Tok! Tok!
"Masuk,"
Pintu kayu itu terbuka sebelum Emilin melangkah masuk. "Morning, Dato',"
"Morning, Emi. Have a seat,"
Dato' Megat Fauzi memberikan sepenuh perhatian kepada puteri sulungnya. Emilin jarang datang berjumpa dengannya di pejabat kalau tiada perkara penting.
Okey, dekat luar pun sama sebenarnya.
"What can I help you, Emi?"
"Pasal projek Bosque City tu, I have no major problem about the project itself but... I don't really comfortable dengan wakil dari JK Corp. I mean, is it possible kalau kita minta nak dapatkan representative lain dari pihak diorang?"
Kening lelaki tua itu terangkat. Pertama kali dia mendengar permintaan sebegitu dari Emilin. Selama ini projek macam mana pun, wakil syarikat lain yang lahanat pun semua Emilin boleh uruskan. Kali ini tidak?
Dan ya, anaknya yang seorang ini sangat menekankan profesionalisme dan ketepatan. Itu yang membezakannya dengan Emelda sebab anak manjanya seorang lagi tu selamba je panggil dia papa dalam ofis pun.
"What's the problem? Selama ni okey je?"
Emilin menggigit bibir. Sungguh, dia dah tak tahan dengan Syed Shukri itu. Mesej yang bukan-bukan macam Emilin ni awek dia.
Yang tak boleh blah, kalau tengok site kerja nak sentuh sana sini. Pegang bahu la, usik pinggang la. Tak makan saman pulak tu!
"I makan nasi je, I tak makan saman, sweetheart!"
Bapak ahh, lawak lame gila! *rolling eyes*
"Kalau tak boleh, takpe la Dato'. I'm just asking," dia sudah mahu bangun dari duduk ketika papanya tiba-tiba menahan.
"Emi boleh minta JK Corp tukar representative if you're willing to meet Tan Sri Syed Azri personally sebab that guy is his son. Itu pun if you really have a concrete reason,"
Emilin menimbang tara. Okey, belum konkrit lagi sebabnya. Mungkin baru simen cair.
"Kalau macam tu, takpe la. Minta maaf sebab ganggu masa Dato', saya minta diri dulu,"
"Emi,"
Emilin yang sudah ingin menuju keluar dari bilik Ketua Pegawai Eksekutif itu berhenti. Dia berpaling memandang ketuanya. "Ya, Dato'?"
"Malam ni Nazreen balik rumah Emi ke, bini muda dia?"
"Azra. Nama dia Azra, Dato',"
"Whatever. Lepas office hour nanti balik rumah. Dinner sama-sama,"
Puteri Emilin mengangkat kening. Wow, dinner? Bila kali terakhir mereka makan bersama-sama selain hari raya?
Pembetulan, bila kali terakhir Emilin join mereka makan sama-sama selain hari raya?
Nu-uh. Tak ingat.
"What? Your mom yang rindu sangat anak-anak dia. Dia kata dah lama tak duduk makan sekali," ujar Dato' Megat Fauzi sambil membetul-betulkan tali lehernya.
Anak sulungnya mengangkat bahu. "Didn't say anything,"
Sebaik sahaja Emilin keluar dari ruangannya, CEO JYP Properties itu kembali bersandar pada kerusinya. Fuhh!
Okey, sebenarnya dia yang rindu nak duduk berkumpul dengan semua anak-anaknya tapi... ego seorang bapa kena jaga beb!
~~~~~♡♡♡~~~~~
"Mama! Masak apa hari ni?" Tubuh mamanya yang sedang membancuh air itu dipeluk dari belakang. Pipi wanita itu dikucup sayang.
Datin Sarina mencebik pada Emelda. "Masak apa konon... bukan nak menolong anak dara seorang ni!"
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
