Langkahnya diatur laju di sepanjang koridor hospital itu. Hatinya merusuh. Risau. Takut. Semuanya campur baur.
"...Puan Puteri Emilin terlibat dalam kemalangan jalan raya..."
Bagai nak luruh jantungnya mendapat panggilan dari pihak hospital ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan Azra. Segera pedal minyak ditekan habis, menuju ke hospital ini.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik itu, nafas Nazreen sudah tidak sekata. Mungkin kerana oxyen debt, mungkin juga kerana emosi yang bercelaru.
Seorang doktor wanita yang sedang mencatat sesuatu pada fail perubatan itu berpaling memandang Nazreen di muka pintu.
"Waris pesakit?"
"Suami dia. Isteri saya tak apa-apa kan?"
Doktor itu tersenyum nipis. "Jom, kita cakap dekat luar,"
Mereka berjalan keluar dari kamar itu, meninggalkan Emilin yang sedang lena di atas katil.
"Puan Emilin okey, takde serious injury. Only a few bruises and scratches. She's lucky sebab tercampak keluar dari kereta dan tak dilanggar kenderaan lain. In fact, she was saved by other drivers. But, when I went through her medical report, I'd love kalau encik boleh tolong confirmkan is it true that-"
"Ryn! Nasryn!"
Dua-dua serentak memandang ke arah seorang doktor lelaki yang memanggil itu.
Doktor yang bertag nama Luthfi itu tersenyum segaris pada Nazreen sebelum mengalihkan sepenuh perhatiannya pada doktor wanita itu.
"Ryn, can I talk to you for a while?"
"Luth, can't you see that I'm talking to someone already. Boleh tunggu tak? Hormat la sikit privasi orang," menjegil matanya memandang Luthfi.
"I need to talk to you, now! Ni melibatkan doctors-patients confidentiality," bisik Luthfi tegas pada gadis itu.
Dalam keterpaksaan, Nasryn meminta izin sebentar pada Nazreen sebelum mengikut langkah Luthfi. Dia mengajak Nasryn ke kaunter staf sebelum menarik kerusi untuk mereka duduk.
"Hah, apa dia yang penting sangat sampai tak boleh tunggu I habis discuss dengan keluarga patient I tu?!"
"Okey, patient you tu Puteri Emilin Megat Fauzi, am I right? And yang tadi tu suami dia kan?"
Nasryn mengangguk perlahan sambil merenung Luthfi. "Yupp. Kenapa?"
"Based on the medical report, you was about to confirmed with him pasal penyakit dia, true?"
"Yes..."
"You can't!"
"Why?" Ternaik suara Nasryn apabila cakapnya dipotong Luthfi. Tetapi seketika kemudian, dia terdiam.
"Oh my... don't tell me suami dia tak tahu?"
Luthfi menggeleng. Kerana itu dia dah rasa cuak apabila melihat Nasryn sedang berbicara dengan Nazreen.
Ini sudah membabitkan medical confidentiality di mana doktor atau mana-mana staf dilarang untuk memberitahu apa-apa maklumat perubatan pesakit kepada pihak ketiga kecuali dengan keizinan pesakit.
Dan dalam kes ini, memang Emilin tak benarkan sesiapa tahu. Izham dan Wahi tak dikiralah sebab mereka pun staf hospital ini.
"Poor guy," ujar Nasryn rendah.
"So, just give him infomations involving the accident only. Selain daripada tu, not even a word. Got it?"
Doktor bertudung bawal crepe itu hanya mengangguk faham.
YOU ARE READING
Satu Mimpi ✔
Romanzi rosa / ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...