#19 - Calls

18.4K 1.1K 37
                                        

Al-Quran diletakkan pada rak sebelum telekungnya dibuka. Setelah itu, tubuhnya dihempas pada tilam. Penat.

Geram dia dengan Syed Shukri tadi. Pergi tengok site je pun, sibuk nak jalan sama-sama. Dah tu jalan nak rapat-rapat pulak tu! Orang nak lunch pun dia sibuk nak ikut. Lepas tu sibuk je nak hantar dia balik office la bagai.

Ni bukan gentleman lagi, ni clingy namanya. Rimas.

Telefon yang tiba-tiba berlagu menyebabkan Emilin mencapai terus tanpa melihat pemanggil.

"Hai, Emi!"

Dahinya diketuk. Damn it, Em! It's him! "Err... assalamualaikum Shuk,"

"Waalaikumussalam. Yeah, you got me one for that, babe. Anyway, you tengah buat apa?"

"Tengah masak untuk suami I," laju dia menjawab. Yeayy, menipu!

Tapi... dia siapa nak babe kan aku? Choyy! Nazreen je boleh babe kan aku.

Okey, Am is an exception la pasal dia kembar sehati aku.

"Oh really?"

"Haah, sebab tu la I need to hang up now. Takut burnt pulak tom yam I,"

Emilin menggigit lidah sedikit. Aduh, penipuan bangang apakah ini tom yam hangus? Dia harap lelaki itu tak perasan.

Syed Shukri pula di hujung talian ketawa kecil mendengar alasan Emilin. What? Playing hard to get, huh?

"Alaa relaks la. I thought women are multitasking, am I right?"

"Err..." Emilin ketawa kecil. Ketawa versi gugup. "Well, obviously, not me la. I'm a one thing person. Okeylah Shuk, my hubby is here. Talk to you later!"

Talian dimatikan.

Emilin menelap peluh imaginasi pada dahi. Phewww... teruknya dia menipu. Rasanya zaman sekolah dulu dialah ratu penipuan yang tak pernah gugup.

Sejak kahwin dengan Nazreen ni terus jadi innocent ke, macam mana ni?

Syed Shukri memandang telefonnya yang telah dimatikan talian. Gajet itu dicampak ke seat penumpang.

Asap rokok berkepul-kepul dihembuskan ke luar tingkap kereta sambil pandangannya dilemparkan pada panorama KL yang dah takde benda yang menarik pun.

Only the typical hustle and bustle. Nothing fun.

Walaupun dengan rokok di celah jari, rambut yang bersepah dan baju kemeja yang sudah dibuka tiga butang teratas, kekacakan lelaki itu sedikit pun tidak pudar. Malah menyerlahkan definisi sebenar bad boy.

"Puteri Emilin,"

Perlahan dia menyebut dengan bibir yang dah tersungging membentuk senyuman sinis.

Matanya dipejamkan rapat, membayangkan figura wanita itu.

"I need to collect her in my arms someday,"

Smirk.

Tak lama kemudian telefon bimbit Emilin berbunyi lagi. Emilin memejam mata sambil mengaharap.

Tolonglah bukan Shukri, tolonglah!

Am Benyai.

Emilin menghembuskan nafas lega melihat caller ID yang tak berubah sejak dia berumur 16 tahun itu.

"Helo, assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam, beb! Aku bosan~~"

Emilin mengangkat kening mendengar rengekan Izham. "Kau doktor pertama aku kenal mengaku bosan,"

"Sebab memang aku sorang je doktor yang kau kenal pun," ujar Izham dengan nada duh! dia yang tak sudah-sudah tu.

"Eh helo, baik sikit! Doktor Wahi, Doktor Luthfi tu bukan doktor?"

"Tak, Luth mekanik. Wahi, well... dia makcik cleaner,"

"ABANG, SAYANG DENGAR TUUU!!!"

Automatik tawa Emilin pecah mendengar suara Wahi yang sudah memetir. Matilah kau, Am.
"Tak... betul la sayang makcik cleaner hati abang. Sayang bersihkan hati abang dari nama perempuan lain,"

Emilin rasa nak muntah dengar ayat kalis Izham. Euww...

"Kau nak aku tempahkan batu nisan untuk kau tak?" Soalnya pada Izham.

"Boleh jugak. Kalau kau baik hati sikit, sponsor kain kapan sekalilah. Sayang aku ni ambik stok kain kapan kat stor buat alas meja pulak!"

Okey, ini kelakar! Ke, dia seorang je yang tengah berdekah?

Huh, dah lama tak borak benda mengarut dengan mamat benyai ni.

"Abang, bak phone tu, sayang nak cakap dengan dia,"

"Sayang, tak mau la rampas phone abang! Kan abang tengah cakap dengan Em,"

Tiba-tiba suara Wahi berselang-seli dengan Izham. Dah kenapa budak dua ekor ni berebut telefon?

"Woi, buka speaker boleh kan?"

"Emi..." kedengaran suara preggy mummy itu merengek. Alolo, comelnya!

"Iya, kenapa baby?"

Tak, diorang tak menyokong LGBT. Tapi endearment tu... ala biasalah. Perempuan kan?

"Emi... Wahi rasa nak makan brownies yang Emi selalu buat tu," Wahi sudah mencebik-cebik. Dalam kepalanya dah terbayang brownies yang... nyumm nyumm!

Izham dan Emilin dah sama-sama ketawa. Alaa... comel sangat budak kecik ni!!

Lelaki itu mencium kepala isterinya. "Dengar tu, Em? Anak aku nak makan brownies mama dia buat,"

"Kalau aku mama, maknanya tu anak aku jugak la,"

Izham nak meningkah lagi sebab, biasalah, mereka sebagai besties memang kerjanya nak bertekak tetapi Wahi sudah mencubit dahulu lengan suaminya. Kepalanya digelengkan memberi amaran kepada Izham.

Hampir sahaja lelaki itu nak hentak kepala dekat dinding. Anak is a sensitive issue pada Emilin. Macam mana dia boleh lupa?!

"Iyelah mama. Okeylah, we should hang up first kut rasanya. Aku dengan wifey aku ada aktiviti lain,"

Emilin angkat kening. "Aktiviti?"

"Bodoh," Izham ketawa. Bukan dia tak faham ke mana arah tuju otak partner in crimenya itu. Lol. "Princess aku ni dah mengantuk. Nak kena hantar dia masuk bilik, bagi tidur,"

"Bilik?"

"Bangang," gentle Izham jawab.

Emilin pula ketawa senang. Suka bahan Am.

Baru sahaja dia hendak menamatkan panggilan, suara Wahi kedengaran lagi menginatkan tentang brownies. Haihh, rasanya anak diorang ni jadi sweet tooth nanti.

Takpe, sweet tooth lebih baik dari sweet talker macam si bapaknya.

"Em, jangan lupa makan ubat," perlahan arahan Izham, cukup untuk dia dengar. Emilin tersenyum sedikit.

"Aye, aye, doc!"








Pendek, pointless dan... hmm... anything to add? Hahahah 😂😂😊😊

Satu Mimpi ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang