"Helo, assalamualaikum. Ssup, babe?" Sapa Izham sambil memasang handsfree.
Signal kiri diberikan untuk menukar lorong. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital ini, tiba-tiba dia tergerak hati nak menelefon Emilin untuk mengingatkan partner in crimenya itu tentang temujanji seterusnya dengan Doktor Luthfi.
"Waalaikumussalam. Not in the best mood. Call aku lain kali, Am. Aku ada hal ni,"
"Hal apa?" Pelik.
Emilin tak pernah bernada sedingin ni dengannya. Walaupun tengah PMS ke, mood angin monsun timur laut ke, dia tak pernah bernada macam ni.
"Aku tengah on the way nak confront orang gila ni,"
"Orang gila? Maksud kau, si Shit tu? Kau seorang? Kau gila ke apa?! Kau dekat mana ni?!"
Berturut-turut soalan Izham lontarkan. Suaranya pun sudah naik bertingkat-tingkat.
Dia risau. Sungguh dia risau.
Sejak Emilin ceritakan padanya tentang si Shit Shukri tu, dalam kepala otaknya memang dah tercetak dengan imej yang mamat tu pervert, psiko, pencabul! Dan membiarkan Emilin yang lemah tu menghadap mamat psiko tu seorang diri? Hell, no!
"Em, cakap dengan aku, kau nak jumpa dia dekat mana? Tell me, now!"
"South Sakura Hotel,"
"What?!!" Skrreeeechhhhh!!!
Hampir-hampir sahaja Izham melanggar kereta di hadapannya yang brek mengejut ni. Hon ditekan kuat.
Celaka la! Time ni la pemandu bodoh dekat Malaysia ni nak munculkan diri.
"What the fck, Em?! Kau nak pergi jumpa dia dekat hotel? Kau ni bodoh ke? Mesti dia ada rancang sesuatu ni,"
Emilin mengeluh perlahan. Honnya turut dibunyikan. Malaun punya mat rempit nak main cilok-cilok pulak!
"Aku tak bangang lagi la nak ikut dia masuk bilik. Aku stay dekat luar je la,"
"But still! Okey, kau nak jumpa dia dekat floor berapa? No bilik?"
Sebab malas nak dengar bebelan Izham, dia bagi jugalah nombor bilik dan aras tempat perjumpaannya dengan Syed Shukri. Emilin tak bodoh, dia pun ragu-ragu dengan niat lelaki itu nak bertemu dekat hotel. Banyak lagi kut tempat lain boleh jumpa.
Jadi dia anggap sahaja Izham sebagai back up plan.
Setelah dengan penuh kesabaran menghadap pemandu-pemandu lahanat dekat Malaysia dan juga traffic light yang lahabau, akhirnya pintu bilik yang Syed Shukri katakan tadi diketuk.
"Hah, datang pun si cantik manis I ni!" ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis. Campur gatal.
Emilin berpeluk tubuh sambil menarik muka menyampah. Pembetulan, muka maha menyampah. "Sekarang ni cakap tak payah banyak corner ahh. Like what I said last night, name your price,"
Syed Shukri mengangkat kening. Hmm... feisty!
"Okay, but why don't you come in first? Let's have a talk over a cuppa,"
Pintu bilik suite itu dikuak lebih luas oleh Syed Shukri, mengajak Emilin masuk. Dia yang menetapkan pada Emilin untuk berjumpa di sini, salah sebuah hotel milik anak syarikat JK Corp.
Emilin menarik senyum segaris. Sinis.
"Thanks. But no, thanks. I'm not stupid enough to stay in the same room with you,"
"Then you're stupid enough to come to this floor sebab dekat atas ni ada suite I je, sayang,"
Segera lengan Emilin direntap masuk ke dalam. Emilin menjerit tetapi Syed Shukri pantas menutup mulut Emilin dengan mulutnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Chick-Lit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
