuk Kai kali ini? Nantikannya hanya di be with you saluran part 14 hanya di wattpad. Ewah dah mcm iklan pulak xD
YOU ARE READING
Be With You [Malay Fanfic]
RandomBae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha...