#1 - Love Me Like You Do

34.2K 1.5K 98
                                    

Dua tahun kemudian.

Enam digit kod ditekan pada keypad sebelum pintu rumah itu ternyah kunci.

"Gelap? Takkan bae tak balik lagi?"

Jam yang tergantung di dinding dikerling sekilas. 9 malam. Tak, tak mungkin Emilin belum balik. Atau dia dah tidur? Awal sangat.

Nazreen membuka butang kemejanya sambil menapak ke bilik. Sebaik sahaja membuka pintu bilik, dia ditarik kuat dan ditolak ke dinding.

"Astaghfirullahalazim, bae! Terkejut I tahu tak?"

"Tahu..."

Rambut yang menutupi sisi muka Emilin itu Nazreen tolak dan selitkan pada belakang telinga isterinya. Ditiup sedikit telinga milik kesayangannya ini.

"Geli la,"

"Yang duduk dalam gelap ni kenapa? Dengan manja-manjanya ni. Hmm?" Tangannya dilingkarkan pinggang Emilin.

"Tunggu biy la. Mesti you lupa kan?"

Nazreen angkat kening. Lupa? Lupa apa? Dia ada janji apa dengan Emilin?

Seketika kemudian Emilin merungkaikan pelukan Nazreen. "Takpe la kalau you tak ingat. Mesti you penat kan? You dah makan belum?"

"Err... dah,"

Emilin menarik nafas panjang. Okey, dah makan. Takpe.

Relaks, Em. Relaks. Jangan marah. It's okay, esok tak payah masak. Panaskan je. Kan?

Tapi dia tak ingat tarikh hari ni!! *hentak-hentak kaki secara mental*

"Okey, kalau macam tu, sekarang ni you pergi mandi. Mesti you penat kan? Lepas tu kita solat Isyak jemaah eh?" Pipi suaminya ditepuk perlahan. Manja.

Inilah syurganya.

"Bae, I... I dah solat dekat masjid depan tu tadi,"

Terus berubah muka Emilin. "Oh. Okey. You pergilah mandi, I nak solat,"

Sepanjang mandi, Nazreen tak boleh nak fokus. Hampir sahaja dia gosok gigi berubatgigikan pencuci muka Emilin. Syampu pun tak pasal-pasal jadi shower gel.

Nasib baik dia masih reti bezakan kepala sinki dengan mangkuk tandas.

"Kenapa dengan Em? Moody semacam je. Aku ada buat salah dengan dia ke?"

Sedang enak dia menikmati air pancuran hujan sambil merangka jadualnya dalam kepala sepanjang minggu ini, tiba-tiba dia teringat.

Hari ini 5 Mei. Anniversary kedua mereka.

"Dang!"

Dengan kepantasan mengalahkan Barry Allen si Flash itu dia mencapai tuala dan terus keluar dari bilik air. Dilihatnya Emilin sudah tertidur tetapi membelakangi bahagian katilnya.

Matilah nak...

Emilin ialah seorang isteri yang saaaaangat baik. Tak pernah dia tidur membelakangkan Nazreen kecuali... waktu macam inilah. Waktu dia merajuk.

Nazreen mengeringkan rambut sebelum menyarung boxer dan terus menyusup masuk ke dalam comforter.

Apa? Kamon la, we're adult. Lelaki mana tidur pakai baju? Lagi-lagi dah kahwin.

"Bae... I minta maaf,"

Senyap.

Dia tahu Emilin tak tidur lagi. Emilin tak akan tidur kecuali berbantalkan lengannya. So yeah, setiap kali diorang bergaduh, Emilin tak tidur sebenarnya.

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now