#6 - I'm Sorry I Can't Be Perfect

21.9K 1.3K 104
                                    

Pintu kereta itu ditutup setelah dia melangkah keluar. Langkahnya diatur ke arah bangku batu di tepi tasik itu.

Angin yang menyapa wajahnya serta-merta membawa keluar air mata. Mula-mula perlahan ia mengalir.

Lama-kelamaan esakan mula berlagu.

Doraboji malgo tteonagara
Tto nareul chatji malgo saragara

Air matanya dikesat laju sebelum dia menjawab panggilan itu. "Helo,"

"Helo, bos. You dekat mana?"

"I... kan I dah cakap I nak keluar tadi,"

Hani, sekretari Emilin sudah menggigit bibir. Adoii, matilah nak!

"Memanglah, tapi you cakap tadi kejap je. Ni dah berapa lama you keluar ofis? Meeting dengan head of department dah nak start ni, big boss dari tadi cari you,"

"I don't think I can make it in time there. You suruh Emelda ganti I,"

"Tapi kalau big boss cari..."

Klik. Talian dimatikan.


~~~~~♡♡♡~~~~~

Baru sahaja Emilin ingin melabuhkan duduk pada kerusinya, pintu biliknya ditolak kuat dari luar.

Dato' Megat Fauzi muncul di muka pintu dengan wajah yang jelas marah bersama-sama Emelda di sisinya.

"Where the hell have you been, Puteri Emilin?!"

"Pa, cool down," Emelda di sebelahnya memegang lembut lengan lelaki separuh abad itu.

Emilin mengarahkan adiknya menutup pintu, bimbang pekerja lain dengar amukan big boss mereka. Seketika kemudian dia merapati papanya.

Dia rasa dia perlu beritahu keluarganya tentang penyakitnya.

"I'm sorry pa, tadi Emi..."

"Emi ingat mentang-mentang company ni papa punya, Emi boleh suka hati je keluar masuk? Nasib baik tau Emelda ada tadi jadi wakil Emi. Buat malu je la CEO in line buat perangai macam ni,"

Zass! Macam belati, tajam dan padu. Bezanya belati menghiris fizikal, ini menghiris emosi.

"Pa, Emi..."

"Emi apa? Emi apa? Hah?! Papa penatlah dengan masalah Emi. Dulu masa Emi accident, berapa bulan Emi tak masuk pejabat? Siapa yang buat semua kerja Emi? You own sister! And now what?!

I don't understand, Emi. Papa dah bagi semua yang papa mampu pada Emi dengan harapan my eldest daughter can take the responsibility to take this company to a whole new level in the future tapi belum apa-apa lagi Emi dah buat perangai macam ni. You know that the meeting was very important but you missed it without any concrete reason! And who saved the day? Once again, Emelda.

Kakak jenis apa Emi ni suka susahkan adik sendiri?!!"

Hey dad, look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?


"Pa, sudah la tu. Jangan marah akak. She must have a concrete reason keluar tadi. Kan kak?"

Wajah Emelda yang mengharapkan penjelasan itu Emilin pandang sepi.

"Papa betul. Emi memang tak guna. Emi tak boleh jadi macam yang papa harapkan. Jaga company ni, expand lagi. I'm just a little me," air mata yang mengalir langsung tak dihiraukan.

"Dari dulu, Emi tak pernah minta apa-apa dari papa. Papa suruh Emi belajar business, Emi paksa diri untuk belajar walaupun Emi tak suka. Papa suruh Emi kerja dekat sini, Emi kerja. I worked so hard to prove to you that I can be the child that you can proud of. Dengan harapan satu hari nanti papa akan layan Emi macam papa layan Emelda dan Emir.

Sejak kecik papa dengan mama tak pernah ingat birthday Emi apa lagi nak buat birthday party, tak pernah appreciate langsung kejayaan Emi, Emi tak kisah.

Masa Emi accident dulu, Emi koma and lost my child, not you, not even mama was with me. You guys sibuk pergi holiday celebrate PT3 Emir and I've never asked why. Why did you treated me differently with Emelda and Emir.

Yang selalu kena tengking, kena marah, kena manhandle sejak kecil dulu Emi. Tapi pernah ke Emi tanya papa kenapa papa tak buat benda sama pada adik-adik Emi? Tak pernah pa,"

And now I tried hard to make it
I just want to make you proud
I'm never gonna be good enough for you
Can't pretend that I'm alright


Dato' Megat Fauzi tergamam. Jujur hati tuanya tersentuh mendengar luahan anak sulungnya itu lebih-lebih lagi dengan air mata yang dia tak pernah nampak.

Selama ini Emilin hanya mengikut, dia ingat Emilin okey. Dia fikir Emilin tak kesah. Dia tahu Emilin kuat.

Rupanya telahannya silap.

"Sekarang papa nampak kan betapa gagalnya Emi jadi anak yang papa harapkan? Emi tak nak pun jadi CEO JYP Properties ni, Emi tak nak! Emi cuma nak spend time dengan papa and mama, dengan adik-adik Emilin like a real family. Tu je. Besar sangat ke permintaan Emi, pa?"

Nothing's alright!
Cause you lost it all
Nothing last forever
I'm sorry I can't perfect


Emelda turut teresak-esak mendengar luahan kakaknya. Selama ini, Emilin ialah idolanya. Dalam pelajaran, she was just effortlessly brilliant. Dalam pengurusan syarikat, Emilinlah perangka strategi yang disegani.

Tetapi hakikatnya, tak ada siapa yang faham keinginannya.

Pandangannya diarahkan pada sang ayah yang masih kaku. Beku.

"Habis Emi nak papa buat apa? Putar balik masa, macam tu? Grow up, Emi. Tak semua benda kita boleh dapat," dengan itu, langkahnya diatur kemas keluar dari ruangan anaknya.

Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

Serta-merta tubuh Emilin jatuh terjelopok ke lantai. Itu je? Itu sahaja jawapan papa? Betapa kerasnya hati seorang Dato' Megat Fauzi.

Emelda mendapatkan kakaknya yang sudah terduduk itu. Dipeluk tubuh yang kelihatan lemah itu.

"Kak, Emel minta maaf. Emel minta maaf sebab tak pernah mampu nak bela akak depan papa,"

"Mel," pipi adiknya yang basah itu dikesat. Dia tak ingat bila kali terakhir dia memeluk adik kandungnya ini.

"Kalau akak takde nanti, Emel jaga mama dengan papa tau. You deserve to lead this company nanti. You have to make them happy and satisfy them. Akak tak mampu buat papa bangga dengan akak,"

Emelda menggeleng laju. "No! You're so wrong! Akaklah idola Emel dengan Emir. Sejak kitorang kecik papa selalu suruh kitorang ikut jejak langkah akak. Papa dengan mama sayang akak, diorang bangga dengan akak, cuma diorang tak tahu macam mana nak tunjuk,"

Emilin tersenyum sinis. Tak tahu nak tunjuk sayang? Alasan jenis apa itu.

Tapi dia tak mahu berdendam dengan ibu bapa sendiri. Tidak dengan hidup yang tak lama ini. Rasanya tak perlu kut dia nak beritahu sesiapa tentang penyakitnya.

She doesn't need any additional sympathy.

Please don't turn your back
I can't believe it's hard just to talk to you
But you don't understand

Dato' Megat Fauzi yang sudah kembali ke ruangannya memegang dada. Sebak yang ditahan sedari tadi nyata menyakitkan.

"Salah ke cara papa didik Emi selama ni?"

I'm sorry I can't be perfect.










Aku tak tahulah kalau hormon air mata aku tengah melompat-lompat ke camne tapi aku taip sambil nangis lulzz.

Nampak tak dia punya emotional attachment tu? Acahh! Hahahaha...

Anyway, tu lagu Perfect - Simple Plan. Boleh bukak dekat atas tu hah! Tapi kalau tak wujud dekat atas tu.. emmm... youtube kan ada hahhahahaa

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now