Part 19

812 35 0
                                    

Irene keluar dari perpustakaan dan terus menuju ke tandas. Dia menangis semahu-mahunya. Kenapa Irene diperlakukan sebegini? Dia juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Eunji mengikut Irene dari belakang tanpa pengetahuan Irene. Dia sengaja ingin berbuat begitu kalau dia tunjukkan diri nanti Irene akan simpan masalahnya.

"Jijik sangat ke aku ni? Kenapa Kai? Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak kuat nak lawan kau!! Jjinja!!" kata Irene disertai tangisannya. Eunji berdiri disebalik pintu tandas. Dia mendengar luahan Irene. Hatinya turut sebak apabila melihat Irene disakiti.

'Aku kesian tengok keadaan kau sekarang' kata Eunji dalam hati.

Irene mencuci sapu tangannya yang digunakan untuk mengelap air kai yang tumpah tadi. Air matanya masih lagi menitis. Kemudian dia mencuci muka agar tidak kelihatan yang dia baru sahaja menangis.

Eunji telah meninggalkan Irene terlebih dahulu. Kemudian Irene melangkah keluar dari tandas. Dia tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Mana Eunji eh? Takkan lah dekat library lagi kot. Hmm" Perlahan-lahan Irene menjenguk ke dalam library. Nampaknya Kai dengan kawan-kawannya dah keluar. Rasanya Eunji juga sudah keluar. Lalu Irene pergi ke kantin untuk mencari Eunji.

"Bae Irene!!!!" jerit seorang namja. Irene memusingkan kepalanya. Yang dilihatnya sekarang ini ialah Kim Taehyung salah seorang geng Kai. Taehyung menuju ke arah Irene.

"Awak ok tak? Saya tahu tadi awak nangis. Mianhae" ujar Taehyung. Irene merasakan yang Taehyung ini baik orangnya tidak seperti Kai.

"awak tak buat salah pun dekat saya. Lagipun saya tau hati kai tu keras. Gwenchana, saya boleh tahan dengan perangai dia" kata Irene sambil tersenyum. Mahu menyimpan perasaan sedih ini.

"Emm saya pergi dulu. Nak cari kawan saya" kata Irene lalu pergi meninggalkan Taehyung. Taehyung tersenyum melihat gadis kesukaannya itu.

'Comelnya kau Irene' getus hatinya.
                                                                      
                                                                       
*beberapa bulan kemudian*

Irene dan Eunji merancang untuk memberi cupcake kepada Kai. Lagipun cupcake ini buatan Irene. Dia mahu Kai merasa cupcakenya.

"Irene kau dengar je apa aku cakap. Aku pasti plan kita menjadi. Kau try aje bagi cupcake ni dekat Kai" kata Eunji. Irene sudah gementar. Takut Kai tidak suka pemberiannya itu.

"Tapi aku takut lah. Macam mana kalau dia buang?" Kata Irene sambil melihat cupcake coklat bercorak Pororo cartoon kesukaannya.

"Aniyo!! Dia takkan buat macam tu. Trust me!!!" ujar Eunji sambil mengenggam jari jemari Irene. Irene hanya sekadar mengangguk.

*Di kantin*

Irene melihat keadaan di kantin. Tidak ramai murid. Jadi dia berani sedikit untuk berjumpa Kai. Lagipun Kai berseorangan di kantin. Jimin dan Taehyung tidak hadir ke sekolah. Mungkin sakit. Irene mula mendekati Kai.

"Kai" panggil Irene. Kai memusingkan badannya. 'Huh dia ni nak apa' getus hatinya.

"Sa-saya nak ba-bagi awak cupcake" Irene menghulur cupcakenya kepada Kai. Kai mengambil cupcake tersebut dan memandangnya tajam.

"Kau ingat aku budak2 siap ada gambar cartoon lagi. Kenapa kau bagi aku?" Tanya Kai.

"S-saya suka awak" jujur Irene dengan hati yang ikhlas.

"Orang macam kau tak sesuai jadi yeojachingu aku" kata Kai pulak. Dia smirk. Tanda dia mulai benci gadis itu.

"Sebab aku dah ada Seolhyun. Kau ingat eh aku taknak kau tunjuk muka depan aku lagi! Kalau aku nampak kau, siap aku kerjakan!!" Kai memberi amaran. Irene mula menitiskan air matanya. Tidak mampu menahan. Dia kenal sangat dengan Seolhyun. Gadis yang menjadi kegilaan namja di sekolah itu.

"Gomawo for the cupcake. Tapi aku tak makan apa yang orang miskin bagi" Kai berjalan menuju ke tong sampah yang berdekatan dan membuangnya di depan Irene. Irene memegang lengan Kai.

"Awak kalau taknak cupcake tu pun janganlah buang. Kenapa awak tak hargai apa yang saya dah bagi?" Tanya Irene sambil menangis. Kai menolak Irene sehingga gadis itu terjatuh. Semua yang berada di situ melihat kejadian tersebut.

"Sebab aku benci kau!!! I hate you Irene!! Kau musuh aku selama-lamanya!!!" Kai berlalu pergi. First time perkara ini berlaku dalam hidupnya. Selama ini semua orang tunduk kepada Kai kerana Kai terlalu garang tetapi cuma Irene seorang sahaja yang berani berhadapan Kai.

TBC

Next part harap bersabar ye readers sekalian :* Author cuba usahakan untuk mengupdate ff ni dengan cepat dan baik. Hwaiting!!

Be With You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now